Keesokan harinya kami melawati rumah mangsa-mangsa kejadian letusan gunung berapi. Walaupun kejadian itu telah lama, tapi masih banyak lagi rumah yang tidak berjaya dibaikpulih. Aku merasa kasihan melihat kanak-kanak yang berlari-lari tanpa selipar di luar rumah. Akhirnya, kami sampai di rumah ketua kampung kampung tersebut.
"Bapak Johari, kami udah lama menantikan kedatangan bapak sekeluarga." Ucap Pak Harionto, ketua kampung kawasan ni. Dia memerhatikan kami semua dan sampai giliran aku, dia berhenti.
"Ini siapa pak? Saya belum pernah ketemu." Aku keliru dan juga tidak tahu untuk menerangkan kepada mereka. Aku juga merasa seperti orang asing kerana berada di dalam percutian keluarga mereka.
"Ini anak angkat saya, Suria. Kali ni saya bawak dia sekali ke sini." Aku merasa terharu mendengarnya. Sekurang-kurangnya daddy dan mummy Lara menganggap aku seperti anak mereka. Pak Horionto mengangguk mendengarnya. Kami dibawa masuk ke dalam rumahnya.
"Ria, kalau Ria nak jadi anak daddy dengan mummy real pun boleh." Luqman tiba-tiba berbisik kepadaku. Aku memandangnya tidak faham.
"Kalau Ria kawin dengan Luq, boleh la jadi sebahagian dari ahli keluarga ni. Nak tak?" Tidak sempat aku menjawab, Luqman mengaduh kesakitan dicubit Lara.
"Gatal la abang ni. Malu Lara abang selalu nak usya Ria. Jom Ria, toksah nak peduli pervert macam dia ni." Aku tergelak kecil lalu menyilang tangan bersama Lara masuk. Sempat lagi aku melihat Luqman yang tersengih kepadaku.
"Eh kau dah selalu datang sini ke? Nampak macam dah kenal lama daddy kau dengan Pak Horionto tu?" Aku bertanya soalan yang dari tadi bermain di fikiran.
"Haah, family aku akan datang Indon dua tahun sekali bercuti amal macam ni. So, dari tu dia kenal kitorang." Aku mengangguk. Lara ketika itu sedang bermekap.
"Kau pakai mekap lagi ni apasal? Tadi sebelum kita keluar, kau dah mekap kan?" Lara tersenyum penuh makna.
"Kejap lagi kau tahu la." Aku hanya mengjongketkan bahu tidak memahami maksudnya. Bunyi ketukan di pintu membuatkan kami berdua berpaling.
"Maaf ya mbak berdua, Pak Joharinya panggil. Kita udah mahu bertolak." Lara tersenyum kepada perempuan tadi.
"Tu siapa?"
"Tu anak bongsu Pak Horionto, Aminah. Jom keluar, kita dah nak pergi." Lara kelihatan teruja dan aku pelik. Aku fikirkan gadis mewah seperti Lara tidak suka berpanas dan berada di tempat yang berdebu dan sibuk seperti Jakarta, tapi dia nampak selesa berada di sini. Mungkin keluarga dah membentuk dia untuk merasa susah walau hidup dalam keluarga kaya.
Kami masuk ke perkampungan yang lebih dalam lagi dengan menaiki jip. Lara tersenyum-senyum kepada seseorang ketika aku baru memasuki jip. Hmm, patutlah teruja semacam. Mekap pun dua kali satu jam. Ada udang di sebalik batu rupanya.
"Tu anak sulong Pak Horionto, Rizqy. Luq selalu sakit hati kalau datang Indon ni. Sakit tengok Lara yang mengalahkan ulat bulu kalau ada Rizqy." Aku tertawa sedikit melihat Luqman yang membuat muka menyampahnya.
"So, Rizqy layan tak?"
"Luq salute dengan Rizqy, dia lebih suka tak layan Lara yang gedik. Tapi, Luq tak faham macam mana Lara masih lagi suka kejar Rizqy bila kitorang datang sini." Aku seperti memahami perasaan Lara. Tapi, aku menutupnya dengan ketawa.
"Thanks Luq, sejak Ria datang sini Luq tak habis-habis buat Ria ketawa." Luqman tersenyum saja kepadaku.
Sampai saja kami ke destinasi, aku mencuit Lara yang masih lagi tersenyum kepada Rizqy.
