Bab 67

8.9K 253 4
                                    

"Hari ni kita nak gi mana ni?" Aku tersenyum ceria kepada Nadhim yang bermuka selamba. Cara kedua, dating. Kali ni takde Eli. Hanya kami berdua.

"Kita pergi settlekan semua urusan yang belum selesai. Kad hari tu kan, cincin, lagi benda-benda kecik tu semua. Okay sayang?" Tips pertama, panggil dia sayang, atau sebarang panggilan yang dia suka. Aku tertawa jahat di dalam hati apabila Nadhim sepertinya terkejut dengan panggilan itu tapi berpura-pura biasa.

"Sayang, Ria nak mintak maaf sebab selalu buat sayang jealous. Tapi Ria tak menyesal. Sebab sekurang-kurangnya sayang masih lagi rasa jealous. Kalau sayang tak jealous, nampaknya sayang dah tak suka Ria la tu. Kan?" Nadhim masih diam membeku mendengar segala celotehku. Aku mengeluh teramat perlahan, jalan ke tak jalan cara ni ni?

"Yang ni okay?" Lembut suara aku bertanya kepada Nadhim. Dia memandang dia yang ralit bermain telefon. Dia hanya menjawab hmm.

"Yang ni?" Hmmmm.....

"Yang ni okay?" Hmmmm.... Aku menghempukkan album berisi contoh kad ke atas meja membuatkan beberapa mata memandang. Tanpa rasa malu, aku bangun dan meninggalkan Nadhim yang terpinga-pinga. Selaju mana pun aku berjalan, Nadhim masih mampu mengejar langkahku.

"Ria, Ria. Nanti la. Kenapa laju sangat ni?" Aku memeluk tubuh dan memusingkan kepala tidak melihatnya.

"Ria.... Kenapa marah-marah ni?" Sakit hati aku mendengar dia bertanya soalan itu.

"Okay, sekarang ni Nad cakap. Nad ke Ria yang tak nak kawin ni? Kalau tak nak, cakap, senang." Aku menarik nafas berat. Nadhim pula bermuka ketat.

"Nad pelik, kenapa kita boleh sampai conclude macam ni? Nad rasa kita okay. Kenapa?" Aku berpura ketawa dan memandang dia.

"Seriously? Okay ke macam ni? Ria tanya pendapat Nad, tapi Nad sibuk sangat dengan telefon tu, sampai Ria tanya pendapat Nad pun, nak jawab hmm hmm je. Ni perkahwinan kita Nad, preparation kita buat sama-sama. Apa-apa, kita decide bersama." Nadhim memandang aku lembut.

"Okay, kita decide sesama. Please jangan marah-marah macam ni. Tak fun la macam ni. Kata nak dating, sweet-sweet. Macam ni, takde la nak sweetnya." Aku memandangnya sinis.

"Nad main telefon lagi, Ria balik." Laju Nadhim mengangguk. Kami berjalan semula ke butik pengantin tadi.

"Ria kalau marah, nampak main cantik. Nad suka." Aku menjeling apabila dia mulai gatal.

"Ni maknanya Nad maafkan Ria?"

"Bila Nad marah Ria? Nad saja je nak tengok macam mana Ria pujuk Nad. Laahh... akhir-akhir kita yang merajuk ni pulak kena pujuk dia." Aku tersenyum ceria akhirnya. Tak perlulah nak pujuk lebih-lebih Nad kalau macam ni. Sebab Nad akan sejuk sendiri. Bagusnya.

Selesai saja semua hal, aku dan Nadhim ke restoran untuk mengisi perut. Di sana setelah membeli makanan, aku melihat Nadhim duduk termenung.

"Kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Nadhim merenung aku dengan muka yang sedih.

"Suap la." OMG, biar betul pakcik ni. Jangan nak buat lawak bendul kat sini okay. Malu kut ramai orang. Aku berpura-pura ketawa menganggap Nadhim berlawak.

"Kelakar la Nad ni, makan cepat." Tapi Nadhim serius, dia hanya asyik merenung aku. Okay, dia tak berlawak.

"Nad malu la, ramai orang." Nadhim masih lagi dengan muka sedihnya.

"Ria bila pujuk Nad je panggil sayang. Bila kita dah okay balik, takde pulak nak panggil sayang..... Makanan ni, Nad tak nak makan kalau Ria tak suapkan." Ah sudah, buat perangai pulak dia. Dia ingat budak ke dia tu? ramai giler kot orang.

