Mana Suri ni? Call tak berangkat, wasap tak berbalas, mesej jauh sekali. Instagram tak aktif. Telefonku berbunyi dan aku melihat notis dari instagram. Suri!! Aku melihat gambar yang dimasukkan sebentar saja tadi. Suri mengambil gambarnya dan berlatarbelakangkan Nadhim. Pasti curi-curi ambik gambar Nadhim ni. Pantas aku komen gambar tersebut.
"Woit! Pergi honeymoon ke apa sampai orang call tak angkat?" Tiada balasan dari Suri walaupun lama aku menunggu. Suri ni kenapa? Mama melepasi aku yang berehat di ruang tamu ketika itu.
"Mama, anak kesayangan mama tu takde call ke rumah? Ke besan mama ada call mama ke?" Mama meletakkan bakul kain yang hendak dilipat di depanku.
"Takde pulak. Kenapa Ria? Bosan la tu Suri takde." Aku menarik nafas panjang.
"Habis tu, kenapa Ria call, mesej, wasap semua dia tak reply. Tadi dia baru post gambar kat ig. Ria komen je terus dia diam. Ria ada buat salah ke ma?" Mama cuma tergelak mendengar pandanganku.
"Salah apa pulaknya? Takdelah, Suri selalu sebut nama Ria masa Ria takde kat rumah tau. Dia pun rindukan Ria. Mungkin kat kampung Nadhim takde line kut." Aku menarik nafas panjang lagi.
"Takde line macam mana boleh post gambar kat ig? Macam Suri nak jauh dari Ria jek." Mama ketawa lagi.
"Takdelah, dah tak payah nak fikir bukan-bukan sangat. Dia honeymoon la tu dengan Nad. Tak nak diganggu, kita mana tahu." Aku akhirnya menerima nasihat mama.
Pagi itu, aku bersiap dengan penuh semangat. Yelah, bila dapat tahu hari ini interview dengan syarikat family Lara. Selesai saja bersiap, aku turun ke dapur untuk bersarapan.
"Wah, lawanya anak papa hari ni. Nak ke mana ni?" Aku tersengih apabila papa memujiku.
"Ah, lupa nak cakap. Dua tiga hari lepas Lara dah hantar info pasal interview tu, dan ianya hari ni." Mama dan papa tersenyum dan bersyukur dengan mudahnya aku mendapat kerja.
"Baguslah macam tu, papa dengan mama ucapkan good luck je lah. Ingat, sebelum masuk iv tu baca bismillah banyak-banyak." Aku mengangguk mendengar pesanan mama. Papa ada menawarkan untuk menghantar aku, tapi aku tidak mahu.
"Takpe, pa, ma. Kawan Ria datang ambik." Tepat pada masa itu, enjin kereta di luar rumah kedengaran. Mama dan papa menghantar aku keluar rumah dan jugak sebab nak tengok sapa kawan aku tu. Kawan aku tu, of course la.....Luqman.
"Assalamualaikum uncle, auntie. Saya abang Lara, kawan Ria. Hari tu, saya ikut sekali ke Indon." Papa tersenyum biasa, sementara mama tersenyum luar biasa. Mama ni, malu la Ria. Mama mulanya mahu mengajak Luqman masuk tapi aku menghalang dengan sebab aku sudah lewat.
Di dalam kereta, Luqman tidak habis-habis menjelingku lalu ketawa. Dengan rasa geramnya, aku menjeling kembali kepadanya lebih tajam. Dan itu membuatkan Luqman ketawa lebih kerap.
"Apanya Luq ni? Takde apa yang kelakar pun la." Itu kali pertama kami bercakap sebaik saja perjalanan bermula sebentar tadi.
"Kelakar la, yang Ria jeling Luq sampai nak terbalik biji mata tu apasal? Tapikan Ria, Luq tengok macam mama Ria tadi suka je Luq rapat dengan Ria. Wait, Ria ada cakap apa-apa ke pasal kita? Alamak, kena bawak rombongan meminang cepat la ni kalau bakal mak mertua pun dah beri green light." Denga sakit hatinya, aku mencubit lengan Luqman yang berlapik beberapa kali. Dia hanya ketawa melihat telatahku.
"In your dreams la Luq. In your dreams." Aku tersenyum sedikit melihat Luqman yang masih lagi ketawa.
Sampai saja di depan pejabat uncle Johari, aku melihat bangunanya hingga ke puncak. Aku menelan air liur pahit. Seconfident mana pun aku, time interview aku nervous macam orang lain jugak.
"Relaks, jangan nak rasa pressure sangat. Baca bismillah banyak-banyak. Kalau nervous sangat, masa masuk nanti tengok muka interviewer tu, Ria bayangkan muka Luq. Confirm boleh pass la." Aku ketawa kecil.
"Muka Luq? Kenapa pulak muka Luq?" Luqman tersenyum lembut kepadaku.
