"Aah, akhirnya....habis jugak kelas ni. Penatnya." Suri tertawa melihat aku mengeluh.
"A, jom makan kat kafe." Lapar gila perut aku ni. Tak sabar nak makan.
"Alamak, hari ni tak boleh la. Ada date dengan Nadhim." Nadhim? Hm hm hm.
"Lepas tu, Ria kena makan sorang la ni?" Aku memuncungkan sedikit mulutku, membuat muka comel. Suri tersenyum lalu meminta maaf kerana tak dapat menemani aku.
"Suri....nak ikut boleh? Please, nak ikut, nak ikut, nak ikut." Setelah beberapa kali merayu, akhirnya Suri mengalah. Yes!! Plan pertama akan berjalan sekejap lagi.
"Nad, sori lambat." Nadhim memandang kepada kembar di depannya.
"Hai Nad...Nadhim." Aku memberi senyuman paling manis kepadanya. Aku tahu laki ni pasti kecewa sebab bukan Suri sorang je muncul. Tapi, ada aku kisah, no! Absolute no!
Pantas aku duduk di sebelah Nadhim, dan Suri pula terpaksa duduk di hadapan Nadhim. Nadhim jelas nampak tak selesa dengan kerapatan kami berdua.
"Dah order belum?" Tanya Suri menghilangkan perasaan semi-stress. Aku menjeling Suri dan Nadhim. Nadhim langsung tidak mempedulikan aku, sebaliknya hanya tertawa dengan isi perbualan Suri. No, tak boleh macam ni.
"Suri, dah order belum? Pergi la order dulu, Ria makan roti je kut hari ni." Aku mengeluarkan roti dari beg dan meletakkan di atas meja. Nasib baiklah aku skip breakfast pagi tadi. Tapi nanti lapar la. No Ria, makan tu bila-bila je boleh. Tapi Nadhim, lambat terlepas. Suri mengangguk perlahan dan berlalu.
"Nadhim, kenapa tak makan dulu? Tunggu Suri ke? Sori, tadi madam habiskan lewat kelas." Cara pertama, mulakan dengan berbual ringan. Nadhim hanya mengangguk tidak melayanku.
"Oh ya sebenarnya, Ria ada nak tanya Nadhim something. Tak, Ria dengan Suri sebenarnya. Pasal kelas yang kita ambik sekali hari tu. Ada certain part yang kitorang tak faham." Nadhim menjelingku.
"Ye ke? Kalau ye, kenapa Suri takde cakap apa-apa pun pasal tak faham. Kitorangkan study sekali biasanya lepas kelas." Alamak, fikir Ria, fikir.
"Mungkin tak lagi kut. Beberapa hari ni, Ria dengan Suri ada study jugak sikit kat bilik dan tak berapa nak faham subjek tu. Mungkin Suri terlupa nak cakap." Nadhim berfikir seketika, dan dia akhirnya mengangguk.
"Okay, nanti saya ajar. Cuma bila tu saya beritahu kemudian melalui Suri." Dia kembali menghadap telefon dan aku mencebik kembali. Apa bezanya aku dengan Suri sampai dia tak nak layan aku? Hish, susah sungguh dia ni.
"Hai, korang borak apa ni?" Suri akhirnya datang membawa air yang dibelinya sementara menunggu makanan sampai. Aku tersenyum kepada Suri.
Beberapa hari kemudian, Suri datang ke bilikku, bermalas-malasan di atas katil.
"Ria, Ria ada mintak tolong Nad ajarkan subjek kita belajar ke?" Aku yang di depan cermin terhenti membelek muka. Lambat betul jawapan dia nak setuju tu.
"Haah, kenapa? Nadhim tak nak ke? Kalau tak nak takpelah, Ria mintak tolong orang lain la." Saja aku membuat nada merajuk.
"Tak, dia cakap okay je. Esok dekat library pukul 4. Tapi, Suri tak ingat bila masa kita tak faham subjek ni. Setahu Suri, masa kita study hari tu, Ria macam takde masalah pun." Aku berpaling melihat Suri.
"Suri nampak luaran je. Dalaman Suri tak tahu. Ria tak berapa faham sangat ada sesetengah soalan tu." Suri bangun dan melihatku.
"Kalau macam tu, Ria kenapa tak tanya Suri je? Kenapa nak kena mintak tolong Nadhim? Jangan-jangan.."
