"Mama papa, kalau boleh kitorang nak kawin secepat mungkin." Mama papa seperti berfikir seketika. Dan aku, kenapa? Kenapa nak kawin cepat-cepat?
"Okay. Papa rasa elok jugak cepat-cepat. Korang asyik keluar berdua je kebelakangan ni. Risau pulak kalau jadi apa-apa." Mama juga bersetuju apabila dia mengangguk mendengar kata-kata papa.
"What??!" Kuat suara aku membuatkan mereka bertiga berpaling. Shush, mulut. Apasal la kau ni. Karang Suri ingat kau tak suka dia dengan Nadhim.
"No, I mean....papa mama tak rasa ke benda ni cepat sangat. Lepas tu mama papa senang je restu anak nak kawin. Mana halangan mak bapak? Mana nak suruh bawak boyfriend datang rumah? Mana nak siasat boyfriend anak? Mana drama?" Papa tertawa, begitu juga mama dan Suri.
"Dah, tak payah nak drama sangat. Diorang nak kawin, elok la tu. Benda baik tak payah lambatkan." Sokong mama membuatkan aku tak percaya.
"Tq mama. Majlis kitorang ni kecil-kecilan je kut sebab nak cepat. Ria, adalah orang penting Suri hari tu." Perlahan-lahan aku mengangguk. Maniskan muka kau Ria. Jangan biar Suri fikir yang kau tak suka perkahwinan ni.
"Suri, ada apa-apa nak Ria tolong?" Kini tinggal lagi seminggu persiapan perkahwinan Nadhuri. Sekali pun aku tak pernah berjumpa Nadhim ketika membeli barang-barang persiapan. Yelah macam mana nak jumpa. Kalau aku join je, mesti dia takde. Kalau Suri tak ajak aku teman dia, dengan Nadhim la tu. Mungkin dia malu kut nak jumpa aku lepas tuduhan tu. Dia takde minta maaf pun kat aku.
"Oh Ria, masuk la. Tolong Suri tengokkan decoration apa lagi yang sesuai untuk majlis Suri nanti." Aku masuk dan bersila bersamanya di atas katil.
"Lagi seminggu Suri, masih nak tambah deko?" Suri mengangguk laju.
"Of course la. Suri nak meriahkan majlis tu nanti walau buat kecik-kecik je. Sebab kita kan kawin sekali je. Kalau dua kali, alhamdulillah." Aku ketawa apabila mendengarnya.
"Ria...." Aku membalas dengan emm saja.
"Ria happy tak Suri nak kawin ni?" Aku berhenti membelek katalog barang-barang dan melihat Suri.
"Of course la happy. Gila tak? Dapat tengok Suri kawin dulu. Masa kecik, Ria selalu fikir nak buat pape semua kena dengan Suri. Tunang, kawin dan ada anak pun kalau boleh nak pada tahun yang sama. Kelakar kan?" Hanya aku yang ketawa tapi tidak Suri.
"Tak kelakar pun, Suri rasa terharu. Tapi apa yang Suri maksudkan happy ke Ria tahu Suri nak kawin dengan Nadhim?" Aku berhenti ketawa dan merenung Suri.
"Suri, berapa kali Ria nak cakap pasal benda ni. Ria tak nak Nadhim, so Suri boleh ambik dia dengan rasa senang hati. Lagipun, bad news dia, crush Ria dekat dia dah habis. Sekarang ni, Ria crush dengan owner butik pengantin yang kita pergi hari tu. Hebatkan dia? Muda-muda lagi dah ada butik sendiri, famous pulak butik tu. Mesti dia kaya." Suri tersenyum mendengarnya.
"Ria tak tipu kan? Jujur dengan Suri? Betul ni?" Aku mengangguk mendengarnya.
"Suri kalau ada nombor owner tu, kongsi la dengan Ria. Ria nak." Suri tersenyum mengeleng.
"No, takde takde. Suri dah delete nombor dia. Ria pergilah tidur. Esok jelah kita sambung semua ni. Sakit pulak kepala Suri fikirkan benda ni." Aku mula risau. Kebelakangan ni Suri sering sakit kepala.
