Bab 17

6.3K 243 6
                                    

Aku melambai kepada Luqman yang telah menghantarku pulang. Aku membuka kasut dan membuka tombol pintu. Baru sahaja aku ingin memulasnya, pintu telah terbuka dari dalam. Aku mengundur sedikit bagi memudahkan pintu dibuka. Kelihatan Nadhim keluar membawa plastik sampah. Alamak, kenapalah aku kena jumpa dia ni dulu?

"Assalamualaikum." Aku memberi salam kepadanya dan dia menjawab perlahan. Think Ria, think.

"Nak pergi mana tu?" Nadhim berhenti dan melihat aku semula.

"Buang sampah?" Aku mengangguk malu. Aduh Ria, dah nampak dia bawak plastik sampah tu, nak buang la. Takkan nak simpan kut. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke dalam.

Aku ke dapur dan melihat mama yang sibuk memasak. Perlahan-lahan aku terjengket dan idea jahat datang ke fikiran.

"Mama!!!" Aku menjerit di telinga mama membuatkan dia melatah panjang. Ketawa aku melihatnya.

"Ria! Terkejut mama! Hish kalau teruk tadi, mama ketuk dah dengan senduk ni." Aku menyambung ketawa.

"Mana bakal menantu mama?" Aku keliru seketika melihat mama yang seperti tercari-cari.

"Mama cari sapa?" Mama menjeling aku.

"Kan mama suruh kamu bawak kawan yang datang ambik kamu tadi. Balik pun dia hantar la tu?" Oh, Luqman ke?

"Dia sibuk la ma. Lagipun kenapa pulak Ria nak bawak dia datang rumah? Dia kawan biasa la ma." Mama menjeling sekali lagi.

"Mama, sampah dah buang. Ada apa lagi Nad boleh tolong?" Kejung aku seketika mendengar suaranya. Dah lama ke dia ada belakang aku? Dia dengar ke pasal Luqman?

"Takde dah Nad. Terima kasih ye tolong mama. Tengok Nad ni Ria. Mama harap sangat Ria jumpa suami baik macam Nad." Senyap aku mendengar kata-kata mama. Dia tidak menyampuk apa-apa tapi terus naik ke biliknya.

"Oh ya mama. Mana Suri? Dalam bilik ke? Dia okay dah? Tak sakit dah ke?"

"Okay je mama tengok tadi. Tapi letih sikit sebab lama kut perjalanan. Karang dia keluar la tu." Aku mengangguk akhirnya.

"Suri!!!! Ria rindu Suri!!!" Aku memeluk Suri sebaik saja dia turun saja dari tangga miliknya. Tapi Suri hanya berdiam diri dan tidak membalas pelukanku. Aku melepaskan dia dan Suri hanya tersenyum tipis.

"Suri? Suri ok?" Suri hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia kemudiannya terus duduk di meja makan, tidak mempedulikan aku. Aku melihat papa yang baru keluar dari bilik air. Mata aku melirik bertanyakan perubahan Suri, tapi papa hanya mengangkat bahu, tidak mengetahui sebabnya.

"Suri, Suri kenapa tak angkat call Ria? Ria wasap, mesej, komen kat ig semua Suri tak reply. Suri okay? Suri sakit ke apa kat sana? Nadhim?" Tidak mendapat jawapan dari Suri, aku bertanya pula Nadhim. Nadhim juga mengangkat bahu, tidak tahu sebab perubahan isterinya. Ah, tipu la dia tak tahu kenapa Suri macam ni. Nak kata bergaduh, tadi elok je bergelak ketawa. Aku datang baru la Suri senyap sikit.

"Suri okay je. Cuma penat sikit je sebab berjalan jauh." Aku tersenyum, sekurang-kurangnya dia ingin bercakap denganku. Aku kemudiannya terus berbual dengan papa dan mama ketika makan. Well, ada Ria kecoh la rumah.

"Boleh tak Ria makan je, tak payah nak berbual sangat. Kalau macam tu, sampai bila nak habis makan tu?!" Terkejut aku apabila Suri agak meninggikan suara tiba-tiba. Biasanya dia tidak pernah menegur walau sebising mana pun aku. Ini kali pertama. Perasan dengan perubahan semua orang yang terkejut dengan tingkahnya, Suri meletakkan sudu dan garfu lalu naik ke biliknya.

"Sori mama, papa. Tak sihat betul Suri tu. Nad naik atas tengokkan Suri." Mama dan papa mengangguk dan melihat Nadhim pergi memujuk isterinya.

