Bab 52

7.4K 264 6
                                    

"Pa, kereta Ria rosak la pa. Haah, kat pejabat lagi ni. Ok, Ria tunggu papa." Aku melihat sahaja enjin kereta, tidak tahu di mana masalahnya. Nak tumpang Lara, dia outstation pulak minggu ni. Tu lah Suria, masa belajar kereta dulu, tak fokus betul-betul bab enjin. Bila dah rosak tak tahu apa masalah.

Selang setengah jam kemudian, datang kereta berhenti di depanku. Eh...bukan ke ni kereta....

"Kenapa dengan kereta?" Nadhim keluar dari keretanya dan mendekati keretaku lalu melihat bahagian enjin yang sudah dibuka.

"Mana papa?" Nadhim melihatku seketika sebelum kembali memeriksa enjin.

"Suri call Nad tadi, alang-alang Nad on the way baru balik kerja dia suruh singgah ambik Ria terus." Suri!!! Tak habis-habis dengan plan dia.

"So? Apa yang rosak?" Aku bertanya kepadanya setelah lama dia melihat enjin.

"Tak tahu ke?" Aku mengepal tanganku geram dengan soalan Nadhim. Kalau aku tahu apa masalah dia, takde la aku susah payah call papa. Nadhim yang perasan dengan perubahanku tersenyum sinis. Ei, nasib baik hensem.

"Tangki air kering. Dia berasap ke tadi?" Aku kembali mengingat semula. Okay, mungkin ada berasap then aku cepat-cepat keluar dari kereta. Aku mengangguk.

"Tak boleh buat apa ni, kena tunggu sejuk sikit lepas tu masuk bengkel la jawabnya." Masuk bengkel? Hah?

"Macam mana Ria nak pergi kerja nanti? Alah.... Lama ke Nad?" Dia seperti biasa dengan senyuman manis dia tu la.

"Entah. Pergi kerja dengan teksi la jawabnya? Dah jom balik. Dah gelap dah ni." Teksi? How dare him. Kalau aku kena culik macam mana nanti. Pakcik teksi bukan boleh percaya zaman sekarang ni. Duit lagi....pokai la macam ni jawabnya. Aku dikejutkan dengan hon keretanya.

"Nak naik teksi ke balik ni? Cepat la naik, tinggal karang." Cepat-cepat aku mengambil barang-barang berharga pindah ke keretanya.

"Kereta Ria macam mana? Takkan nak biar kat sini je?" Dia berdecit sedikit membuatkan aku senyap.

"Kena tinggal la, takkan nak bawak balik pulak? Nak bawak macam mana? Masuk bonet? Jangan nak risau sangat, Nad dah call kawan kerja bengkel. Nanti dia datang ambik." Aku terharu sedikit dengan pertolongan dia walaupun sakit hati tetap ada dengan sindiran dia. Nasib baik ada dia.


Sampai saja di rumah, hari petang sudah bertukar maghrib. Orang pertama yang Nadhim jenguk bila balik rumah adalah anak dia. Suka aku tengok lelaki dukung baby ni. Nampak sangat dia antara contoh lelaki yang suka budak-budak.

Aku baru perasan yang aku tertenung lama Nadhim dan Elisa. Sehinggakan mama panggil pun aku tak dengar. Merah muka aku bila Nadhim tersenyum apabila dia menangkap aku tengok dia lama-lama. Tak menunggu lama aku naik ke bilik dan membersihkan diri. Lepas je solat isyak mama datang mengetuk bilik aku.

"Kamu tolong tengokkan Suri dengan Elisa kejap. Mama nak ke rumah sebelah, dia ada buat tahlil malam ni. Nad dengan papa pun ikut sekali, nak makan nasi tak payah tunggu kami la ye. Ha, jangan lupa suruh Suri makan ubat dia nanti. Suri tu kalau tak diingatkan memang dia takkan makan." Aku hanya mengangguk faham.

Beberapa minit lepas mama pergi, Elisa di bawah menangis. Aku segera turun dan mendukung Elisa dari buaiannya.

