Bab 61

7.7K 260 4
                                    

Aku menutup mata rapat menahan rasa jijik apabila Luqman menggosok pipiku lembut dengan hidungnya. Dia mendekati telingaku dan berbisik.

"Ria milik Luq selamanya. Takkan ada siapa yang dapat pisahkan kita lepas ni." Pegangan kemas Luqman kepada kedua tanganku terlerai tiba-tiba. Selepas beberapa saat barulah aku membuka mata dan melihat Nadhim duduk di atas dada Luqman dan menumbuk Luqman semahunya.

"Berani kau!! Tak guna kau!!!" Aku yang tergamam kembali ke dunia nyata dan terpaksa menarik Nadhim dari cubaan membunuh Luqman. Luqman pula kini terkulai layu lemah ditumbuk bertubi-tubi Nadhim.

"Nad, dah. Jangan, cukup. Dia dah cukup dah. Tengok, Ria tak apa-apa. Luqman tak sempat buat apa-apa pun. Tengok Ria." Nadhim melihat aku dengan pandangan risau bercampur marah. Aku menariknya beredar dari kawasan itu sebelum ada sesiapa datang. Air mataku mengalir laju. Masih takut dengan peristiwa sebelum ini.

Nadhim membawa aku ke keretanya semula. Dia membuka pintu untukku dan menutupnya semula setelah aku selamat masuk. Aku melihatnya dari ekor mata dia mendail seseorang.

"Hello, Lara? Nadhim ni. Nak beritahu yang kalau hari ni Suria tak masuk kerja boleh? Hal emergency. Tak sempat masuk office. Nanti saya call semula beritahu. Okay terima kasih. Satu lagi Lara. Pasal Luqman." Setelah itu aku tidak lagi mendengar perbualannya dengan Lara. Aku termenung mengingat hal tadi.

"Ria, Ria, Ria!!" Aku terkejut apabila bahuku digoncang kuat Nadhim.

"Dah menangis, Ria dah tak apa-apa sekarang. Nad hantar Ria balik kay." Aku mengangguk lemah.

"Nad tak ke pejabat ke?" Aku bertanya apabila jam telah menunjukkan pukul 9.

"Nad ambik cuti hari ni. Nad nak hantar Ria balik lagi." Aku berasa terharu dan juga serba salah kerana menyebabkan Nadhim ponteng kerja sehari.

"Sorry susahkan Nad." Perlahan suara aku meminta maaf tapi masih didengarinya.

"Takde apalah. Kalau takde Nad, siapa lagi yang Ria boleh harapkan. Kan?" Aku tidak menjawab soalannya dan menyambung tangisan dalam diam.

"Eh? Kenapa balik rumah balik? Ya Allah, Ria! Ria tak apa-apa nak?" Mama memapah aku yang hampir jatuh. Papa melihat kami berdua dengan penuh tanda tanya. Aku mendengar Nadhim mengeluh perlahan sebelum mama memapah aku ke bilik. Seterusnya keadaan menjadi gelap kerana sebaik sahaja merebahkan diri ke katil aku melelapkan diri. Mengharap memori pagi tadi hilang dari ingatan.

Setelah lama aku tidur, aku dikejutkan dengan kehadiran Luqman tersenyum kepadaku. Aku yang sedang berbaring bangun dan menarik selimut menutup badanku, jijik dengan pandangannya melihatku.

Perlahan-lahan Luqman datang mendekati aku, dia menggengam kedua tanganku dan membawanya ke kepalaku, menghalang aku dari bergerak. Aku melihat matanya memandang aku dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Aku menelan air liur yang terasa pahit. Mana Nad? Mana semua orang? Tolong Ria, tolong Ria, tolong!!

"Ria, Suria!!" Aku terkejut dari mimpi yang menakutkan itu. Di depanku kelihatan mama dan papa yang risau melihatku. Mama mengelap dahiku yang berpeluh perlahan. Aku melihat seseorang di pintu, tidak masuk ke dalam bilikku.

"Tu Nadhim. Dia tidur sini malam ni, risaukan Ria. Eloklah tu, Eli pun dah rindu sangat papa dia." Papa menerangkan walau aku tidak bertanya.

"Kamu berehatlah, mama ambikkan air kejap. Jom papa." Mama menarik tangan papa keluar, memberi ruang untuk aku termenung. Tidak lama kemudian, telefonku berbunyi dan ianya Lara. Aku menarik nafas, Lara memang akn tanya pasal hal ni. Libatkan Luqman kut.

"Hello, konichiwa, anyonghaseyo!" Aku mencuba aura ceria tapi gagal apabila mengesan kemarahan di sebelah sana.

"Apa yang Luqman dah buat kat engkau sampai Nadhim belasah dia teruk gila-gila macam ni?" Suaranya tegas, aku menarik nafas penat.

