Aku duduk di sofa, berwasap dengan Luq dan Lara. Kitorang bertiga ada buat grup tau, korang ada? Aku ketawa kadang-kadang membaca ayat mengorat Luqman hantar kepadaku. Lara pula tidak habis-habis menyatakan gelinya mendengar abangnya menulis ayat berbunga kepadaku. Tiba-tiba Nadhim duduk di sebelahku dan menguatkan bunyi tv yang sedari tadi dipasang.
"Kalau tak nak tengok tv nak main phone, takyah la bukak tv ni. Membazir eletrik je." Dia tiba-tiba membebel membuatkan aku pelik. Pehal dia ni, tiba-tiba nak bebel kat aku? Aku meletakkan telefon di sebelah dan mula fokus kepada siaran. Berita? Eeuw, orang tuanya dia ni.
"Muka berkerut tu, mengata orang dalam hati la tu." Aku memandang mukanya bengang.
"Excuse me, tak eh. Lagipun, kalau nak mengata sekalipun, biarlah. Hati masing-masing." Aku memeluk tubuh, cuba bertahan duduk di depan tv. Sebab aku tak nak duduk dalam bilik, bosan.
"Papa ada cakap nak kerja di Terengganu. Betul ke?" Aku memasamkan muka, tidak suka berbual dengannya lama. Kerana dialah Suri anggap aku ni macam-macam.
"Betullah tu. Takkan papa nak tipu pulak." Aku melihat telefon semula, masih tiada wasap dari dua beradik ni.
"Kenapa jauh sangat pergi?" Ish, banyak cakap pulak dia hari ni. Biasa dengan aku senyap je.
"Suka hati la. Kaki Ria, ke mana Ria nak pergi terpulanglah. Ria takde suami nak ikat dari pergi mana-mana." Kali ini Nadhim memperlahankan bunyi televisyen.
"Tak boleh cakap elok-elok ke? Saya tanya elok je kan." Ish, marah nampak. Awak tu yang pelik sekarang ni sebab tiba-tiba banyak mulut.
"Cakap elok-elok la ni. Ada Ria cakap bahasa yang awak tak faham ke? Saya cakap melayu la ni." Nadhim memeluk tubuhnya, nampak seperti masih tidak berpuas hati dengan jawapanku.
"Korang berdua borak apa ni? Rancak nampak." Datang Suri mendekati kami di sofa. Dia duduk di sebelah suaminya itu. Datang dah mak lampir sorang ni. Nak tuduh aku mengorat laki dia la tu. Aku segera bangun dan naik ke bilik. Padan la diorang laki bini, sorang tu memandai je tuduh orang perampas, sorang lagi tu dah tiba-tiba perangai pelik. Suka bercakap pulak tiba-tiba. Malas nak layan.
Hari itu aku bersiap dengan cantiknya untuk keluar date. Bukan dengan Luqman ok, korang suka la tu kalau ada Luq. Tapi dengan Lara. Kitorang nak bincang pasal nak berpindah ke Terengganu.
"Cantik nampak hari ni. Nak keluar dengan bakal menantu mama ke tu?" Aku tersenyum geram dengan mama. Tak habis-habis nak sakat aku.
"Tak mama. Ria dengan bakal menantu mama tu, takde apa-apa. Kitorang kawan je. Ria nak keluar jumpa Lara, nak bincang pasal kerja." Mama memuncungkan mulutnya.
"Eh, bosannya. Takpelah, mama doakan kamu akan cepat bawak balik bakal menantu mama yang real." Mama mengenyitkan mata kepadaku nembuatkan aku tergeleng. Nasib la dapat mama yang terlebih sporting macam ni.
Tidak lama kemudian, bunyi orang memberi salam di luar kedengaran. Aku membuka pintu dan melihat Lara yang tersengih kepadaku.
"Masuk la dulu, mama suruh kau rasa masakan dia dulu baru kita boleh blah." Cepat Lara mengangguk.
"Luq pun termasuk sekali ke dalam plan mama Ria tu?" Kelihatan Luqman yang muncul di belakang Lara. Aku mengangkat kening kepada Lara menyoal kenapa Luq ada di sini.
"Luqman ni sibuk sangat nak ikut. Aku dah cakap dah kat dia hari ni ladies day out, tapi tu la dia berkeras jugak. Sorry." Lara tersengih kepadaku.
