Bab 27

6.6K 278 6
                                    

"Hei, henfon kau bunyi tu. Cuba la di angkat, kesian orang yang memanggil tu." Aku tidak mempedulikan kata-kata Lara tapi mengambil telefonku dan menukarnya kepada mood silent.

"Siapa? Luqman eh?" Aku mengeleng, menidakkan tekaan Lara.

"Okay, since kau badmood sangat malam ni dan aku tak tahu kenapa, kita tukar topik lain. Macam mana dengan.... Hah, client tengahari tadi?" Aku memandang Lara.

"Sekarang ni aku sedang cakap dengan boss besar ke dengan bff aku? Aku nak bagi jawapan yang sesuai ni." Lara mencebik mulutnya sedikit.

"Dengan bff kau la. Boss besar kat pejabat je. Kau ni." Aku tersenyum sedikit.

"Okay je." Membulat mata Lara.

"Okay je? Takde komen lebih-lebih? Client tu tua ke muda, hensem ke tak, senang tak dibawa berbincang, korang dah bincang sampai mana?" Aku memandang Lara dengan rasa tak puas hati.

"Tadi kau cakap hal pejabat bincang kat pejabat, ni senang bawak bincang pulak pehal?" Lara tertawa senang melihat aku bengang.

"Okay okay, lek ar. Kau ni, nak period ke apa. Okay, ce cite sikit kenapa kau angin sangat ni? Sejak kau balik jumpa client tu la kau macam ni. Azam cakap sampai kau tak nak projek ni pulak. Kenapa?" Terkejut aku mendengarnya.

"Amboi, boss dah pandai mengadu sekarang? Carenya dia." Lara tersengih lagi.

"Tak payah fikirkan dia. Dia risau dengan pekerja kesayangan dia la tu. Dah, apa sebenarnya kes kau ni. Ce cite." Aku mengeluh perlahan sebelum membuka cerita.

"Wakil conpany tu Nadhim. Kau faham tak macam mana aku rasa sekarang?" Ternganga mulut Lara. Kalau mak mertua tengok ni, confirm direjectnya untuk jadi menantu.

"Nadhim....abang ipar kau tu ke?" Ish, bengang pulak aku dengan Lara malam ni. Nadhim tu lah, banyak mana Nadhim yang kau kenal?

"Haah, Nadhim suami Suri tu la."

"Babe, masak la. Kalau Suri tahu kau dengan suami dia bekerja sama-sama macam mana? Kecoh la nanti." Aku mengeluh lagi.

"Tu satu hal, tapi yang aku risau sekarang ni hati aku. Aku takut aku tak kuat. Aku datang jauh-jauh sebab nak lupakan dia. Last-last, dia kena kerja dengan aku pulak. Macam mana ni Lara?" Lara memandang aku dengan rasa kesian.

"Aku kalau boleh tolong kau, memang aku dah tolong. Tapi nak kasi projek ni pada Azam memang tak dapat la kut. Sekarang ni dengan dia, dah tiga projek besar aku suruh dia settle. Lagipun aku dapat tengok kat muka dia tu, dia yakin kau boleh buat projek ni. So, no la." Aku menahan rasa, memikirkan jalan penyelesaian masalah Nadhim ni. Kenapa la dalam banyak-banyak orang dalam syarikat dia tu, Nadhim jugak yang terpilih kena kerja kat sini?

"Satu je la aku boleh nasihatkan. Just be professional. Kau tak payah nak fikir soal hati kau masa kerja. Time kerja, kerja. Kalau dia mencuba nak masuk berbual soal hati dan perasaan dengan kau, tukar topik terus. Bincang hal kerja balik. Elak dari bincang hal sensitif. Okay?" Aku mengangguk, bersetuju dengan idea Lara. Aku berharap hati aku kuat la nak hadap dia.

Aku menguap perlahan ketika menaiki lif ke bahagian aku. Sampai saja di meja, kelihatan Dewi dan Man sedang asyik bergosip di meja Dewi.

"Kenapa ni? Gosip apa pagi-pagi ni?" Dewi dan Man berpaling melihat aku.

"Wah....untungla awak Suria." Hah? Untung? Pehal pulak tiba-tiba ni? Man yang jelas melihat aku bingung bantu menjelaskan.

