Bab 49

6.7K 270 8
                                    

"Mama tak kira apa Nadhim bagitahu Ria, tapi mama nak kamu balik secepat mungkin. Tolong Suri, Ria." Atas desakan mama, aku menghabiskan kerja dengan secepat mungkin dan kembali ke rumah 2 hari awal.

Tiada lagi Sabah, takde lagi Kathy moody dan tiada lagi sparkle boss. Aku kembali ke Pahang, my home. Tunggu surat daripada company ke mana pulak aku akan dihantar lepas ni. Dan sekarang ni cuti!!!

"Kenapa mama nak cepat sangat Suri balik pa? Kenapa dengan Suri?" Tak henti aku bertanya papa yang mengambil aku dari airport.

"Suri....tak sihat sikit. Mama risau sangat tu, sebab tu la dia paksa sangat Ria balik." Aku merasa tidak sedap hati.

"So, Suri sakit apa?" Papa tidak menjawab soalan aku. Aku akhirnya mendiamkan diri apabila tiada tanda papa ingin menjawab soalanku.

Sampai saja di rumah, mama memelukku erat. Muka mama juga sepertinya sangat sedih dan letih. Aku tidak berhenti bertanya tapi mama tidak menjawab.

"Mama gembira Ria dah balik. Pergi letak beg, lepas tu masuk bilik Suri ye." Aku hanya menurut walaupun tidak memahami keadaan sekarang.

Masuk saja ke dalam bilik Suri, aku melihat Nadhim mendodoikan Elisa sementara mama mengelap seseorang di atas katil.

"Mama? Suri?" Semua mata memandang aku sebaik saja aku masuk. Aku melihat 'seseorang' tadi yang terbaring di atas katil. Dengan rasa berdebar, aku menghampiri katil dan melihat wajah orang itu, Suri!!!!

Perlahan-lahan aku melutut dan memegang kedua tangan Suri yang direhatkan di atas perut. Pergerakanku membuatkan Suri membuka matanya. Sebaik saja melihat aku di sisinya, Suri tersenyum kepadaku. Tapi aku tidak membalasnya. Sebaliknya, mata aku berair.

Kulit Suri yang selama ini cerah dan sihat kelihatan agak sembap dan tidak berseri.  Muka Suri yang selama ini cantik tak bermekap pucat dan mata Suri dihiasi dengan eyebag yang agak teruk. Suri terbaring lemah dengan selimut dihamparkan hingga ke dadanya.

"Apa jadi? Kenapa dengan Suri?" Air mata yang hanya ditubir turun seperti empangan pecah. Suri mengekalkan senyumannya kepadaku.

"Suri....okay je. Sakit pe..pening biasa je. R..Ria dah lama...ke balik?" Suara Suri juga sudah bertukar serak.

"Jangan nak tipu Ria. Kalau setakat pening je takkan sampai macam ni. Kenapa dengan Suri mama? Nad?" Tiada siapa yang menjawab soalanku. Yang dibalasnya adalah dengan Elisa menangis membuatkan Nadhim yang mendukungnya keluar dari bilik untuk keamanan Suri.

"Mama...?" Aku melihat wajah serba salah mama. Tidak mendapat jawapan yang aku mahu, papa datang mendapatkan aku. Kami keluar dari rumah dan duduk di buaian di luar rumah.

"Sebelum papa cerita ni, papa nak mintak maaf jugak dari mama dengan Nadhim. Kami bukan tak nak bagitahu Ria, cuma Suri yang mintak ni. Jadi tolong jangan salahkan sesiapa dalam hal ni. Malah, mama pernah bermasam muka dengan Suri sebab Suri nak rahsiakan dari Ria." Aku membatu mendengar permulaan cerita papa.

"Rahsia apa pa?" Papa menghela nafas perlahan sebelum mula bercerita.

"Suri....dia ada sakit kanser otak." O...otak? Air mata tadi kini semakin lebat.

"What? Macam mana.....macam mana ni boleh berlaku pa? Ini...tak mungkin." Aku cuba menelan realiti tapi sangat payah kerana ini sangat mustahil.

"Kami pun tak sangka ni boleh berlaku. Ria ingat lagi tak masa Suri jatuh pengsan masa dia di uni dulu?" Peristiwa tu...tak mungkin aku boleh lupa.