"Luq rindu sayang Luq ni. Lama tak jumpa." Merah muka aku. Nampaknya Luq masih tidak melupakan peristiwa di kliniknya dulu. Baru saja aku ingin menunjukkan simbol penumbuk kepada Luq, mama keluar.
"Eh, bakal menantu mama ada. Opps, sori sori. Abang Lara, sori mama tersalah cakap. Lara, meh masuk rumah mama dulu. Mama masak mi kari ni." Lara tersenyum dengan keramahan mama dan tanpa aku mengundangnya, dia laju masuk ke rumah. Dan aku masih tercegat dengan Luqman di depan pintu.
"Apa ma...mama cakap tadi? Bakal menantu mama? Amboi sayang, lajunya. Kita baru declare couple dah jadi bakal menantu mama." Aku pula sudah serabut dengan tingkah Luq lalu masuk meninggalkannya di luar.
"Hmmph!!" Ketawa saja Luqman melihatku. Masuk saja ke dalam, kami berdua melihat Nadhim dan Suri turut berada di meja makan. Biasanya Suri akan makan di bilik sebab sakit kepala dan Nadhim akan menemaninya.
Luqman terkaku seketika apabila memandang Nadhim. Dia membuat isyarat mata bertanya adakah ini Nadhim dan aku hanya mengangguk.
"Ha, Nad. Ni la abang Lara. Korang berdua baru kenal kan? Dia ni la yang mama duk cerita bakal menantu mama tu." Papa tersenyum melihat Luqman. Nadhim dan Luqman bersalaman tapi entah kenapa rasa ada tekanan dalam senyuman mereka ni. Mungkin sebab Luq genggam tangan Nad kuat sangat kut, so Nad pun tahan je la. Kalau jerit nanti jatuh air muka dia. Kemungkinan.
"Hai, Nadhim. Suami Suri." Luqman mengangguk saja lalu menyertai Lara di meja makan. Setengah jam berlalu, Luqman sepertinya terlebih rapat dengan mama dan papa. Mama dan papa juga melayan Luqman lebih dari anak sendiri.
"So, bila majlis korang berdua?" Tiba-tiba Suri bertanya dengan riak wajah terlebih gembira. Senyap aku, Luqman dan Lara yang berada di situ. Aku yakin Suri benar-benar maksudkannya sementara mama dan papa yang tahu hubungan aku dan Luqman menganggap Suri hanya bergurau.
"Em, tak tahu la. Suri nak kitorang berdua kawin ke?" Tiba-tiba Luqman pula bertanya kepada Suri.
"Of course la! Sape tak nak adik ipar macam Luqman ni. Suri yakin Ria pasti beruntung kalau Luqman jadi suami Ria. Kan sayang?" Dia bertanya Nadhim. Tapi Nadhim hanya memandang kami berdua, tidak menjawab soalan Suri. Lara memerhatikan Suri dengan pelik.
"No, tak boleh. Abang tak boleh kawin Ria. Abang takkan kawin dengan Ria selagi abang tak dapat restu adik abang sendiri. Restu adik pun penting tau kalau nak perkahwinan bahagia. Nanti asyik nak bermasam muka je kalau duduk satu rumah. Kan mama?" Mama pula mengiyakan kata-kata Lara. Lara memberikan pandangan maut kepada Suri semasa dia bercakap tadi.
Entah kenapa aku rasa ada kaitan saja 'restu adik' dalam masalah kami. Aku turut merasakan Lara tahu aku dan Suri bergaduh. Suri sepertinya sentap dan tidak lagi menjamah makanan di depannya. Nadhim berdehem sedikit, mungkin malas masuk campur dalam urusan kami.
"Eh jom la dik. Karang keluar lambat kann lewat pulak baliknya." Luqman mula bangun dan mengucapkan terima kasih kepada mama yang memasak hari ini. Luqman sekali lagi bersalam dengan Nadhim dan aku sekali lagi merasakan tekanan di antara dua orang lelaki ni.
Masuk saja di dalam kereta, Lara ketawa kuat membuatkan Luqman memandangnya pelik.
"Babe, kau tengok tak macam mana muka Suri tadi masa aku cakap. Stress gila kut. Eh, kau tak payah nak sorok la. Aku tahu kau dengan Suri tak okay dua tiga hari ni. Pasal Nadhim la tu. Tak habis-habis lagi korang ni." Dia menyambung gelaknya sementara aku hanya diam di belakang. Nadhim. Suri. Aku.
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...