"Sayang okay? ...... Baby? Okay tak ni?" Muka Nadhim yang ketat agak membimbangkan aku.
"Okay." Okay, dia tengah marah sekarang ni.
"Please senyum sikit. Tak comel la masam je macam tu." Dia akhirnya mengukir senyuman walau terpaksa. Takpelah, at least senyum.
"Sayang maafkan Luq tak?" Dia keras seketika sebelum kembali relaks.
"Entah." Aku melepaskan nafas perlahan.
"Sayang jangan pernah jumpa dia lagi. Tak kira la dia dah minta maaf ke tak ke, jangan jumpa dia. Kita tak tahu apa yang dia akan buat lepas ni. Okay?" Aku kena relakskan dia.
"Okay."
"Promise?"
"Promise." Dia tersenyum tapi masih lagi pahit bagiku. Aku bersyukur, kerana dia sangat menjaga keselamatan aku. Ni yang buat lagi sayang ni.
2 bulan kemudian.....
"Ria, cuba duduk diam sikit. Akak nak touch up pun susah ni ha." Marah Kak Siti as mak andam aku hari ni. Lara yang berada di dalam bersama aku ketawa.
"Relaks Ria, sampainya Nad tu. Bukan dia tak kenal jalan rumah ni." Aku cuba untuk mengeraskan diri tapi gagal. Aku rasa sangat-sangat gementar. Di otak aku banyak sangat fikir kalau macam ni apa yang berlaku, kalai macam tu apa yang berlaku.
"Ni, akak nak nasihatkan Ria. Jangan nervous-nervous, relaks je. Baca bismillah banyak-banyak, insyaallah semua akan baik-baik je." Aku menarik nafas perlahan, cuba mengikut nasihat Kak Siti.
"Ni dah siap ke belum ni kak?" Kak Siti menghabiskan touch upnya yang terakhir lalu menyimpan berus make up di dalam bekasnya.
"Dah, dah. Tak sabarnya kamu ni." Lara menghampiri aku dan menilik muka aku lama.
"Wow....lawanya. Macam bukan Suria yang aku kenal." Aku tersengih bangga.
"Of course la lawa. Ni Suria la." Lara terbatuk perlahan.
"Aku cakap cara kak Siti make up ni lawa, bukan kau. Kau tu selamanya comot bagi aku. Comot yang paling aku sayang." Tak jadi nak marah dengar aku antara orang penting dalam hidup Lara.
"Aku nak beritahu kau beberapa nasihat ni Suria." Tegur Lara tiba-tiba.
"Nasihat apa?" Aku berpaling kepada muka serius Lara. Lara berdehem sedikit sebelum memulakan ayatnya.
"Malam pertama nanti, kau kena buat-" Aku menjerit dan menutup telinga kemas.
"Lalala.... Aku tak dengar, aku tak dengar. Lalala." Kak Siti ketawa melihat reaksi aku. Begitu juga Lara. Tolong la, simpan rahsia malam pertama pada korang je. Jangan beritahu aku, tak nak dengar.
Seketika kemudian, mama mengetuk pintu dan masuk."Dah siap ke pengantin perempuan kita? Pengantin lelakinya dah sampai." Naik bulu roma aku apabila mengetahui Nadhim sudah sampai bersama rombongannya.
"Tengok tu kak, dah kejung dia bila dengan Nadhim sampai. Takut sangat, rilekss. Bukannya kau tak kenal Nadhim dengan family dia." Aku mengangguk cuba bertenang. Setelah selesai segala proses yang perlu dibuat, aku diapit oleh mama dan Lara ke luar bilik. Aku sempat melihat Nadhim yang berpaling melihat aku muncul.
Ya Allah, hensemnya. Cair aku. Agaknya Nadhim berdebar tak ye untuk perkahwinan kedua dia ni? Kawin dengan adik arwah isteri dia pulak tu. Dia tersenyum kepadaku sebelum kembali melihat tok kadi di depannya. Insyallah, semua akan okay je.
"Aku terima nikahnya Suria binti Dollah dengan mas kawinnya 20.00 tunai." (Sori la kalau salah, saya x tau lafaz yg sebenar). Alhamdulillah, dengan dua kali lafaz, aku akhirnya menjadi miliknya. Aku akhirnya berjaya disatukan dengan crush aku.
