Bab 64

7.4K 248 4
                                    

Luqman?? Aku menggeletar sedikit melihat orang yang paling aku nak elak berada di depan aku. Aku mencuba membuka pintu untuk keluar tapi berhenti sebaik saja dia menyebut namaku.

"Ria, duduk dulu. Izinkan Luq mintak maaf dengan Ria." Aku menarik nafas dan perlahan-lahan berpaling melihat Luqman.

"Luq takkan buat apa-apa pada Ria, Luq janji. Lagipun, Rizqy dengan Lara ada kat sebelah. Diorang boleh masuk bila-bila masa je." Setelah yakin dengan kata-katanya, aku duduk.

"Ria apa khabar? Sihat?" Aku melihat wajahnya. Agak tidak terurus ditambah lagi dengan lingkaran gelap dibawah mata.

"Alhamdulillah, sihat. Luq okay?" Dia senyum kepadaku dan mengangguk.

"Sejak dari peristiwa tu, Luq dah rehat dari kerja. Dan atas saranan mummy dan daddy, Luq sekarang ni jumpa psikiatri untuk rawatan lanjut.
Maafkan Luq Ria. Luq tak sangka akan berkelakuan macam tu pada Ria. Maafkan Luq." Aku hanya diam melihatnya menyesal. Tidak lama, aku melepas nafas perlahan.

"Tak apalah Luq, benda dah lepas. Ria pun okay je, takde sebarang benda buruk berlaku." Dia merenung aku.

"Terima kasih kerana tak buat repot, walaupun Luq tahu tindakan Luq tu sepatutnya buatkan Luq meringkuk dalam penjara. Terima kasih Ria." Aku mengangguk tanpa menjawab apa-apa.

"Ria harap lepas ni Luq bukak mata Luq luas-luas dan tengok siapa yang ada selalu dengan Luq. Siapa yang selama ni sedang tunggu Luq." Aku berkata sebelum berdiri.

"Elena maksud Ria? Dia tak-"

"Jangan nak nafikannya, Luq. Setidaknya, kenal dia betul-betul dulu. Dia betul-betul harapkan Luq." Aku mula berpaling dan berjalan ke pintu.

"Tu pun kalau cinta Luq pada Ria boleh hilang." Aku terdiam seketika tapi akhirnya melangkah keluar juga.

"Babe, thanks. Tapi, aku balik dulu la. Waktu magrib dah nak habis ni." Lara dan Rizqy mengangguk melihat aku pergi.

Kata kat diorang nak balik, tapi aku menghabiskan masa aku berjalan-jalan sana-sini sehingga tak sedar pukul berapa. Aku menyeluk handbag untuk melihat telefon. Ianya gelap membuatkan aku pasrah dia kehabisan bateri. Haih, patutla senyap je fon. Dah pukul 10 ni, balik je la.




Sebaik saja masuk ke perkarangan rumah, aku melihat kereta Nadhim ada di depan. Buat apa dia kat sini? Lewatnya. Ke dia hantar Eli?

"Assalamualaikum." Semua mata memandang aku, mama segera datang kepadaku.

"Ria ke mana? Mama call papa call tak angkat? Kata nak pergi sekejap je. Mama terpaksa call Nad tanya kalau-kalau kamu ada dengan dia. Ke mana kamu pergi nak tengah malam baru balik?" Aku serba salah membuat mama risau.

"Sorry ma, baru perasan telefon habis bateri. Tak boleh nak buat apalah kan? Takpelah ma, Ria naik bilik dulu la." Aku tidak menghiraukan kehadiran Nadhim yang jelas sangat-sangat marah dengan aku.

"Nanti dulu Suria!" Aku berhenti di tangga dan melihat papa. Papa membawa mama ke sisinya dan berhenti di sebelah aku.

