Bab 42

6.2K 226 2
                                    

"Luq!!!" Terkejut aku apabila melihat Luqman kini berdiri di depan mata aku, dan Elena di belakangnya.

"Ria..." Dia senyum kepadaku tapi aku tidak membalasnya.

"Apa Luq buat kat sini?" Senyumannya jatuh bila aku tanya sebegitu kepadanya.

"Maksud Ria, Luq are not welcomed here?" Aku menarik nafas perlahan. And you know what. Dah takde panggilan abang sayang semua tu.

"No, bukan tu. Maksud Ria, Luq tiba-tiba datang. Tak cakap apa-apa pun." Luqman memeluk tubuhnya.

"Nak cakap macam mana kalau Ria tak angkat. Dah banyak kali Luq call." Oh lupa telefon.

"Oops, lupa. Telefon baru tak on lagi." Aku berjalan melepasinya ke pintu rumah. Dan Elena, aku langsung tak pedulikan dia.

"Seriously, Ria? Dah seminggu kut sejak fon Ria rosak. Takkan tak on lagi?" Okay, aku tipu. Telefon baru kenalah ada nombor baru. So, aku bagi hanya untuk orang yang terdekat je nombor tu. Macam Lara, mama papa dan kerja. Tu je hidup aku seminggu ni.

Tidak mempelawa Luqman dan Elena aku masuk ke rumah tapi membiarkan pintu terbuka. Tu cara aku bagi diorang masuk la tu. Kalau nak masuk, silakan. Tak nak masuk, sudah.

"Jom masuk El." Ajak Luqman. Amboi-amboi, buat macam rumah sendiri nampak. Excuse me, Ria! Ni memang rumah Luqman. I mean company ni bapak dia yang punyakan? Well... Aku ke dapur dan Luqman mengikut aku. Elena stay di ruang tamu.

"Luq datang ni sebab Luq rindukan Ria. I miss you sayang. Lagipun Luq risau kenapa Ria tak angkat call, dah seminggu dah." Dia mendekati aku tapi aku mengelakkan diri dengan mengambil cawan dan teko untuk membancuh air.

"Takde apa yang Luq nak risaukan kat sini okay. I am perfectly fine without you here." Alamak, ayat last tu.

"Maknanya Ria happy je lah kalau Luq takde dengan Ria pun? Macam tu?" Kenapa dia ni asyik nak cari gaduh dengan aku hah? Datang sini nak pujuk ke nak bergaduh.

"No! Luq faham apa maksud sebenar Ria kan. Suka je nak putar belitkan cerita." Suara aku menaik satu oktaf.
Aku dah tak kira kalau tetamu kat luar tu dengar aku bergaduh dengan boyfriend aku ni.

"Sayang, kenapa nak marah-marah ni? Luq ada buat Ria marah ke sampai Luq datang sini semata-mata sebab Ria pun Ria tak suka." Adakah dia rasa aku ni bebanan. Sebab perempuan ni tak angkat call aku, terpaksalah aku pergi jauh-jauh sebab nak pujuk dia. Is it really?

"Luq rasa salah Ria ke? Luq terpaksa datang sini sebab Ria only. Luq terpaksa tutup klinik, bawak kawan Luq sekali, datang sini jauh-jauh sebab nak pujuk Ria je? Salah Ria ke?" Luqman menarik nafas perlahan.

"Okay, Ria. Benda ni tak tolong kita, malah buatkan kita bergaduh pulak. Luq datang sini nak pujuk Ria, bukan nak buat kita bergaduh. Luq minta maaf kalau ada apa-apa salah okay." Aku akhirnya mengangguk bersetuju dengan kata-katanya. Tak guna kalau aku jadi minah jealous macam ni tapi Luq tak tahu pun. Useless.

"Hei, bukan nak ganggu korang. Cuma nak tahu kat mana tandas?" Tiba-tiba datang Elena menyampuk.

"Ruang tamu masuk kiri sebelah kanan." Aku kemudiannya mengangkut air yang telah dibuat ke meja makan dibantu oleh Luqman.

