"Kamu semua, bersiaplah. Kita akan balik lagi dua hari." Kami melihat wajah daddy dan mummy Lara.
"Cepatnya daddy mummy. Lara tak habis jalan-jalan lagi kat sini." Sejak pada hari tu, Lara dah tak keluar jumpa Rizqy. Dia banyak habiskan masa mengikut aku dan Luq atau hanya duduk di homestay.
"Sorry, princess. Tapi daddy memang kena balik secepatnya. Daddy kena lawat company dekat Terengganu dan tengok masalah kat sana." Lara mendiamkan dirinya apabila soal syarikat di Terengganu dibangkitkan.
"Daddy, mummy, Lara ada sesuatu nak cakap." Kami memandang Lara yang agak nervous. Aku mengenggam tangannya memberinya semangat.
"Lara setuju ambik alih syarikat kat Terengganu." Wajah uncle Johari berubah lega bercampur gembira mendengarnya. Begitu juga dengan auntie Rini dan Luqman.
"Tapi dengan satu syarat." Kami semua diam mendengar ayat seterusnya. Syarat apa pulak Lara ni? Masa bincang hari tu, takde pulak letak-letak syarat bagai.
"Lara nak ..... Daddy ambik Ria kerja sekali. Dan Lara nak Ria dengan Lara. Kalau Lara kena control syarikat kat Terengganu, Lara nak Ria ada sekali." Ternganga aku dibuatnya. Dengan serba salah, aku memandang auntie Rini dan Uncle Johari.
"Tak uncle, auntie. Lara mengarut je ni." Tetapi jelingan Lara mendiamkan aku. Habislah kalau daddy dengan mummy dia ingat aku tumpang senang Lara. Nak dapat kerja guna orang dalam.
"Okay, daddy setuju." Tak, aku tak setuju. Aku bangun membuatkan mereka melihat aku pula.
"Kalau uncle serius nak bagi saya kerja, saya pun kena masuk macam orang lain jugak. Saya nak interview dulu, kemudian barulah saya rasa layak masuk company uncle." Uncle Johari tersenyum bangga.
"Ria! Apa kau ni, nak iv pulak." Uncle Johari berdehem sedikit mendiamkan Lara.
"Ok, uncle akan buat iv untuk Ria. Apa-apa kita jumpa kat pejabat." Dia bangun diikuti isterinya dan berlalu.
"Tahniah Ria. Perempuan berani macam nilah baru sesuai jadi isteri Luqman. Kan sayang."
"Ha ha ha. Kelakar sangat, Sayang! Siapa nak jadi isteri Luq, buekk!" Aku menarik Lara masuk ke dalam bilik. Tidak dilupakan muka Luqman yang tersenyum sinis.
"Lara, apa kau buat? Susah payah aku fikir plan nak tolong kau, tapi kau pulak cakap nak iv bagai." Aku menuju ke katil dan berbaring.
"Tak payah nak fikir sangat. Tadi masa kau cakap nak masukkan aku, entah apa parents kau fikir. Mungkin fikir aku ni menumpang kesenangan kau." Lara mengeluh dan berbaring disebelahku.
"Lah, kau jangan risau la. Normal la tu, nak kerja kena iv dulu. Kalau dah kita dua ni berjodoh, dapatnya aku kerja dengan kau. Kalau tak dapat, takde rezeki la namanya. Lagipun, percaya pada aku. Aku Ria la, kat uni boleh ramai peminat, apa salahnya aku cuba charm aku dekat interviewer aku nanti. Kan?" Lara akhirnya mengalah dengan jawapanku.
"Ria, dah call belum parents kau yang kita nak balik hari ni?" Tanya Lara sewaktu kami menunggu waktu penerbangan kami. Aku merenung telefon lama. Sudah agak lama aku tidak menghubungi mama dan papa. Juga Suri dan Nadhim. Macam mana diorang ye? Agak-agak Suri dah mengandung ke belum?