"Kau usya Mas Joko ni, boyfriend kau abang senior tu macam mana?" Lara ketawa.
"Dah break. Bosanlah lama-lama. Lagipun, aku tahu daddy nak datang sini lama sikit dari biasa, so buat apa nak stay lama-lama dengan dia berjauhan kalau aku boleh cuci mata dengan yang dekat. Kan?" Aku mengeleng sedikit. Suka hati kaulah, Lara. Asal kau bahagia sudah.
Tengahari itu kami mengagihkan barang-barang yang didermakan oleh keluarga Lara. Setelah habis semuanya, aku duduk di sebelah kanak-kanak lelaki yang dari tadi menarik perhatianku. Budak itu dari tadi memerhatikan kawan-kawannya bermain, tapi dia tidak bermain sekali.
"Kenapa tak main dengan kawan-kawan?" Kanak-kanak itu berpaling kepadaku dan tersenyum malu. Dia mengeleng dan melihat mereka kembali.
"Nama adik apa? Nama kakak Ria." Budak itu berpaling kepadaku semula.
"Nama saya Aim. Saya sakit, jadi ngak bisa main." Aim melihat kakinya seketika. Aku melihat dan menyentuh kakinya. Benar seperti sangkaanku, dia cuma terpeleot, dan jika dipulas sedikit akan baik semula. Tapi, masalahnya, aku tak tahu nak buat macam mana. Dalam tv biasanya nampak senang je. Aku nak try buat, sebab aku tengok orang yang berjaya buat ni nampak cool je. Tiba-tiba Luqman datang duduk di depan Aim. Dia memegang kaki Aim dan melihatnya.
"Adik tahan sikit ye, 1,2,3. Krak!" Perlahan-lahan Luqman menyuruh Aim bangun. Tidak sampai seminit, dia sudah boleh melompat. Sebelum pergi dia mengucapkan terima kasih kepadaku dan juga Luqman.
"Macam mana? Saya nampak cool tak di mata awak sekarang?" Aku terpinga-pinga seketika.
"Tadi awak cakap orang yang berjaya buat ni nampak cool di mata awak. Sekarang ni, saya cool tak?" Omg, aku cakap kuat ke tadi? Tapi aku rasa aku fikir je benda tu. Apa-apa pun aku tersenyum pahit kepada Luqman dan mengangguk. Dia ketawa melihat reaksiku.
"Mana Lara?" Aku bertanya kepada Luqman yang datang duduk bersamaku.
"Tuu." Aku melihat arah yang ditunjukkan Luqman. Kelihatan Lara mengikuti Rizqy bermain dengan budak-budak.
"Wow, Ria tak tahu pulak yang Lara suka budak-budak." Luqman tertawa mendengar kata-kataku.
"Dia sedang mencuba. Nak dekat dengan budak-budak dan jugak lelaki yang suka budak-budak tu. Tapi Luq kagum la jugak dengan dia, sebab sampai macam tu sekali dia sanggup buat demi Rizqy." Aku memandang mereka berdua dari jauh. Mungkin kuasa cinta Lara pada Rizqy yang buatkan Lara tunduk dan menyerah. Aku mengeluh, mengingatkan Suri di rumah dan juga Nadhim. Sampai bila aku nak macam ni?
"Tak baik mengeluh tau. Kalau jealouskan dua orang tu, Luq kan ada?" Aku tertawa mendengarnya.
"Oh ya, Luq tak kerja ke? Maksud Ria, datang cuti lama-lama kat sini, boss tak marah ke?" Luqman memandang aku.
"Luq la boss kat tempat kerja." Aku tak memahami apa yang dimaksudkan Luqman. Maksudnya, dia tak kerja ke?
"Luq doktor yang ada klinik sendiri. Sekarang ni Luq cuti, ada sorang lagi doktor yang ambik alih tugas Luq." Aku ternganga, tidak menyangka orang yang kelihatan bebas seperti Luqman ini rupanya bekerja pekerjaan yang serius seperti doktor.
"Kenapa, mesti Ria tak sangka kan? So, bila dah tahu ni, point Luq dah bertambah ke dalam hati Ria?"
"Hah?"
"Point Luq nak jadi bakal suami Ria dah bertambah kan? Yelah, siapa yang tak nak suami kerja doktor, hensem pulak tu." Aku ketawa.
"No thanks la Luq."
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomansaAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...