"Mama, Ria kena tukar ke Sabah minggu depan." Seperti yang aku sangka, kecoh la mama dan papa.
"Hah? Kenapa baru beritahu sekarang? Sampai hati Ria, Terengganu dah jauh ni nak pergi lagi jauh." Aku ketawa sedikit, cuba menenangkan suara mama.
"Nak buat macam mana ma, company yang suruh. Dia nak Ria ke sana untuk tengok dan ajar-ajar sikit pekerja baru kat sana. Setahun je pun." Sekali lagi mama terkejut.
"Setahun? Ya Allah, lamanya! Haih, kalau duduk kat Terengganu ni pun kamu susah nak balik rumah, tak tahu la mama bila kamu dah sampai sana nanti." Aku tertawa lagi. Aku juga masih memikirkan samada aku patut balik ke rumah atau tidak selepsa ini.
"Tak tahu lagi la mama. Yelah, tiket flight lagikan, kos nak duduk kat sana lagi, banyak duit nak guna tu." Alasan je semua tu, cakap la kau tak nak balik sebenarnya. Mama akhirnya mengalah sebaik saja mendengar suara papa menyampuk di belakang.
"Oh ya, kamu tak jumpa Nadhim ke kat Terengganu nu? Kenapa dia tak ajak kamu balik sekali setiap kali dia balik rumah?" Aku melihat bilik En. Azam, di mana Nadhim masih di dalamnya.
"Entah la ma, takde pulak. Tak terserempak, tak jumpa la. Kenapa ma, ada pape berlaku kat rumah ke?" Mama berhenti sekejap, bercakap dengan papa di belakang.
"Haala, kamu je yang tak tahu lagikan? Lagi dua bulan Suri...." Tuuut. Aku melihat telefon yang sudah kehabisan bateri. Alah, masa ni pulak telefon nak habis bateri. Kenapa dengan Suri? Nanti-nanti je lah call mama balik.
"Suria, bunga saya dah siap?" Tanya En. Azam sebaik sahaja perbincangannya selesai. Aku mengangguk tersenyum dan mengambil sejambak bunga yang telah aku tempah di kedai bunga. Aku melihat En. Azam yang tersenyum, pasti menantikan pujian tunangnya. Dia tiba-tiba hari ini ingin menghadiahkan bunga.
"Saya pergi dulu ya." Senyuman bahagianya masih melekat di muka.
"Good luck boss." Aku melaung sedikit sebelum bayangnya hilang dari pintu. Aku duduk semula, lunch di meja saja hari ni. Baru saja aku hendak membuka bekal, muncul Nadhim di depanku.
"Ria." Aku mengangkat muka melihatnya, hilang selera makanku.
"Seriously, nak pergi Sabah?" Aku membuat muka kosong.
"So what? Ada duit, ada pengetahuan, single, boleh travel jauh-jauh. Siapa nak halang?" Nadhim mengeluh sedikit.
"Nad tak izinkan. Ria kan perempuan." Aku ketawa bercampur annoying, ok kenapa pulak dengan dia ni.
"Excuse me, apa hak Nad eh nak halang mana kaki Ria nak pergi? Kawan? Tak pun. Boyfriend? Sangat-sangat la tak. Abang ipar? Takkan pernah. So?" Nadhim mengepal tangannya.
"Jangan risau la, luar Malaysia pun dah pernah pergi takkan dalam Malaysia tak boleh. Lagipun, ni la masa nak bekerja sambil bercuti. Lagipun ada projek mencari suami. Mama dah bising Ria masih takde calon lagi." Aku tak tahu kenapa aku perlu beritahu dia pasal mama suruh aku cari bakal suami. Mungkin saja nak jealouskan dia, which is I know akan gagal. Buat apa, dia bukan suka kat aku pun.
"Suka hatilah." Dia berlalu dengan rupa yang agak bengang. Biarlah, do I care? Absolutely no. Hah....bagusnya rasa macam ni. Ria masa uni dulu dah datang balik. Gadis yang suka memberontak bila kemahuannya tak dituruti. Gadis yang tak kisah bila satu lelaki pergi sebab dia yakin sepuluh akan datang. Aku tersenyum bangga sebelum membuka kembali bekal makanan aku.
"Tu macam kereta Luqman je." Tegur aku sebaik saja kami masuk ke perkarangan rumah. Ketika itu Lara dan aku baru saja pulang dari pejabat. Luqman yang perasan kepulangan kami, keluar dari keretanya dan melihat kereta yang baru memasuki garaj.
