Bab 43

6.3K 236 14
                                    

Seperti yang dijanjikan untuk breakfast bersama, aku bangun awal dan bersiap. Pukul 8/9 mereka masih belum datang lagi, pukul 10/11 masih belum datang lagi. Dengan lemah longlainya, aku ke dapur membuat sandwich. Bukan aku tak nak call Luq dan tanya, cuma sebab aku ego dan satu hal lagi aku tak nak senang-senang je Luq dapat nombor baru aku.

Sekarang ni menunjukkan pukul 2 tengahari. Aku mengambil masa cuti ini menyiapkan kerja-kerja pejabat. Ting tong! Ting tong!

"Paperwork tu you buat macam mana I dah senaraikan. Yes, tu dah ikut procedure company. Eergh, Kathy no arguement bout this!" Pintu aku bukak dan aku melihat Luqman di depan pintuku.

"Kathy, I call you back lepas ni. No, jangan suka hati ubah. I nak macam tu," Mataku mempelawa Luqman masuk berserta dengan Elena di belakangnya. Aku perasan mata Luqman tajam melihat telefon di tanganku.

"Yes, I call you back. Complete dulu paperwork tu, apa-apa tak faham nak tanya call I." Tut, aku meletakkan telefon di atas meja.

"Wait, tu you ada fon. I thought Luq cakap telefon you rosak." Celah Elena tiba-tiba.

"Yelah, Luq ingat fon Ria rosak. Fon baru tak on lagi." Aku mendiamkan diri, masih marah dengan janji umtuk breakfast bersama tak ditepati.

"Baru on tadi fon." Aku menipu lagi. Banyak kali betul kau menipu orang sejak duk jauh dengan family ni Ria. Telefon Elena kemudiannya berbunyi, dia ke muka pintu untuk menjawab panggilan. Aku ke meja untuk kembali menyambung kerja. Dan Luqman mengikutiku.

"Luq tahu Ria tipu pasal telefon tadi, kenapa? Kenapa Ria marah-marah ni?" Satu pun soalannya tidak aku jawab. Biar dia tahu betapa sakitnya hati aku sekarang ni.

"Dah sarapan belum ni?" Aku meletakkan pen dengan kuat dan ketawa menyindir kepadanya.

"Tq sebab tanya. Alhamdulillah, Ria dah sarapan...sandwich. Tq pada somebody tu, Ria ingatkan kita nak sarapan sama-sama." Luqman memandang aku.

"Ria tunggu kitorang ke? Sorry, Luq ingat Ria marahkan Luq lagi. Mungkin tak nak jumpa Luq pagi ni, so Luq biar Ria sejuk dulu. Dan Luq pergi temankan El makan sebab dia gastrik, tak boleh makan lambat. Kalau Ria nak join tadi, call je lah. Luq pasti akan datang ambik Ria." Eergh, tak habis-habis dengan Elena dia. Serabut la. Bff dia tak boleh makan lambat, aku girlfriend dia makan lambat takpe pulak.

"Gastrik? Tak boleh makan lambat? Okay, sekarang ni dah lunch. Baik Luq bawak dia pergi makan sekarang, nanti sakit pulak makan lewat-lewat. Pergilah." Luqman menjeling aku.

"Ria, please. Luq tak bergurau kay. Lagipun, tak baik cakap macam tu. Kalau dia dengar macam mana?" Aku menjeling juga kepada Luqman. Ingat aku bergurau ke apa?

"Luq, done talking? Kalau dah, jom pergi." Aku memandang mereka berdua.

"Korang nak ke mana?" Luqman memandang aku dengan rasa serba salah.

"You tak bagitahu dia ke Luq? Well, Ria. Memandangkan boss I ni jarang-jarang bawak I bercuti macam ni, so I nak manfaatkan la. Alang-alang datang Sabah ni, nak pergi jalan-jalan la. Dan sebab Luq dah biasa datang sini, that's why dia nak tunjuk-tunjukkan I tempat-tempat menarik kat sini. I nak ajak you tadi, tapi tengokkan betapa banyaknya kerja you kena selesaikan sekarang ni, I think tak jadi la. Yelah, kesian jugak you nak selesai kerja lagi, nak jalan-jalan lagi. So, you settlekan dulu kerja you ni semua okay. I dengan Luq keluar sekejap. Okay?" Wow! Dia dah bagi alasan pada aku untuk tak join diorang. Thanks! Dengar kau cakap pun buat aku fikir banyak kali nak pergi ke tak.

