Bab 59

7.2K 248 6
                                    

"Bila Nad nak pindah?" Tanya papa apabila kami sedang bersarapan. Aku turut mencuri dengar perbualan mereka berdua walaupun dari jauh nampak tak berminat.

"Em, sehari dua ni pa. Ummi dengan abah pun asyik tanya jugak. Yelah, diorang pun tak selesa jugak Nad terus menumpang kat sini walaupun arwah Suri dah takde." Aku menjadi sayu apabila nama Suri disebut.

"Papa tak kisah pun. Nad tetap dialu-dialukan ke rumah papa walau siapa pun diri Nad. Pulak-pulak Nad pun dah berkenan dengan puteri bongsu papa pulak kali ni." Nadhim tersenyum kepada papa dan kemudian menjeling aku. Aku berpura-pura tidak mendengar dan melihat mama yang melayan Elisa.

"Pa, ma, Ria pergi dulu eh. Takut traffic jam." Aku melihat jam di tangan dan bangun dari kerusi.

"Haih, awalnya. Belum pukul 7 lagi dah nak bertolak? Ada apa-apa ke?" Mama menegur aku yang terkocoh-kocoh mengambil handbag. Nadhim dan papa melihat aku dari meja makan.

"Aah, nak jadi pekerja berkualiti sikit. Datang awal." Mama menjeling aku dan berkata.

"Dah hantar pergi Sabah jauh-jauh takkan tak berkualiti lagi." Aku melepaskan nafas perlahan, mendengar suara  mama yang menyindir. Diam je Suria, jangan nak menjawab. Diam je.

"Awak ni, elok la tu dia pergi awal dari lambat. Betul la tu, tak nak traffic jam." Alhamdulillah, papa sokong. Aku tersenyum dalam diam. Sedar tak sedar Nadhim mendukung Elisa mendekati aku di kereta.

"Say mama bye sayang." Eli mula merengek melihat aku yang ingin pergi darinya. Aku menjeling Nadhim yang tersenyum kepadaku. Saja tak nak bagi lewat la ni. Aku bermain cak cak dengannya membiarkan dia ketawa terlebih dahulu baru masuk kereta.

"Bye mama. Hati-hati bawak kereta." Aku tersenyum kepadanya dan Elisa yang melambai kepadaku. Mama.... Bersedia ke aku? Aku memang dah anggap Eli tu macam anak aku, tapi still rasa macam pelik je. Hmm, whateverlah.

Aku mengangkat fail-fail yang disuruh boss dibawak balik ke rumah untuk dicek. Aku tak tahu apa yang nak dicek, so aku belek-belek jelah. Tak lupa jelingan tajam mama kepadaku ketika aku mengangkat semua fail ni sampai tak nampak muka masuk rumah. Mamaku berpesan, kerja kat pejabat, kat rumah, layan keluarga. Apa benda pergi pejabat kerja, balik rumah kerja. Bila nak spent time dengan keluarga? No komen. Aku terhuyung hayang mengangkut kesemua fail yang tebal dan berat tu.

"Biar Luq tolong." Luqman datang menghampiri aku dan membawa separuh dari bebanan di tanganku. Dek kerana terkejut, semua fail aku lepaskan, dan semua fail jatuh ke lantai. Gosh, mess.

"Ll...Luq... Apa Luq buat kat sini?" Aku melihatnya tersenyum kepadaku kemudian melihat keadaan sekeliling tempat parking. Urgh, bagus tempat kau pilih Suria, takde orang lalu pun. Aku merasakan sedikit takut akibat dari kelakuan Luqman semalam.

"Luq datang nak serah dokumen Lara tertinggal tadi. Nampak Ria bawak banyak barang, nak tolong la. Jom." Kalau tak memikirkan semua fail ni semua, memang takde la aku biar Luq tolong.

"Awalnya Ria sampai hari ni." Tegur Luqman ketika on the way ke tingkat aku.

"Aah, saja nak datang awal sikit. Sebab biasa lambat je kan, apa salahnya awal." Dia diam tidak menjawab apa-apa. Sampai saja ke pejabat, bertambah bagus. Takde orang lagi. Bilik boss pun nampak gelap je lagi. Aduh, camna ni camna ni.