"Abang, tak cakap pun nak datang hari ni." Lara menyalami tangan Luqman lalu pergi membuka pintu. Aku pula hanya memerhati dua beradik ni dari belakang. Apabila Luqman melihat aku, aku segera masuk ke dalam rumah. Agak janggal berada dekat dengan Luqman setelah lama tak bercakap dengannya.
Selesai saja solat isyak, aku keluar dari bilik untuk menonton tv. Tidak lama kemudian, Luqman juga turut keluar dari biliknya dan menyertaiku menonton tv. Aku mula berasa tidak selesa tapi tetap melekat di kerusi. Lara pula, dia ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Yelah tu, padahal nak cakap dengan tunang.
Oh ya, pada korang yang tak tahu. Lara sekarang ni dah pun bertunang. Selepas saja projek aku diserahkan kepada En. Azam, dia balik ke rumah setelah disuruh mummynya. Dia balik membawa jawapan setuju kerana katanya pilihan mak bapak lebih afdal dalam mencari jodoh ni. Korang tahu tak siapa tunang yang mummy daddy dia cari tu? Rizqy engkau. Ha, dalam jual mahal masa kat Indon dulu, siapa sangka yang sebenarnya Rizqy tu minat jugak pada Lara, cuma tak cakap je. Lepas je kitorang balik Malaysia, Rizqy terus cakap pada ayah mak dia berkenan dengan Lara. Ha, lepas tu preparation nak masuk minang la. Suka aku tengok dua orang tu, comel je. Hikhik.
"Tak beritahu Luq pun nak pergi Sabah." Aku terhenti termenung sebaik saja mendengar suara Luqman.
"Ooh, pasal tu. Sori busy sikit dua tiga hari ni. Banyak benda nak kena selesaikan sebelum pindah ke sana." Aku tersenyum, cuba mententeramkan perasaan sendiri.
"Busy ke memang tak nak cakap langsung? Mana tahu still marah lagi. Kalau tak Lara yang bagitahu, agaknya tahun depan baru la Luq tahu." Aku diam, berpura-pura menonton tv.
"Ria mana ada marah Luq. Lara tak cakap ke?" Aku berkata perlahan setelah lama berdiam diri.
"Kalau tak marah, kenapa tak layan Luq? Bukan sekejap, lama jugak tak nak layan Luq." Aku berdiam lagi.
"Tengok tu, orang cakap tak layan pun. Best sangat ke tengok iklan tu? Iklan apa? Abang terlajak laris je pun nyanyi dengan bini dia. Baik dengar Luq nyanyi, lagi best." Aku mula tersenyum sedikit apabila Luqman membuat lawaknya.
"Ria dengar la apa yang Luq cakap tu. Bukan tak layan, cuma tak tahu nak cakap apa." Sedikit sebanyak, aku berasa lega. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa akward bila aku dengan dia.
"Luq mintak maaf ye pasal hari tu. Please jangan jauhkan diri dari Luq. Luq rindu Ria." Perasaan tidak sedap itu datang kembali.
"Ria pun rindukan Luq." Itu saja jawapanku.
"Luq tahu rindu Ria tu tak lebih dari kawankan? Atau tak lebih dari adik. Tapi, rindu Luq lebih dari kawan atau abang. Dan Luq tahu yang Ria tahu perasaan sebenar Luq, cuma Ria buat-buat tak tahu je. Kan?" Aku menelan air liur pahit. Lidahku kelu semula.
"Luq tahu Luq tak mungkin jadi Nadhim. Tapi Luq jugak tahu kalau Ria terima Luq, Ria takkan sia-sia. Luq akan bahagiakan Ria. Dan Luq jugak nak cakap selagi Nadhim masih suami Suri, selagi tu la Ria takkan dapat dia." Aku merenung kaca tv. Walaupun mata melekat di situ, telinga dan otakku melekat pada kata-kata Luqman.
"Goodnight, Ria." Luqman mula bangun untuk masuk ke bilik.
"Luq...." Luqman berhenti dan melihat aku kembali.
"Mungkin kita boleh start sama-sama? Lagipun, Ria perlukan Luq untuk move on. Mungkin Ria suka biasa-biasa je pada Luq sekarang, tapi mana tahu kita boleh try bersama untuk tukarkan perasaan Ria jadi lebih serius untuk Luq? Tu pun kalau Luq nak." Luqman nampak teragak-agak.
"Maksud Ria, Luq ni sebagai ganti kepada Nadhim?" Aku menahan debar. Aku tak kisah kalau Luqman menolak, tapi aku ingin berubah. Tak mahu lagi berharap pada Nadhim.
"Okay. Mulai esok kita boyfriend girlfriend."
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
Storie d'amoreAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...