Aku memandang Luqman di depanku yang juga sedang memandangku. Luq, say something. Luq mesti nak aku join dia jalan-jalankan? Dia pasti akan paksa aku ikut dia kan? Jangan serius sangat, ikut Luq tenangkan fikiran. Kan?

"Luq memang nak Ria ikut. Tapi, betul kata El. Kalau Ria ikut kitorang, bila Ria nak siapkan kerja ni semua. Banyak jugak ni. Luq nak tolong pun bukan Luq faham apa benda ni. Tapi kalau Ria nak pape, just call me. Luq akan belikan untuk Ria." Bergenang air mata mendengar jawapan Luqman. Aku ingat dia nak sebelahkan aku, tapi dia terima je kata-kata perempuan tu macam tu je. Sabar Ria, sabar.

"Haah, banyak kerja ni. Luq pergilah keluar, kalau ada apa-apa nanti Ria call Luq." Aku cuba menahan perasaan sedih dari dikesan oleh Luqman.

"Ria...sayang." Luqman memanggil namaku perlahan. Tapi sebelum itu, Elena telah menarik tangannya dan mengucapkan selamat tinggal kepadaku lalu keluar dari rumah. Luqman melihat wajahku yang kesedihan tetapi dia tidak menghentikan perbuatan Elena.

Wow, ni second time aku rasa sakitnya putus cinta. First dengan Nadhim, second dengan Luqman. Luq, lelaki yang aku sangka dapat bahagiakan aku. Tak boleh ke aku dapat lelaki yang takde sape-sape punya. Kenapa aku selalu suka dengan orang yang dah ada orang lain?

Keluar saja mereka dari rumahku, aku jatuh terduduk dan menangis semahunya. Aku dah berjanji yang aku takkan menangis sebab lelaki, tapi sebab Luqman ni aku jadi menangis balik. Aku jadi cengeng balik.

Mereka datang semula ke rumahku pada jam 8 malam. Tu pun cepat-cepat nak balik sebab Elena dah mengantuk, nak balik hotel cepat. Luqman menyuruhnya menunggu di lif kerana ada perkara yang hendak dibincangkan sekejap padaku.

"Sayang, Luq dah nak balik esok pagi." Aku terkejut tapi tidak menunjukkannya kerana sepanjang bercakap aku menundukkan muka ke lantai, tidak mahu Luqman perasan mataku merah kerana menangis tengahari tadi.

"Oh, ye ke. Baguslah." Luqman melepaskan nafas lelah. Dia memaksa aku menatap mukanya ketika kami berkomunikasi.

"Kenapa mata sayang merah ni? Menangis eh?" Dengan malasnya aku mengangguk.

"Aah, lepas Luq pergi tadi tengok cerita kabi kushi kabi gham. Sedih gila cerita dia." Aku ketawa sedikit.

"Sampai bila Ria nak tipu Luq. Banyak kali Luq perasan Ria tipu Luq masa kat sini. We are in relationshipkan, kalau ada apa-apa, cerita jelah pada Luq. Luq sudi mendengar." Hmmph, macam mana nak dengar kalau perempuan tu tak habis-habis nak kacau hubungan kita.

"In relationship? Are we? Sebab Ria rasa macam Ria ni single sekarang. Rasa macam dulu, takde Luq dalam hidup Ria. Bebas je nak ke mana-mana, nak kawan dengan siapa. Free. Faham tak?"

"Ria, Ria tahu Luq sayangkan Ria kan?" Baru je nak bermadah, kedengaran suara Elena memanggil Luq, menyuruhnya cepat sedikit. Aku tersenyum sinis kepada Luqman.

"Queen Bee dah panggil. Pergilah, karang putus kawan pulak kalau Luq datang pada dia lambat. Karang putus kawan pulak kalau Luq lebihkan Ria." Luqman berwajah serba salah.

"Ria, kitorang kawan je. Kawan rapat, tak lebih pun." Aku sekali lagi memberi senyuman sinis kepadanya.

"Bye, Luqman. Esok tak payah singgah sini dulu pun takpe. Terus je ke airport. Sebab esok Ria kena keluar rumah awal. Ada kerja sikit." Dengan anggukan Luqman beredar.

Konklusinya, aku rasa Luqman ke sini sebab nak beri bestfren dia percutian sebab diorang dah lama sangat tak datang cuti berdua. Misi memujuk aku hanyalah alasan nak datang sini. He has dissapointed me.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now