"So, kenapa bawak kawan Luq ke sini?" Dia memandangku tersenyum.

"Oh, Elena? Saja, Luq nak beri dia cuti sebab dah lama kitorang tak bercuti. Klinik sibuk sangat sebulan dua ni." Hmm, suspicious. Tapi biaq pi la.

"Hei, comel gila teddy bear yang ada dalam bilik you tu. Siapa yang bagi. Luq, u need to see it. I nak jugak bear macam tu. Belikan untuk I please?" Mata aku terbutang. Excuse me? Kau masuk bilik aku ke apa? Dan kenapa dengan mintak Luq belikan? Dia takde duit ke nak beli sendiri. Muka Luqman juga turut berubah.

"Oh, Ria. I tak masuk bilik you tau, cuma pintu bilik you terbuka luas, I tengok la. Comel gila babe." Sakit hati lah dengan perempuan ni. Kalau boleh aku tak nak Luq tahu pasal cik ted. Kalau dia tanya siapa bagi, aku nak jawab apa?

"Really? Comel sangat ke? Cuba Ria ambilkan, Luq nak tengok." Serius? Dengan malas aku masuk ke bilik dan mengambilnya keluar. Aku melihat cik ted seketika. Dia memang comel, macam orang yang dapat dialah. Dan sebab orang yang membeli pun hensem.

"See... Comelkan Luq?" Elena berkata semasa aku membawa cik ted keluar. Luqman memandang sekejap saja cik ted, tapi dia memandang aku lama. Tajam renungannya.

"Em, comel sangat. Tak tahu pulak sayang minat teddy bear. Dan El, boleh je I nak belikan untuk you. Siapa bagi ni sayang?" Ah, tiba dah soalan tu.

"Kawan." Luqman menggigit bibir bawahnya.

"Kawan? Siapa? Macam baru lagi ni. Luq kenal ke?" No way la aku nak cakap. Aku dapat melihat Elena yang tersenyum saja melihat keadaan di depannya ni. Apa motif dia tunjuk teddy bear ni semua.

"Penting ke nak tahu siapa yang bagi ni? Ria rasa tak pun. Mengarut je soalan ni. By the way, bila Luq nak balik? Ria nak berehat, penat balik kerja." Luqman bangun menghadapku.

"Halau ke?" Aku memeluk tubuh.

"No, cuma Ria nak berehat je. Luq sebagai doktor tahukan maksud penat, nak berehat?" Luqman akhirnya mengangguk.

"El, apakata you sleep kat sini je? I tidur hotel malam ni." What? Tidur sini? Triple heck no!! Tak nak aku bagi dia tidur sini setelah dia cuba nak buatkan aku dengan Luq bergaduh sebab bear.

"No, Luq. Tak nak. Maksud I, kita ada benda penting nak bincangkan? And I nak jalan-jalan dulu malam ni, kalau I tidur sini kita jalan-jalan balik malam, kacau Ria nak berehat. So, I say I kut you tidur hotel jugak. Okay?" What???Cakap je la kau tak nak duduk dengan aku, kau lagi suka duduk dengan bff kau ni. Aku pun tak suka kalau kau menyemak kat rumah aku.

"Up to you then." Luqman berkata kepada Elena sebelum memandang tajam mataku. Aku menunduk sekejap dan menghantar mereka ke muka pintu.

"Thanks for the tea, Ria. Tapi, manis sikit teh tu. Kalau kurangkan gula, lagi sedap." Dia tersenyum manis kepadaku tapi aku membalas dengan senyuman palsu. Dia akhirnya beredar ke lif, memberi ruang aku dan Luqman bercakap.

"Luq masih menunggu jawapan Ria. Siapa yang bagi teddy bear tu." Aku memeluk tubuh mengeraskan diri tidak mahu memberitahu siapakah orangnya. Luqman melepaskan nafas perlahan.

"Luq jumpa Ria esok, bye." Aku menjeling Luqman yang berjalan ke lif. Yeah right. No sayang, no abang apa dah. Bye!

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now