"Tq Luq tolong Ria. Letak situ je fail ni semua, nanti Ria susun." Kataku kepadanya sambil tangan menunjukkan sudut kosong. Aku menyimpan handbag di laci meja kemudian kembali berpaling melihat Luqman.

Ya Allah!! Dekatnya, bila masa Luqman ada belakang aku ni. Aku mengeras sedikit kesan daripada masih terkejut. Setelah beberapa saat menjadi patung cendana, aku berdehem sedikit menyuruhnya ketepi sedikit supaya aku boleh menjarakkan diri tapi dia tidak bergerak. Matanya setia memandang aku.

"Luq, boleh ke belakang sikit? Em, Ria nak.." Tak sempat aku habiskan ayat, datang tangan kasar Luqman mengusap pipiku lembut. Terkejut buat kali ketiga, aku menepis kasar dan menolak dia menjauh. Hampir terjatuh ke belakang Luqman akibat dari tolakanku.

"Luq, apa ni!!" Seperti tersedar dari mimpi, mata Luqman terbuntang luas. Dia menstabilkan dirinya dan memandang aku.

"Ria, maafkan Luq. Maafkan Luq, Luq tak sengaja. I am sorry." Dia datang menghampiri aku kembali dan aku mengundur, kini benar-benar takut dengan perubahan Luqman. Dia perasan dengan emosi aku berhenti mendekati.

"Jangan tengok Luq macam tu. Luq bukan nak apa-apakan Ria. Luq cuma nak mintak maaf. Salah ke Ria? Salah ke Luq nak mintak maaf? Luq tak sengaja tadi." Aku mengangguk laju, tidak ingin dia di depanku lagi. Aku menahan debaran, menanti siapa saja yang mungkin datang di sebalik pintu.

"Ria... I lo..."

"Kenapa ni?" Muncul Encik Azam dan kak Siti, sepertinya baru datang kerja. Ya Allah, alhamdulillah ada orang jugak akhirnya. Aku dan Luqman sama-sama senyap dan memandang mereka berdua.

"Ria...Ria okay ke?" Tanya kak Siti prihatin dengan raut wajahku yang mungkin pucat sekarang ini.

"Apa orang luar buat kat sini?" Tanya En. Azam dengan suara yang tegas. Aku memandang Luqman yang memandang tajam En. Azam. Aku berdehem sebelum menjawab.

"Em, sori boss. Dia ni tolong saya angkat semua fail dari kereta masuk pejabat. Berat saya nak angkut semua. Lagipun, dia datang nak jumpa Cik Lara. Kan Luq?" Luqman masih memandang tajam En. Azam kemudian barulah dia mengangguk.

"Luq pergi dulu. Dah lewat ni." Kami bertiga melihat pemergian Luqman dari pejabat. Aku berpaling dan serta-merta nafas lega aku lepaskan.

"Ria okay tak ni? Pucat ni." Aku tersenyum dan mengeleng kepada kak Siti yang merisaukan aku. En. Azam pula memerhatikan aku dengan curiga.

"Ada apa-apa awak nak beritahu kami ke? Atau saya sorang je?" Tanya En. Azam memandang aku sepertinya dia boleh membaca isi hati aku yang risau dan kalut dengan perangai aneh Luqman. Aku memandangnya juga dengan senyuman lalu mengeleng. Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang penting.

"Boss tunggu kejap, saya ada benda yang nak beritahu boss." Dia terhenti dan berpaling melihat aku semula. Dengan debaran, aku menarik nafas perlahan. Bismillah...

"Semua fail tu saya dah siap cek." That's it, aku dah cakap dah. Dengan muka yang menyindir, En. Azam mengeleng kemudian meneruskan langkahnya masuk ke bilik. Hehe.

Tapi hehe aku tak kekal lama. Sebab sekarang ni fikiran aku teringatkan Luqman. Macam mana kalau Luqman tak datang jumpa Lara pun? Apa sebab dia? Herh, aku takut.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now