"Cuup, Suri tahu apa yang Ria fikir. Jangan risaukan Suri, sakit kepala ni sebab kita duk fikirkan apa lagi yang tak siap, risau. Stress namanya. Tu yang selalu sakit. Nanti Ria rasalah sendir bila masa Ria nak buat persiapan kawin. Dah pergi masuk tidur." Aku melihat Suri yang sudah menarik selimut dan berbaring membelakangiku.
Nadhim. Nama itu yang bermain di fikiranku sekarang. Perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbit Suri dan menaip mesej kepada Nadhim. Setelah yakin dihantar, aku membuang mesej tersebut agar Suri tidak boleh membacanya. Ini je peluang aku.
"Suri...good morning!!" Suri baru saja keluar dari bilik airnya berwajah pucat. Mama memapah Suri keluar dari bilik air.
"Suri....kenapa? Mama?" Aku bertanya dengan suara panik. Suri tersenyum lemah kepadaku.
"Suri...Suri keracunan makanan. Tu yang muntah tu." Mama menjawab bagi pihak Suri.
"Nak Ria bawak pergi klinik? Ria pergi siap sekarang." Tapi mama menghalang.
"Takpe, mama nak Suri rehat dulu kat rumah. Kalau dia teruk lagi nanti mama bawak. Ria duduk kejap teman Suri, mama bawak makanan untuk Suri." Aku mengangguk lalu duduk di birai katil Suri melihat kembarku yang terbaring lemah.
"Ada apa Ria cari Suri pagi-pagi ni? Biasanya baring lagi masa ni." Aku tersenyum lebar kepadanya. Aku bangun dari katil dan berjalan ke wardrobe Suri.
"Boleh tak hari ni je Ria nak pinjam barang-barang Suri? Baju, kasut, bag. Boleh tak?" Suri nampak keliru tapi dia tidak bertanya.
"Tq Suri. Sayaaaang Suri. Muah ciket. Get well soon." Suri ketawa dengan perlakuanku yang terlebih mesra hari ni. Aku segera keluar membawa barang-barang Suri masuk ke bilikku.
"Ok, mula-mula sekali mekap. Macam Suri." Sejam kemudian, aku akhirnya siap dan turun ke bawah.
"Suri, tadi mama kata Suri sakit." Aku tersenyum lebar apabila papa tidak mengenalku.
"Papa, yang sakit Suri. Ni Ria la. Suri ada kat atas." Papa ketawa menyedari kesilapannya.
"Sori sori. Inilah kalau ada anak kembar seiras. Kamu nak keluar ke?"
"Aah pa, nak jumpa kawan kejap. Tadi Ria offer nak hantar Suri ke klinik tapi mama suruh Suri rehat dulu kat rumah. Takpelah pa, Ria pergi dulu. Lewat bertolak takut jam pulak jalan tu. Kalau ada apa-apa, call terus tau. Ria akan balik cepat-cepat." Papa hanya mengangguk mendengar nasihatku yang nampaknya tidak akan habis kalau aku tidak bertolak sekarang.
Betul seperti sangkaan aku, traffic jam yang berlaku menyebabkan aku lewat setengah jam. Aku berlari anak menuju ke taman permainan yang dijanjikan. Apabila melihat Nadhim yang menunggu, aku memperlahankan langkah dan bertindak seperti jika aku Suri.
"Nad...hai. Lama tunggu? Sori tadi jam agak teruk, tu pasal la lambat." Nadhim berpaling melihatku di belakangnya. Aduh, aku harap sangat Nadhim tak cam ni sebenarnya Ria. Bukan Suri.
"Su.... Em, tak lama sangat. Kenapa ajak jumpa ni? Hari tu cakap seminggu sebelum nikah tak nak jumpa." Aku melepaskan nafas lega. Lega kerana Nadhim juga tidak mengecam siapa diri aku yang sebenar.
"Saja rindu. Kenapa? Tak boleh ke kita jumpa?" Nadhim diam memandangku. Kenapa? Apa? Rahsia aku dah terbongkar ke?
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...