"Aak, Suri jangan nak salah faham okay. Ria dah tak ada perasaan dengan Nadhim tu. Cuma, bila Ria tengok Suri buat hari tu, cara Suri agak sukar sikit. Lagipun, tak salah kan kalau kita nak berguru dengan ramai guru, bukan sorang je. Suri kenapa? Jealous ke?" Suri mencebikkan mulutnya sedikit. Aku tahu jawapan aku tidak memuaskan hatinya, tapi apa boleh buat. You cannot stop a heart in love.
Pagi itu, aku melihat Suri dan juga melihat diriku. Apa yang Nadhim suka pada Suri yang dia tak suka pada aku? Seksi, takkk. Aku dengan Suri berpakaian hampir serupa. Yelah, mama akan beli atau tempah baju yang hampir sama untuk aku dan Suri. Cantik? Dah namanya kembar, mestilah sama cantik. Baik? Suri baik, dan aku boleh tahan jugak baiknya.
Aku ada tolong abang hensem angkat barang. Hmmm...aku dah tahu apa. Suri tak mekap, aku? Mekap nipis je. Tak boleh tak mekap langsung.Done. Alamak, habis la aku kalau Nadhim suka kat aku pulak lepas tengok perubahan aku macam ni. Macam mana dengan Suri nanti. Uurgh, Ria. Tolong jangan nak perasan sangat please. Annoying pulak.
"Ria okay? Nampak gelabah je? Takpe, setahu Suri Nadhim hebat kalau nak ajar orang. Dia akan buat jawapan tu simple and senang faham." Aku senyum kepada Suri. Bukan tu masalahnya, sekarang ni aku cuma nervous apa la Nadhim fikir kalau dia tengok aku mekap nipis macam ni.
Masuk saja ke dalam library, kami mendekati Nadhim yang sedang menelaah nota di meja biasa kami. Ok Ria, tarik nafas. Muka you okay, tak nampak pucat. Simple is beautiful. Tak caya, tengok Suri.
"Nad..." Suara Suri agak gembira memanggil nama Nadhim. Dan Nadhim juga berpaling melihat kekasih hatinya kemudian melihat aku. Okay, what do you think of me?
"Suria....awak tak sihat ke? Muka awak lain. Pucat." Suri hampir ketawa tapi ditahannya. Aku tersenyum pahit. Tanpa membuang masa aku duduk di sebelahnya lagi, membuatkan Suri duduk di depan kami.
"No, saya sihat je. Cuma nak amalkan mekap nipis. Okay tak?" Aku memandangnya lama.
"Em, ok la. Suri cuba tengok soalan ni." Hah? Ok la je? Susah payah aku membiasakan diri dengan mekap nipis ni tu je reaksi dia. Mood aku mula melayang. Mula-mula dah kena reject, buat apa sungguh-sungguh lagi?
"Ria, tu dah macam boleh buat je. Ria betul ke tak faham soalan ni?" Soalan Suri membawa aku kembali ke situasi sebenar.
"Ha? Oo, tadi Nadhim terangkan dah faham dah sikit. Tu yang boleh jawab ni. Tq awak." Nadhim dan Suri berpandangan. Suri tahu fikiranku kini di tempat lain.
Kerana bosan mendengar mereka berdua berbual, aku memandang sekeliling. Dan melihat bekas alat tulis Suri. Aku mencapai alat itu dan secara tidak langsung aku dan Nadhim mendekat. Kerana terkejut, Nadhim bangun dari kerusinya membuatkan aku terpinga seketika. Kenapa?
"Ria, behave sikit! Nad, I'm sorry, really sorry. Su yakin bukan tu niat Ria." Aku masih tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya. Nadhim dengan mukanya yang agak merah meluru keluar diikuti Suri yang menjeling tajam kepadaku.
Apa? Apa aku dah buat? Tiba-tiba muncul Lara di sebelahku.
"Wow Ria beraninya kau dekat-dekat macam tu dengan Nadhim. Depan Suri pulak tu. Jangan la serius sangat nak tackle dia sampai depan kakak kau pun kau tunjuk." Aku keliru.
"Dekat sangat ke aku dengan Nadhim tadi?"
"Sangat."
Mati aku. Kali ni no excuse, Suri takkan cakap dengan aku. Tapi tu bukan niat aku. Hmmm....
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...