"Dah, Ria. Makan nasi tu. Jangan biarkan nasi tak habis, tak baik membazir." Papa menegurku yang masih lagi termenung. Tak boleh pa, selera Ria dah melayang. Ria sangat-sangat terasa hati dengan Suri kali ni.

Beberapa hari ini, Suri sering saja mengelak daripadaku. Okay, aku tak tak tahu dia nak elak atau dia memang tak nak jumpa aku. Sebabnya dia asyik terperap dalam bilik dia. Nak jumpa tu jarang sangatlah. Nadhim, papa dan mama pula hanya membiarkan anak kesayangan diorang berkurung dalam bilik.

Suatu hari, aku melihat Nadhim dan Suri sedang menonton televisyen di ruang rehat keluarga. Aku menghampiri Suri dan duduk di sebelahnya. Suri yang perasan dengan kehadiran aku mengesot sedikit mendekati suaminya. Oh ya, kalau korang tanya macam mana aku dengan Nadhim, aku takde masa nak fikir soal crush kalau twin aku tiba-tiba nak marah aku tak tentu pasal macam ni.

"Nad naik atas kejap ye Su, nak call client kejap." Walaupun muka Suri penuh mengharap agar Nadhim tidak pergi, Nadhim naik terus ke biliknya.

"Suri, Ria nak cakap sikit ni." Suri mendiamkan diri, mungkin malas berbual denganku.

"Suri! Dengar tak?" Dia masih lagi ralit menonton televisyen dari mendengar apa yang aku cuba sampaikan. Dengan sakit hati, aku mengambil remote tv kemudian menutupnya.

"Tak nampak ke yang Suri nak tengok tv tadi?" Marah Suri kepadaku. Aku tak kisah sebab sekarang ni tak logik langsung. Sapa yang patut marah dalam keadaan sekarang ni?

"Nampak. Tapi Suri pun sama. Ria nak cakap something kan ni!" Suri memeluk tubuhnya.

"Okay, Suri maaf. Tapi, sekarang ni Ria tak faham langsung apa yang Suri buat sekarang ni. Kenapa tiba-tiba Suri nak marah Ria? Apa Ria dah buat? Kalau ada salah pape, cakap la. Jangan pendam. Cakap, apa salah Ria." Tapi Suri tidak membalas. Dia lebih rela mendiamkan diri dari bercakap denganku.

"Suri, cakap la. Ria tunggu ni." Suri akhirnya melepaskan nafas panjang.

"Ok, Suri cuma nak tahu apa perasaan Ria pada Nad? Dari dulu dan sekarang." Aku ketawa tipis. Takkan pasal ni lagi?

"Suri, berapa kali Ria nak cakap. Ria takde feeling pape pun pada Nadhim. Ya Allah, penat la cakap benda sama je banyak kali." Tapi Suri tiba-tiba bangun dari sofa dan memandang tajam kepadaku.

"Tipu!! Ria tipu!! Suri tahu apa yang Ria rasa sebenarnya. Ria suka Nad kan?" Aku turut bangun menghadapnya.

"Apa Suri merepek ni? Sape cakap Suri benda tu? Tak masuk akal la." Aku suka Nad, tapi aku takkan mengaku. Sebab aku dah mula lupakan dia.

"Tak masuk akal? Merepek? Ikut Suri, Ria. Kita tengok sejauh mana merepek Ria tu." Aku mengikutnya naik ke tingkat atas. Suri tiba-tiba saja ke biliknya dan aku menunggu di luar. Dia keluar dan kami berdua masuk ke bilikku.

"Habis tu ni apa?" Suri melemparkan satu buku kecil ke lantai. Kejap, aku kenal buku ni. Diari aku!! Korang mungkin tak tahu pasal ni. Tapi sevogue mana pun Suria, tetap ada diary tau. Aku tulis semua perasaan aku dalam ni.

"Suri baca diary Ria? Sampai hati Suri!" Aku tunduk mengutip diariku dan menghadap Suri semula.

"Terima kasih kepada diari ni, Suri tahu apa yang Ria pendam selama ni. Terutamanya bab sukakan Nadhim. Sampai hati Ria, Nad tu suami Suri tau tak! Ria kena sedar benda ni. Apa yang lebih pedih, Ria lepas Nad pada Suri sebab Suri sakit? Apa tu? Siapa Ria nak pandang rendah macam tu pada Suri? Mesti belakang Suri, Ria gelak kan? Mengharap Suri cepat takde, boleh la Ria rampas suami Suri. Kan?" Kerana terlalu pedih, aku menampar Suri.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now