"Aduh, penat la senyum je 24-jam hari ni. Sakit mulut." Aku mengaduh perlahan kepada Nadhim sewaktu dia masih bersama kawan-kawannya berborak. Tapi aku tahu dia mendengar. Buktinya, dia senyum kepadaku sebagai balasan. Memandangkan tetamu sudah ramai pulang dan hari sudah bertukar gelap, aku mula berasa tidak selesa memakai baju pengantin yang sarat.
"Sayang, Ria masuk bilik dulu ya. Nak tukar baju, tak selesa." Aku berbisik kepadanya dan bangun tersenyum kepada kawan-kawannya.
Di dalam bilik, aku duduk menatap cermin. Berdebar, teruja, takut, gembira, semua ada dalam fikiran aku sekarang. Adakah hidup aku akan berubah selepas je aku jadi isteri orang? Betul ke keputusan yang aku buat?
Macam mana kalau Nad tak serius suka aku? Macam mana kalau dia kawin sekadar nak tunaikan janji Suri? Nak cari ibu baru untuk Eli je? Muka aku pucat, aku tak suka ke mana fikiran ni tuju. Kenapa aku jadi fikir pasal benda-benda ni pulak masa ni.
"Cantiknya sayang hari ni, tapi yang tak cantik bila muka tiba-tiba pucat. Kenapa?" Suara Nadhim tiba-tiba kedengaran di telinga kananku. Deras aku berpaling melihat wajahnya apabila tiba-tiba bibir kami bersentuhan. Cepat-cepat aku menjauhkan muka aku darinya dan menekup mulut.
"Nad!!" Nadhim ketawa melihat reaksiku, muka merah dan jantung berdegup laju.
"Nak malu kenapa? Dah kawin ni, macam-macam lagi sayang akan rasa." Aku tertunduk malu dan aku yakin muka aku dah bertambah merahnya.
"Cepat beritahu abang, sayang fikir apa tadi sampai pucat muka?" Dia duduk di sisiku di kerusi mekap. Dia memusingkan aku sehingga kami berdua berhadapan.
"Emmm.... Takde apa. Fikir masalah dunia." Takkan la aku nak cakap tentang fikiran bercelaru aku ni. Malam pertama kami bernikah pulak tu.
"Abang tahu sayang tipu macam mana. Kita bukan kenal semalam. Cepat cakap." Aku memandang mukanya, mencari kalau cinta di matanya betul untukku. Aku menarik nafas perlahan dan mengenggam tangannya lalu mengusap perlahan.
"Sayang serius cintakan Ria? Bukan sebab saja tunaikan janji pada Suri atau sebab nak cari ibu baru pada Eli?" Nadhim ternganga mendengar soalanku. Alamak, petanda tak baik. Aku tak patut tanya soalan tu pada dia. Aku bangun dari tempat duduk dan ketawa.
"See. Kan Ria dah cakap Ria tak nak cakap pasal hal ni. Tapi sayang nak dengar sangatkan? See.... " Nadhim bangun mengikut langkahku yang ke hulu dan ke hilir. Dia berhenti di depanku membuatkan aku turut berhenti. Tangannya mencapai tanganku lalu dia mengusapnya lembut.
"Kawin ni satu keputusan yang besar. Yang memerlukan kita untuk terikat pada seseorang tu sampai bila-bila kecuali dipisahkan melalui cerai. Tak mungkin abang nak bazirkan hidup abang kawin dengan perempuan yang abang tak cinta? Of courselah abang cintakan sayang. Please....jangan ragukan cinta abang."
Aku terharu mendengar luahan hatinya. Setitik air mata jatuh, kerana takut jika berlaku apa-apa pada perkahwinan aku disebabkan soalan maut aku ni. Dia mengusap air mataku dan memeluk aku erat. Menyingkirkan fikiran aku dari soalan-soalan bahaya. Membuatkan aku tenang. Thank you, Nad. Sebab setia tunggu Ria hingga ke hari ni.
"Abang...."
"Ye sayang?"
"Tolong."
"Tolong apa?"
"Bukakan zip belakang baju ni. Tak sampai la. Lagipun, sayang dah rasa mengantuk la."
"Bismillahirrohmanirrohim."
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...