Mawar Rashid as Lara
Kini dah dua bulan berlalu sejak aku tinggal di Indonesia bersama keluarga Lara. Siang kitorang akan melawat tempat-tempat yang pernah ditimpa bencana dan juga perkampungan orang-orang yang susah. Dan malam pula kami melawat tempat-tempat tumpuan pelancong di Indonesia.
"Bosannya malam ni, kan Lara?" Aku merenung bulan sewaktu berehat di beranda. Tapi, sepertinya Lara tidak bosan kerana dari tadi lagi dia menilik gambar Rizqy yang diambil secara senyap.
"Dah dah la tu, kau tenung je gambar tu tak buat pape, takde Rizqy tu nak tahu feeling kau." Lara akhirnya menjeling aku.
"Kau nasihatkan orang, tapi kau tu? Kalau kau duduk ingatkan Nadhim tapi tak cakap apa pun kat dia, mana dia nak tahu. Sekarang kan dah terlepas. Tapi aku lain. Selagi dia bukan milik orang, selagi tu la aku akan usaha." Aku merenung bulan lebih lama. Tapi Nadhim suka Suri, takkan aku nak caras laki kembar aku sendiri?
"Perasaan kau macam mana sekarang? Kuat lagi ke dengan Nadhim walau dah 2 bulan berpisah?" Aku diam, tidak tahu dengan perasaan sendiri.
"Ntah, kalau aku duduk dengan orang, takdela aku nak ingat dia. Tapi kalau aku sorang-sorang, aku ingat dia." Lara mengherotkan mulutnya.
"Kuat lagi la tu. Kau tak terkesan pulak dengan abang aku yang tiap-tiap hari usya kau. Setia jugak kau ni ye." Aku tersengih bila dipuji.
"Kenapa? Kau nak aku jadi kakak ipar kau ke apa yang sibuk sangat sebut Luqman ni?" Lara terkejut.
"What? Big no!! Pelik gila kalau ada kakak ipar yang sama umur dengan kita, atau lagi tepat, kawan kita. Aku tak boleh nak bayangkan kalau benda tu jadi." Aku ketawa melihatt reaksi Lara. Aku tak pernah bayangkan masuk dalam keluarga Lara. Dan aku harap tak.
"Kau buat apa tu?" Tegur aku apabila melihat wajah Lara yang agak teruja.
"Aku nak try call Rizqy, mana tahu dia tak tidur lagi masa ni. Alamak, fon dia bunyi, bunyi." Lara bergegas masuk ke bilik, menginginkan privasi sekiranya Rizqy mengangkat panggilannya.
"Luq harap Luq boleh ubah persepsi Ria." Aku memegang dada terkejut dengan kedatangan Luqman yang tiba-tiba.
"Luq!! Terkejut Ria. Dah lama ke Luq ada kat sini? Tak baik tau curi dengar perbualan orang. Persepsi apa yang Luq cakap ni?" Dia berdiri di sebelahku berwajah serius.
"Persepsi yang Ria masih mengharapkan lelaki tu untuk hadir dalam hidup Ria. Dan Ria kena ingat, walau apa pun yang berlaku, Luq sentiasa ada untuk Ria." Terkedu aku mendengarnya.
"Cepat masuk tidur, angin malam tak sesuai untuk badan. Good night Ria." Aku masih lagi terpaku akan kata-kata Luqman sebentar tadi. Hilang Luqman yang periang dan muncul Luqman yang serius.
"Mana uncle, auntie?" Tanya aku sewaktu kami sedang bersarapan pagi itu.
"Uncle ada dalam bilik, bincang apa entah pasal kerja dia. Korang bertiga makan dulu ye. Nanti mummy dengan daddy." Kami mengangguk saja dan melihat mummy Lara memasuki bilik semula.
"Hari ni kita nak buat apa?" Aku memulakan perbualan apabila kami menjadi senyap tiba-tiba. Akibat hal semalam, aku tidak berani memandang Luqman di mata ketika bercakap. Tapi, hari ni sebenarnya aku langsung tak bercakap dengan dia.
"No, bukan kita. Tapi korang berdua je k. Aku ada plan aku sendiri." Lara mengesat mulutnya lalu mengambil pinggan dan dibawa ke sink.
"Adik nak pergi mana pulak pagi-pagi ni?" Aku melihat Luqman kemudian melihat Lara.
"My beloved brother, and bestfriend. Bila kita ada crush kat sini, kita akan ikut dia ke mana je dia pergi. So, hari ni Lara nak ikut Rizqy pergi kebun." Lara nampak teruja sekali apabila bercakap tentang Rizqy. Aku ketawa menyindir.
"Kebun? Buat apa? Berkebun? Kau berkebun?"