"Adik, jom teman abang beli oleh-oleh jap." Lara tidak mahu tapi tetap dipaksa Luqman. Tq Luq, dia pasti tahu aku hendak bersendirian sekarang, ketika aku hendak menelefon rumah. Bismillahirrahmanirrahim....
Tut tut.....tut tut....tut tut...
"Hello, assalamualaikum." Kedengaran suara mama di talian. Aku menghembuskan nafas lega. Lega bukan dia yang menjawab.
"Mama, Ria ni." Serentak dengan itu mama mula menangis merindukan aku. Aku memohon maaf kepada mama kerana sudah lama tidak menghubungi rumah. Aku turut bertanya tentang keadaan orang di dalam rumah.
"Mama, Ria balik hari ni."
"Eh kata 6 bulan. Ni baru bulan ketiga."
"Haah, tapi company daddy Lara ada masalah sikit, tu yang uncle kena balik awal. Mama, Ria ada lagi satu berita ni. Ria dapat kerja, dengan syarikat uncle. Nanti uncle inform semula bila ivnya."
"Alhamdulillah, mudah urusan Ria kat sana. Takpe, nanti dah sampai Ria call balik. Papa dengan mama datang jemput nanti."
"Tq mama. Assalamualaikum." Setelah tamat panggilan, baru aku menyedari aku langsung tidak tahu sebarang berita pasal Suri....dan suaminya. Mama pun tak inform apa-apa. Well, no news is good news.
Satu jam kemudian, aku sampai. Malaysia!! I'm back!! Sebelum kami berpisah, Luqman menghampiriku.
"Ria, takpekan Luq datang kacau Ria lagi dah balik ni? Luq harap hubungan kita tak henti sampai di sini dah." Aku tersenyum kepada Luqman.
"Of course la tak. Takkan Ria nak lupakan penghibur kesayangan Ria ni." Luqman tersenyum bangga.
"Lagipun, Luq dah macam abang yang selama ni Ria nak. Oh tu papa. Bye Luq." Aku bergegas menuju kepada papa dan mama lalu menyalami mereka. Aku melambai kepada keluarga Lara sebelum keluar dari lapangan terbang.
"Auch!! Sakitnya tu di hati. Sakit lagi bila semua pickupline abang selama ni tak menjadi pada Ria. Lagi-lagi Ria anggap abang macam abang dia. Auch, auch!" Lara ketawa melihat muka kosong Luqman.
"Tepilah, adik ni tak membantu langsung." Lara ketawa lagi.
"I'm home!!!" Tapi senyap saja suasana di rumah. Aku masuk ke bilik untuk meletakkan barang-barang. Kemudiannya keluar menuju ke bilik Suri yang tertutup. Aku mengetuk perlahan tapi tiada jawapan. Penat menunggu, aku membuka pintu perlahan-lahan.
"Suri...?" Ke mana Suri pergi? Ria rindu Suri... Aku bergegas turun ke ruang tamu semula.
"Mama papa, mana Suri?" Mama dan papa melihat aku.
"Oh, Nad bawak Suri balik kampung dia dua tiga hari lepas."
"Kenapa pulak dia balik sana? Bila Suri nak balik?"
"Biarlah dia ikut suami dia. Lagipun, sejak dia kawin, asyik duduk rumah ni je. Nad jarang bawak Suri balik sana. Rindukan keluarga la tu. Nad pun ada mak bapak dia jugak nak kena tengok-tengokkan. Bukan nak jaga Suri je 24 jam." Papa hanya mengangguk mengiyakan.
"Bila Suri nak balik sini?"
"Katanya Nad nak bawak balik Suri ke sana agak lama. Dalam sebulan lah jugak. Lagipun, Suri yang nak sangat rasa suasana kampung."
Sebulan? Bapak lama. Aku baru je balik nak jumpa Suri, dah dia takde. Tapi, apa khabar agaknya Suri dengan Nadhim? Nadhim.... Stop it Suri. Kau kan nak buka buku baru, lupakan dia. Aku cuba menelefon Suri, tapi tidak diangkat. Mungkin sedang bergaul dengan family Nadhim kut. Untungnya dia... Kalaulah aku....
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomansaAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...