"Sebab Ria selalu cakap Ria selesa dengan Luq kan? So, bayangkan muka Luq, insyaallah Ria akan selesa jugak." Aku ketawa lagi.
"Tq Luq walaupun nasihat Luq tu fifty-fifty je boleh pakai. Tq hantar Ria pagi ni." Luqman hanya mengangguk.
"Ok, good luck. Kalau dah siap nanti, call je la Luq. Luq akan datang ambik Ria."
"No, Luq. Ni pun dah banyak. Lagipun, Luq kerja hari ni kan? Takkan la Luq nak ponteng kerja pulak semata-mata nak ambik Ria. Kesian patient nanti." Luqman tertawa. Usai berbual, aku keluar dari keretanya dan mengucap bismillah. Kakiku melangkah masuk ke syarikat tersebut.
"Hello, assalamualaikum mama." Sesudah interview aku terus menelefon rumah. Kebetulan mama yang mengangkat panggilan tersebut.
"Ria pass iv tu mama, Ria dapat kerja tu." Mama tidak henti mengucapkan syukurnya.
"Eh, tapi cepatnya diorang decide. Bukan tunggu sehari dua jugakkan nak tahu keputusannya?" Mama pelik tiba-tiba.
"Oh, diorang bagi result terus sebab Ria sorang je yang interview hari ni, lagipun diorang nak pakai pekerja cepat." Tiba-tiba aku rasa berdebar bagaimana hendak menceritakan perkara seterusnya kepada mama.
"Ria sorang je? Kenapa pulak?"
"Em, mama kejap lagi Ria balik Ria cerita semuanya. Okay?"
"Yelah, yelah. Oh Ria, Suri dengan Nadhim dah balik dah ni. Diorang baru sampai tadi." Dap dap, dap dap, dap dap. Ini bunyi jantung aku berdenyut okay.
"Oh. Emm..ada Suri tanya pasal Ria tak?" Dap dap, dap dap, dap dap.
"Hah? Takde pulak. Dia balik je tadi terus masuk bilik. Nadhim je yang keluar berbual dengan papa kat taman. Penat sangat kut." Aku mencuba menyedapkan hati aku. Mungkin Suri penat sangat kut, sampai terlupa nak call, mesej, wasap atau komen balik mesej aku kat ig. Seronok sangat balik kampung kut.
"Em takpelah ma, assalamualaikum." Hati aku tak senang sekarang ni. Tapi, untuk hilangkan perasaan ni, aku kena pergi klinik.
"Maaf ye kak, doktor Luqman free tak sekarang ni? Saya ada buat appoinment dengan doktor Luqman tentang sakit saya." Aku bertanya aka yang berada di kaunter klinik Luqman itu.
"Sakit apa dik? Doktor tak ada bagitahu pun sebelum ni ada buat appoinment apa." Susah la akak ni. Acting Ria, u need to act. Aku mengeluarkan sapu tangan dari handbag dan mula mengesat mata, seolah-olah menahan tangisan.
"Maaf akak, bukan saya tak nak bagitahu. Tapi saya dah promise tak nak bagi tahu sape-sape. Masa saya kat sini sekejap akak, so please." Kalut sekejap akak tu melihat lakonanku.
"Ha, adik tunggu kejap ye. Akak akan masukkan adik jumpa doktor Luqman kejap lagi. Dia sedang rawat patient sekarang." Aku mengangguk dan memberikan senyuman sakit.
"Adik boleh masuk sekarang." Aku mengucapkan terima kasih dan menuju ke bilik Luq. Terjah Luq ni best jugak ni. Kasi havoc sikit.
"Hai sayangg...." Aku menyapa dengan agak kuat sehingga aku tak perasan Luq sedang bercakap dengan kawan dia, iaitu doktor kedua yang jaga klinik ni. Mati suara aku bila mereka berdua memerhatikan aku dengan pelik.
Ya Allah, bapak malu jemah!! Luqman terburai sedikit ketawa tapi ditahannya. Tak guna punya Luq, tolong la bestfren ni dari lebih memalukan diri. Merah muka aku apabila masih diperhatikan mereka berdua.
"Sayaangg, hai. Tak cakap pun nak datang sini. U ni suka buat suprise." Luqman dengan muka yang masih ingin ketawa melakonkan wataknya.
"Sayang? Sejak bila u ada sayang ni?" Luqman berdehem sedikit dan bangun menyuruh aku mendekatinya.
"Kenalkan ni Elena, doktor kat sini jugak kawan Luq yang sama-sama bukak klinik ni. Dan Elena, kenalkan sayang I, Suria." Dengan akwardnya, aku menyalami Elena.
"Hmmh, okay la. I masuk bilik dulu. Bye, Suria." Masuk saja Elena ke biliknya, aku melihat Luqman. Dia kali ini menghamburkan ketawanya melihat aku yang memalukan diri. Aku mengepal tanganku dan duduk.
"Haih, sayang sayang. Apa I nak buat dengan u ni sayang?" Kata Luqman masih tersengih.
"Hmmph!!"
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...