"Masa tu kami ingatkan dia sakit macam biasa tapi bila doktor dah panggil mama dan papa ke bilik dia, kat situ la semua didedahkan. Doktor cakap Suri dah di tahap keempat dan dah takde apa yang boleh dibuat.

Sebelum ini mama dan papa selalu ingat Suri sakit kepala biasa tu sebab kami tak pernah pergi buat rawatan. Suri pun dia tak pernah nak bagitahu kalau ada sakit apa-apa. Pendam semuanya sorang-sorang sebab tak nak mama papa risau." Sebagai kembar dia, aku rasa sangat bersalah. Selain Suri sendiri, sepatutnya aku dah boleh agak bila Suri sakit.

"Mesti ada cara lain pa kita boleh selamatkan Suri." Papa mengeleng lemah.

"Kalau ada nak, dah lama papa mama usahakannya. Yang doktor boleh beri pun hanyalah ubat tahan sakit bila Suri dah tak boleh bendung sangat sakit dia." That's why la Suri nak percepatkan kawin dia dengan Nadhim.

"Papa rasa sangat bersyukur sebab Nadhim sudi terima Suri walaupun tahu Suri sakit teruk macam ni. Nadhim pun sama dengan Suri, papa tak boleh baca apa sebenarnya dia sedang fikirkan. Mereka berdua pandai sangat pendam perasaan." Aku sangat bersetuju tentang hal tu.

"Papa mintak satu je dengan Ria." Aku melihat papa yang merenung jauh.

"Depan Suri, tolong jangan menangis. Doktor kata kalau kita yang sihat ni pun lemah dan nangis je bila tengok dia, Suri pun akan jadi makin lemah. So, Ria kena kuat untuk Suri. Bagi semangat untuk Suri." Aku mengangguk faham dengan permintaan papa. Tidak lama kemudian, mama datang menghampiri kami.

"Suri nak jumpa Ria." Aku memandang mama sebelum naik ke bilik Suri. Di dalam bilik, Nadhim setia di sisi Suri. Aku juga berasa sangat bersyukur ada Nadhim yang hendak berkahwin dengan Suri walaupun tahu keadaan sebenar Suri.

"Abang... Suri nak....cakap dengan Ria...berdua." Nadhim merisaukan keadaan isterinya tapi setelah melihat aku yang sudah berhenti menangis, dia keuar dan menutup pintu bilik. Meninggalkan aku dan Suri berdua di dalam bilik.

"Hai Ria. Sori sebab...Ria terpaksa tengok...Suri sakit macam ni." Aku mencampak jauh-jauh rasa sedih yang datang.

"Kenapa Suri tak nak bagitahu Ria yang Suri sakit kuat macam ni?" Suri senyum kepadaku.

"Sebab Suri tak nak...Ria kesiankan Suri macam orang lain. Tengok mama papa dan Nad. Diorang kesiankan Suri. Nad....Suri rasa sebab utama...dia kawin dengan Suri....sebab kesian." Aku mengeleng laju.

"Tak, Nadhim tak macam tu. Ria yakin Nadhim sayangkan Suri. Sebab tu la dia kawin." Suri mencuba ketawa selepas mendengar ayatku.

"Kawin sebab nak bahagiakan Suri? Macam...terpaksa je Suri dengar. Tapi...Ria tak tahu hal sebenar.. .antara Suri dengan Nad." Hal sebenar? Baru saja aku ingin bertanya, Suri batuk kuat dan aku terpaksa membangunkan dia dari baringan. Berhenti saja batuk aku panik apabila melihat darah di tangan Suri yang digunakan untuk menekup mulutnya sebentar tadi.

"Suri!!!" Aku mengambil tisu di meja sebelah dan mengesat darah di tangannya. Begitu juga di bibir Suri. Tidak lama kemudian, Nadhim masuk dan dengan tenang membersihkan Suri. Seolah-olah ia perkara biasa. Atau ianya memang perkara biasa.

Nadhim menyuruh aku keluar tapi Suri sempat mencapai tangan aku membuatkan aku berpaling kepadanya semula.

"Maafkan Suri.....sebab terlalu pentingkan....diri sendiri." Aku tidak memahami maksudnya tapi dikejutkan dengan Nadhim yang menyuruh aku keluar. Apa maksud Suri?

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now