"Aku mintak maaf bagi pihak Nadhim. Aku faham kalau kau marah sangat. Luqman teruk sangat ke? Jap, teruk maksud kau? Koma ke?" Y"

"Jangan nak merepek perempuan!! Seteruk-teruk Nadhim belasah pun, tak membawa ke koma. Dan aku tak marah pun. Mummy daddy aku pun sama. Diorang percaya seseorang takkan pukul orang lain tanpa bersebab. So, aku tanya kau. Apa yang Luqman cuba buat? Aku kenal Nadhim tu seorang yang tenang, bukan amuk macam ni."

Terpakslah aku membuka kisah hidup perit yang berlaku beberapa jam yang lepas kepada Lara. Dia beberapa kali terkejut tapi berhenti untuk membenarkan aku menyambung cerita. Di akhir cerita dia menangis.

"Aku mintak maaf, mintak maaf sangat-sangat. Aku tak tahu ni semua berlaku. Kenapa kau diamkan je? Nasib baik Nadhim datang. Kalau takde dia, entah apa yang dah jadi kat engkau. Aku mintak maaf. Kalau aku tahu macam ni, aku takkan kenalkan Luqman dengan kau." Aku cuma tersenyum mendengar luahannya. Benda dah nak jadi Lara. Tak boleh diputar semula.

"Takpelah, aku harap dia cepat sembuh. Dan aku nak mintak maaf jugak pada Luqman, aku dah tak boleh terima dia. Ni, Elena tu dah tau ke belum ni?"

"Em, dia ada datang rumah tadi. Mummy aku call. Terkejut jugak dia. Sekali lagi aku mintak maaf dari pihak keluarga aku." Aku tak terkejut pun dia tahu. Kalau dah macam tu ambik berat, kenapalah Luqman tu tak faham-faham lagi apa yang Elena nak? Beberapa minit bercakap, aku meletakkan panggilan apabila Nadhim masuk bersama mama. Membawa air kepadaku.

"Ria okay? Sakit kat mana-mana tak?" Aku mengeleng tersenyum, suka dengan perhatiannya. Aku mengambil Elisa dari dukungan Nadhim dan meletakkannya di ribaan aku. Seperti biasa mata coklat yang besar itu ralit memandang aku tidak berkelip. Aku mengucup perlahan dahinya.

"Mama ambik air lagi. Kamu berdua borak la, tapi jangan lama-lama. Papa ada kat luar." Nadhim mengangguk faham. Aku menitip mama pergi dengan ekor mata sambil memeluk erat Elisa.

"Haaihhh..... Untunglah Eli. Papa yang selamatkan mama, Eli pulak yang mama peluk. Papa tak dapat apa-apa." Aku mencubit lengannya membuatkan dia tertawa. Nakal bukan kemain lagi dia.

"Ria, Nad dah beritahu ummi. Pasal kita." Aku memandang dia yang mula duduk di kerusi solekku.

"Nad nak masuk meminang Ria, secepatnya." Aku terkejut dan ternganga mulut. Betulkah ini?

"Kenapa pandang macam tu? Tutup mulut tu, nanti masuk lalat." Kemerahan muka aku ditegurnya.

"Ria tak suka ke kita nikah cepat-cepat?" Aku mengangkat muka sekali lagi.

"Bukan tak suka, tapi kenapa nak cepat-cepat?" Dia senyum kepadaku.

"Makin cepat kita kawin, makin selamat Ria. Sekarang, bila kita takde hubungan apa-apa, Nad selalu risau. Takut terjadi apa-apa pada Ria macam hari ni. Nad bukan takut je hari ni, tapi jealous pun ada jugak." Jealous kenapa?

"Jealouslah sebab Luqman tak guna tu pegang-pegang yang sepatutnya jadi Nad punya." Ayatnya itu membuatkan dia mendapat satu lagi cubitan dariku. Tak habis-habis nakal dia. Dia ketawa lagi.

"So, Ria setuju la ni Nad nak cepatkan kita nikah?" Aku malu nak mengaku yang aku setuju. Kalau boleh malam ni terus. Amboi amboi Suria, behave please.

"Hmmmmm.....entah?" Main tarik tali pulak dia.

"Kalau entah macam tu, tak jadi la kawin. Kena cari calon lain la." Aku menjeling marah apabila calon lain disebut. Membuatkan Nadhim ketawa lagi dan lagi.

"Ye, setuju. Cepat sikit meminang tu, karang terlepas kat orang lain, saja je. Ria ni famous tau, takde Nad, ramai lagi yang menunggu giliran." Nadhim menjeling aku sebelum tersenyum.

"Alhamdulillah, makan nasi minyak la kita tak lama lagi papa." Suara mama berbunyi di sebalik pintu. Aku dan Nadhim berpaling, malu melihat mama dan papa tersengih melihat kami berdua. Aduh, diorang ni tak habis-habis nak curi dengar perbualan orang lain!!

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now