"Hey, of course la. Salah ke aku nak berkebun. Seronok tau, keluar peluh semua tu. Kau ada? Takde kan? Hmph!" Wuu, garang makcik ni hari ni.
"Lepas tu aku macam mana? Nak ikut." Takkan la aku nak stay sini hari ni, dengan Luqman. Mummy dengan daddy dia nampak sibuk je hari ni.
"No! Ni aku dengan Rizqy je. Aku tak nak kau jadi orang ketiga hari ni. Kalau bosan sangat, Luq kan ada. Korangkan dah jadi bff sejak datang sini. So, takde masalahkan? Bye, aku nak pergi bersiap." Aku memandang Lara sehinggalah pintu bilik ditutup. Aku? Dengan Luqman? Habislah. Aku berpaling melihat Luqman yang masih lagi belum menghabiskan sarapannya. Dia mengangkat muka dan senyum kepadaku. Aku turut membalas walau hanya sedikit.
Bunyi orang mengetuk pintu menyedarkan aku dari terus bermain game di laptop.
"Siapa?" Jerit aku dari dalam.
"Luq ni." Luqman? Alamak, apa pulak kali ni?
"Ria, bukak pintu ni kejap." Aku bangun perlahan-perlahan ke pintu dan membukanya.
"Sori kalau apa yang Luq cakap semalam ganggu hubungan baik kita. Luq tak nak sebab apa yang Luq cakap jadikan kita jauh." Aku mengangguk bersetuju.
"Sekarang ni Ria buat apa? Bosan tak?" Kenapa pulak kalau aku bosan ke apa?
"Main game dalam laptop. Kenapa?" Luqman tersenyum penuh makna.
"Siap cepat, Luq tunggu kat luar."
"Eh Luq, nak gi mana?"
"Adalah. Dah, pergi siap cepat." Aku bingkas masuk dan bersiap cepat. Tiba-tiba Luqman mengetuk semula.
"Pakai baju yang selesa dan tak payah nak cantik-cantik k." Dia tersenyum lagi. Kenapa? Kita nak buat apa? Macam nak pergi bertempur je bunyinya.
"Luq, kita buat apa kat sini?" Luqman menghirup udara segar di sekeliling kami.
"Dah nama taman negara dengan bukit bukau semua, nak main kotor la." Aku ternganga tidak faham. Luqman ketawa melihat wajahku.
"Tu, Ria nampak tak bukit tu?" Aku mengangguk mengiyakan arah yang ditunjuk Luqman.
"Jom, kita nak mendaki." Terkejut aku mendengarnya.
"Wait, wait Luq. Mendaki? Serius?"
"Serius la, ada nampak Luq gurau ke? Kenapa? Ria tak suka berpeluh ke? Tak suka panjat bukit?" Aku mengeleng laju.
"Dah tu? Semua baju okey, pakai kasut semua okey ni. Kalau Ria takut, cakap je la." Aku menaikkan sebelah keningku, berangin dengan cabaran Luqman.
"Heh, takut? Siapa Luq ke? Ria tak. Dah, jom naik. Karang lambat naik, lambat pulak sampainya." Aku terus membebel sehingga mengundang ketawa Luqman.
Hampir dua jam kami mendaki bukit di sini dan akhirnya sampai ke puncak. Aku kerap kali menunggu Luqman yang perlahan ketika mendaki. Ramai pelancong-pelancong yang turut mendaki bersama kami turut sampai ke puncak.
"So, apa yang Luq nak tunjuk sangat sampai beria ajak Ria naik bukit ni?" Luqman berjalan ke tebing bukit dan duduk di situ. Aku tanpa banyak soal hanya mengikuti langkahnya.
"Ni." Aku melihat pemandangan di depan kami. Subhanallah, cantiknya. Permandangan hutan dan kolam air panas yang berada di depanku membuat aku kagum. Luqman tersenyum melihat reaksiku.
"Wow, Luq. Cantiknyaa. Mesti Luq selalu datang sini kan? Dengan family, dengan girlfriend." Aku melihatnya yang turut memandang kolam air panas.
"Ni first time Luq bawak perempuan panjat sini. Ria perempuan pertama yang Luq bawak datang sini." Lama kami bertatapan, terharu dengan kata-katanya. No, no, no. No Ria, apa kau buat ni. Aku batuk sedikit dan melihat di depan semula.
"Pertama? Terharunya. Eh kejap, takkan Lara ke auntie ke tak pernah datang sini?"
"Mummy sakit lutut, so tak boleh nak panjat-panjat bukit ni. Lara pulak pemalas, dia lebih rela berkebun dengan Rizqy tu." Aku ketawa mendengar Luqman menyindir Lara.
"Tq Luq, bawak Ria datang sini." Aku melihatnya lama.
"Welcome, apa saja untuk Ria." Merah mukaku apabila kerap dipuji begitu.
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...