"Kamu jawab sendiri dengan Nadhim kenapa kamu buat orang risau hari ni. Lain kali papa tak nak lagi perkara ni berulang. Lambat lagi balik, tidur kat luar la kamu." Papa dan mama berlalu ke bilik tidur. Aku mengeluh kuat, aku dah besar, takde apa yang perlu dirisaukan.

Kemudian aku melihat Nadhim dan duduk di sofa berhadapan dengannya. Selama lima minit kami tidak bercakap. Dan aku mula sakit hati.

"Kalau takde apa nak cakap, balik je la. Dah lewat sangat, orang rumah ni nak tidur pulak." Ini membuatkan pandangan tajam Nadhim yang tadi di lantai beralih ke mukaku. Dengan perasaan gementar, aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Pergi mana pukul 11 baru sampai rumah?" Nada suaranya kasar.

"Jumpa Lara." Ringkas jawapanku mengharapkan dia bertambah sakit hati denganku dan blah cepat.

"So kenapa Nad call Lara, Lara kata Ria dah balik sebelum isyak lagi. Ke mana Ria pergi?" Aku membatukan diri. Tidak mahu menjawab soalannya.

"Suria!!! Jawab soalan Nad." Dengan jelingan yang tak kurang tajam daripada Nadhim, aku melihatnya.

"Ria pergi jalan-jalan sorang-sorang. Puas hati Nad? Dah dapat jawapan kan? Tunggu apa lagi, balik la." Nadhim bangun dan menarik nafas perlahan. Tangannya bercekak di pinggang. Sepertinya dia sedang menahan marah. Peduli apa aku.

"Jangan nak tinggikan suara dengan Nad bila ianya memang terbukti salah Ria. Satu lagi, apa kes dengan jumpa Luqman ni? Tak serik-serik lagi? Kan Nad dah cakap jangan jumpa dia!" Aku senyum sinis kepadanya.

"Kita takde apa-apa hubungan selagi kita bukan suami isteri. Setakat ni, Ria yakin yang Ria masih boleh jumpa sesiapa pun yang Ria suka." Suaraku dingin dan tajam membuatkan muka Nadhim menjadi lebih kelat.

"Keluar jalan-jalan boleh pulak, bila nak settle hal penting kerja la, busy la, apa la. Apa benda semua tu? Serius ke Ria nak kawin ni? Kalau tak nak, cakap je la. Senang Nad batalkan semua. Tak payah kawin, senang!" Aku tergamam dengan ayatnya. Tidak menyangka yang dia akan berkata begitu. Nadhim melihat aku dan baru menyedari ayatnya sebentar tadi.

Aku menunduk, bimbang air mata yang bertakung jatuh di depannya.
Dengan berat hati aku menunjukkan dia arah ke pintu rumah. Nadhim sesekali memanggil namaku, tapi aku tidak menjawab. Sampai macam tu sekali dia fikir pasal aku. Akhirnya Nadhim mengalah. Dia berjalan keluar dan berlalu.

Aku jatuh terduduk kemudiannya. Air mata sudah membasahi pipi. Suri, tolong Ria. Nampaknya apa yang Ria janjikan dengan Suri susah nak ditunaikan. Macam mana aku dengan Nadhim lepas ni? Dia serius ke nak batalkan pertunangan ni? Ya Allah, aku tak nak. Aku cintakan dia Ya Allah. Putus macam ni je ke aku dengan dia lepas ni?

Tak, ni semua salah aku. Kalau la aku tak kisah pasal Amani tu, semua takkan jadi macam ni. Kitorang takkan bergaduh, pertunangan aku dengan Nad akan smooth je. Baru aku sedar, ni kali pertama Nadhim tinggikan suara kat aku. Ni betul-betul serius.  Ni salah aku.

Tapi aku cuma nak pertahankan hak aku. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku cuma mahukan Nadhim, perhatian dia sepatutnya pada aku sorang je. Tak, tak.

Setelah yakin otak aku berfungsi dengan kurang baik di lewat malam ini, aku mengunci pintu dan dan berbaring di katil. Aku harap semuanya akan baik-baik saja esok.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now