"Eli kenapa nangis sayang? Ala ala sayang, jangan nangis. Sayang sayang mak ngah." Reda sedikit tangisannya aku meletakkan dia kembali ke dalam buaian. Tiba-tiba pula dia menyambung pulak menangisnya. Nak dukung je budak ni. Aku mendukung Elisa ke sana ke mari dan melihat jam. Alamak, lupa Suri kena makan ubat.

Masuk saja ke dalam bilik Suri, Suri sudah terjaga dan mula batuk dengan perlahan. Aku memberinya gelas berisi air dan memberinya ubat.

"Rapatnya Ria dengan Eli." Tegur Suria apabila aku mula meletakkan Eli di sebelahnya.

"Takdelah Suri. Eli ni tak nak duduk dalam buai dia, asyik nak suruh orang dukung je. Mama papa Nad pulak takde pergi rumah sebelah." Suri tersenyum kepadaku.

"Suka Suri tengok Eli dengan Ria macam ni. Sekurang-kurangnya Suri lega Eli akan dibesarkan oleh ibu yang penyayang macam Ria." Air muka aku berubah sedikit apabila hal itu dibangkitkan kembali.

"Please jangan cakap macam tu. Ria tak kira, Suri kena survive jugak demi suami dan anak Suri. Suri yang akan jaga diorang, bukan orang lain." Mata aku berair sedikit apabila memikirkan perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku akan datang.

"Ria dah fikir ke jawapan untuk soalan Suri?" Aku mendiamkan diri, bermain dengan Eli lebih baik dari menjawab soalan Suri. Suri menarik nafasnya dengan kesusahan.

"Suri harap Ria terima, sebab Ria satu-satunya orang yang Suri percaya untuk jaga Nad dan Eli. Bukan orang lain yang Suri tak kenal." Sekali lagi aku mendiamkan diri, tidak melayan kata-kata mengarut Suri.

"Ria, Suri takkan cakap macam ni kalau Suri yakin akan sihat balik. Suri buat semua ni sebab Suri dapat rasa Suri dah tak lama. So, sebelum Suri takde, Suri nak bahagiakan orang sekeliling Suri." Setitis air mata Suri menitik membuatkan aku mengangkat muka dan memandang wajahnya.

Sejujurnya aku buntu. Terima permintaan Suri buatkan aku menyeksa Suri. Tapi kalau tak terima.. Sampai bila kau nak korbankan kebahagiaan kau demi orang lain Suria? Kalau Suri boleh selfish macam tu, kenapa tak kau? Tak, aku takkan buat macam tu.

"Kalau Ria terima, Suri sanggup Nad ceraikan Suri untuk kawin dengan Ria." Aku berhenti termenung dan memandang wajah dengan Suri dengan tajam.

"Apa Suri cakap ni?! Jangan nak tentukan hidup Ria suka hati Suri. Ria belum bagi jawapan apa lagi pada Suri kan? Jangan nak memandai buat keputusan untuk Ria." Aku segera bangun dari katil Suri untuk keluar. Melihat ibunya menangis, Elisa juga turut menangis.

"Maafkan Suri Ria, ni semua salah Suri." Aku tidak mempedulikan Suri dan beredar. Di pintu bilik aku terserempak dengam Nadhim. Nampaknya dia dan papa sudah pulang sementara mama masih di rumah jiran.

"Kenapa Eli menangis tu?" Dengan berwajah sedih, aku melepasi dia dan masuk ke bilikku. Dia pula bergegas masuk untuk menghentikan Elisa menangis.

Maafkan Ria, Nad. Tentu Nad marah Ria biar Eli menangis macam tu. Macam mana Ria nak jaga Nad kalau Eli pun Ria biar macam tu je? Maafkan Ria, Suri.

Kenapa aku perlu berdolak-dalik macam ni? Bukan ke selama ni benda ni yang paling aku nak? Jadi isteri kepada Nadhim dan ibu kepada anak-anak dia? Sebab aku tahu.....Suri akan terluka bila tahu aku kawin dengan suami dia. Aku tahu macam mana rasa patah hati. Ya Allah, bantulah aku. Bantulah aku nak puaskan hati semua orang. Yang penting hati aku sendiri.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now