"Takde, dalam bilik boss sekarang ni ada wakil syarikat yang nak kerjasama dengan kita. Dia tanya Dewi mana satu bilik boss, dia cakaplah. Lepas tu si Dewi ni tak habis-habis beritahu hensem la, sopan la. Sakit telinga dengar." Nadhim ada kat dalam ke? Tak cakap pun nak datang hari ni. Macam mana nak cakap kalau semalaman kau tak angkat call dia, Ria.

"Tadi dia ada tanya mana meja awak tau Suria. Tapi since awak tak datang lagi, dia jumpa boss dulu. Kebetulan boss baru datang." Senyap aku termenung.

"So, kenapa lewat hari ni? Boss datang dulu, baru Suria datang. Ada apa-apa ke dengan lelaki kat dalam tu?" Man dan Dewi tersenyum, menantikan berita terbaru dan terhangat yang akan disebar ke seluruh pejabat.

"Takde apa-apa pun. Korang jangan nak harap apa-apa eh. Lewat sebab tak cukup tidur semalam. Tamat cerita. Jangan nak korek lebih-lebih." Man tersengih-sengih tidak percaya dengan kata-kataku. Lantakla! Jangan sampai rekod bersih aku kotor sebab gosip mosip dari dia ni.

"Suria, masuk sekejap." Baru saja meletakkan barang, sudah dipanggil masuk. Usai mengetuk dan dipersilakan masuk, aku masuk dan duduk di kerusi kosong sebelah Nadhim. Hari ni pun dia hensem sangat.

"Awak tak cakap yang awak dah kenal Nadhim sebelum ni Suria." Hah? Takkan Nadhim cakap pada En. Azam yang dia abang ipar aku?

"Hah? Kenal macam mana boss?" Kali ini muka Nadhim pula berkerut, mungkin pelik dengan aku yang macam tak nak boss tahu apa hubungan dengan dia.

"Oh maksud boss, kenal... Haah, saya kenal Nadhim masa dekat uni dulu. Kitorang satu uni lain kos dulu. Macam mana boss tahu?" En. Azam memegang dagunya, berfikir.

"Taklah, Nadhim datang nak bincang projek tu dengan awak pagi tadi. Saya nampak dia, saya ajak la dia masuk sini dulu." Aku dapat merasakan Nadhim memerhatikan aku walaupun aku tidak berpaling melihatnya.

"Nadhim, kalau datang sini, silalah guna bilik mesyuarat. Memandangkan meja Suria kat luar tu kecik, masuk berbincang dalam tu ye." Nadhim mengangguk mengucapkan terima kasih kepada boss. Setelah selesai berbual, dia mula mengundur diri. Nadhim melihat aku yang masih tidak berganjak dari kerusi tapi aku tidak mempedulikannya memaksa dia keluar terlebih dahulu.

"Yang awak ni kenapa tak keluar lagi?" Aku tersengih melihat Encik Azam di depanku.

"Boss tak nak tanya ke kenapa saya lewat hari ni? Atau apa sebenarnya hubungan saya dengan Nadhim tadi. Mana tahu kalau dalam hati boss tu ada sedetik rasa cemburu so saya nak beri penjelasan la ni." En. Azam menjeling aku.

"Kenapa lewat ni?" Aku tersengih kerana tahu dia akan bertanya aku soalan ini.

"Saya tak cukup tidur la boss. Teringat kan boss. Romantik tak kita boss?" En. Azam cuma mengeleng melihatkan perangai aku yang nakal.

"Lepas tu hubungan awak dengan Nadhim tu apa?" Aku menganga mulut dan membuat riak terkejut.

"Boss jealous ke? OMG!! Takku sangka takku duga hari ni akhirnya tiba. Terima kasih je la boss, tapi saya masih ingat syarat kita, jadi saya reject boss. Jawapan soalan boss tadi, rahasia." En. Azam mengepal tangannya, geram dengan perangaiku. Aku ketawa perlahan lalu keluar.

Di luar pintu bilik, aku melihat Nadhim berdiri. Terkejut aku dibuatnya. Nadhim pula mukanya pucat seperti lepas baru ditangkap mencuri dengar.

"Tak baik curi dengar tau.. Hmmph!" Lalu menuju ke bilik mesyuarat.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now