Melihatkan dia berkeras, aku akhirnya mengambil sudu dan menyuakan mulutnya. Tapi dia tidak membuka mulut dan merenung aku. Okay, aku tahu apa yang dia nak sekarang. Mama...tolong la Ria. Ria kena buli dengan Nad.

"Say aaa sayang. Meh Ria nak suapkan. Sayang cepat buka mulut." Perlahan-lahan senyuman muncul di bibirnya tapi dia menekup mulut menahan ketawa. Aku menggigil menahan malu dan bengang. Perangai kami telah diperhatikan oleh orang di meja sebelah. Malunya oi. Nadhim akhirnya membuka mulut dan menerima suapan aku.

"Lagi." Jantung aku berdegup laju. Malu dan marah sebentar tadi hilang. Peristiwa di dalam pejabatnya hari itu bermain lagi di fikiran. Tak semena-mena muka aku panas dan mungkin jugak sekarang ni over blushing.

"Assalamualaikum Ria, Nadhim." Kami berdua berpaling ke arah suara itu. Luqman! Nadhim mengeras dan memandang Luqman dengan pandangan membunuh. Aku berasa tidak sedap, kerana Luqman berhadapan dengan Nadhim. Aku takut jika terjadi pergaduhan pula di antara mereka.

"Luq.." Lembut suara dan senyuman aku kepadanya. Sudu yang aku pegang sebentar tadi aku letakkan kembali ke pinggan. Aku dapat merasakan kemarahan Nad mula muncul kerana adanya Luqman menganggu date kami.

"Apa kau nak?" Kasar suara Nadhim bertanya Luqman, tapi Luq hanya bermuka biasa.

"Aku datang nak mintak maaf dekat engkau pasal Suria. Aku dah jumpa Ria hari tu, tapi dengan kau je aku belum lagi mintak maaf." Aku mendengar perbualan di antara mereka. Jauh di sudut hati aku, aku berasa lega kerana sekurang-kurangnya Luqman datang meminta maaf kepada Nad.

"Tak guna nak mintak maaf. Kalau maaf kau tu boleh hilangkan kenangan pahit Suria takpelah jugak." Terdiam Luqman mendengar kata-kata sinis Nadhim. Aku juga mendiamkan diri mendengar ayat Nadhim. Dan juga kerana tidak mahu menyampuk perbualan mereka berdua.

"Aku betul-betul minta maaf. Kalau boleh betulkan masa, aku takkan buat semua tu. Aku sayangkan Ria, taka mungkin aku nak buat perkara yang akan takutkan dia." Di akhir ayat, Luqman memandang aku dengan satu rasa yang aku boleh teka kasih? Dari sisi mata, aku melihat Nadhim memandang kami berdua sambil tangannya dikepal. Petanda buruk untuk lama-lama kat sini.

"Tak payah kau nak sayang dia. Ria akan berkahwin tak lama lagi, dengan aku. Jangan kau kacau dia lagi, faham?" Lambat-lambat Luqman mengangguk.

"Aku harap kau sayang dia elok-elok. Dia sangat berharga bagi aku....dan jugak engkau. Jangan sakitkan hati dia. Kau kena selalu bahagiakan dia." Sayu terasa bila mendengar Luqman menasihati Nadhim.

"Aku tahulah macam mana. Tak perlu kau sibuk-sibuk nak nasihatkan aku. Jaga diri kau dulu. Jom balik, Ria." Nadhim bangun terlebih dahulu diikuti aku. Sebelum dia melepasi Luqman, Luqman menghulurkan tangannya untuk bersalam tapi tidak dihiraukan Nadhim. Aku pulak berasa malu dengan perangai Nadhim.

"Maafkan Nad, Luq. Dia marah sangat tu." Luqman mengangguk dan senyum kepadaku.

"Maafkan Luq. Jaga diri dan semoga Ria selalu bahagia." Aku membalas senyumannya dengan senyuman tipis. Nadhim memerhatikan kami berdua dari luar restoran.

Semoga Luq pun akan berubah dan akan jumpa orang yang dia cintai sepenuh hati.

Sori lambat update. Tq sebab tunggu update. Mulai beberapa hari ni sy dah mula masuk u, so update akan lambat la sikit. Sabar ye, dan enjoy!!

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now