Bab 2

8.2K 281 0
                                    

"Ria, Suri ke library dulu ye. Sam, cepat sikit kalau nak ngorat adik Su, kami nak study ni. Exam dah dekat." Sam a.k.a Samsul tersengih dan mengangguk.

"So, Ria sayang. How bout kita dating hujung minggu ni? Sam belanja semua, Ria cakap je apa yang Ria nak." Sam, Sam, Sam. Aku bukan perempuan murahan yang boleh dibeli dengan duit. You boleh try cara ni kat gadis lain, but not Ria. Ria tak suka cara rasuah untuk dapatkan hati.

"Wow, menarik tawaran tu. But, hujung minggu ni Ria sibuk la Sam. Aktiviti family, memang tak boleh elak. Sorry." Sebelum dia usya lagi panjang, aku dah mengemas-ngemas barang nak blah. Tapi! Sam degil, dia menarik pulak pencil case aku membuatkan aku stay.

"Kalau hujung minggu ni tak boleh, macam mana hujung minggu depan? Masa tu Ria dah takde plan kan?" Duh, kau ni tak faham betul la Sam.

"Sorry jugak. Tapi hujung minggu depan Ria dah kosongkan jadual sebab nak stay dengan Suri. It's our twin bonding time. Sorry ye Sam, nak pergi library dah. Lambat nanti Suri marah. Bye" Maafkan Ria, Suri sebab guna nama sebab nak menipu. Aku melambai sedikit kepada Sam yang jelas kecewa. Heh, kau ingat aku tak tahu ke Sam yang kau dah bertaruh dengan kawan-kawan kau yang kalau kau berjaya keluar dengan aku, kau dapat 200.00. Suria Haji Dollah banyak mata dan telinga dalam kampus ni. Itulah penangan jadi gadis hot dalam uni.

Setelah mendaki tangga-tangga kejayaan untuk ke perpustakaan, akhirnya sampai jugak. Aku mencari di mana meja study Suri dan apabila ditemui, aku stop dan terpaku. Aku memang nampak Suri tapi aku jugak nampak Nadhim di sebelah Suri!! Dan diorang tak berapa nak study pun pada pandangan aku, cuma bergelak ketawa. Aku kena fikir something ni.

"Nad, Su pergi simpan buku ni kejap ye." Nadhim mengangguk, suka dia melihat Suri. Tiba-tiba Suri duduk kembali.

"Eh, cepatnya Su....simpan buku. Hai Suria." Aku berpaling menatap Nadhim.

"Nadhim, tak sangka awak dapat cam mana satu Suri mana satu saya. Setengah orang tak boleh bezakan." Yelah kitorang kan kembar seiras. Tapi Nadhim hanya tersenyum.

"Macam mana diorang tak boleh bezakan? Awak dengan Su lain kut saya tengok." Lain? Lain yang macam mana tu? Lain baik ke lain buruk? Tapi belum aku nak tanya, Suri dah datang ke meja.

"Ria! Bila sampai? Dah habis ke mengorat Sam tadi?" Suri!!!! Aku meletakkan jari telunjuk di bibir, menyuruh Suri diam. Suri akhirnya faham kenapa aku berbuat demikian. Aduh Suri!! Entah apa yang Nadhim fikir pasal aku nanti. Aku memandang Nadhim dan sepertinya dia kembali fokus menyiapkan assigment di atas meja. Ha??! Tu je ke?? Tak jealous ke yang aku mengorat dengan Sam
Haaa....kecewanya.

"Mana ada Ria ngorat dengan Sam, kitorang borak je lah. Su ni!!" Kecewa dengan penolakan Nadhim, aku bangun dari meja mereka membuatkan Suri berpaling.

"Ni nak ke mana pulak ni? Duduk, study. Exam nak dekat dah kan?" Hah, dah keluar dah suara kakak dia. Tapi, aku takkan mengalah.

"Nak study dengan Lara. Bye!" Lara ni salah sorang budak hot jugak dalam uni ni. Hot sebab anak Datuk dan boleh tahan jugak la. Tapi aku rasa, aku lagi okay kut dari dia. Hahaha...just kidding! Tapi Suri tak suka aku kawan dengan Lara and aku tak tahu kenapa. Dia baik pada pandangan aku. Mungkin sikap diva Lara tu je kut yang buat Suri tak boleh tahan. Dia bertahan dengan perangai diva aku pun sebab aku adik dia. That's all.

"Hai Lara." Aku segera duduk di sebelahnya sementara dia sedang dating dengan sorang senior ni. Dia dah ada boyfriend tapi tulah, dating yang lain merupakan hobi dia.

"Hey, wazzup. Sayang, kenalkan kawan I." Lelaki tersebut mengangkat sedikit tangannya dan kemudian tersenyum. Pfft, dia ingat cool ke apa kalau buat macam tu. Cool kalau laki tu hensem, tapi kalau tak sorry jelah nak nampak cool. Okay, fokus Ria, fokus. Mata aku bagaikan helang sekarang ni memerhati Suri dan Nadzim yang berada di meja hadapan kami.

"Kau tengok crush mana pulak tu? Ha, dah tau dah. Mesti yang bersama dengan Suri tu kan? Apa nama dia, Na..Nadim? Nazri? Nadhim tak silap aku kan?" Aku mengangguk saja.

"Oh god Ria. Macam tu pun kau boleh suka? Please la Ria, aku tahu taste kau macam mana. Handsome, kaya right? Kau dah popular, pilih la yang sama taraf. Lagipun, aku dengar kau dah kumpul ramai peminat sekarang ni kan? Just choose yg lain." Duhai minah ni, handsome and kaya? Well, tu memang aku suka tapi itu bukan kepentingan aku, tapi kepentingan kau. Ada ciri yang lagi penting dari dua tu. Bosan la duduk dengan Lara, dari aku sakit mata kat sini baik aku blah.

Sejam kemudian sedang aku berbual dengan sorang laki ni, Suri dan Nadhim datang menghampiri.

"Sorry Shah, kita berbual lain kali okay. Tapi thanks belanja Ria." Lelaki bernama Shah itu hanya tersengih kemudian beredar.

"Ria pergi mana? Puas Suri cari dalam library tadi. Rupa-rupanya duk berbual dengan laki kat sini. Dah study belum ni?!!" Sekali lagi Suri menggunakan aura kakaknya. Aku bangun segera, masih tak hilang lagi jealous di hati aku ni.

"Sorry Suri, tadi Ria keluar awal sakit sangat perut tadi. Tak sempat beritahu Suri." Yes, aku tipu. Yelah, takkan aku nak cakap sorry Suri, Ria keluar awal sebab tak tahan jealous. Daa, itu bukan style Ria okay.

"Dah keluar awal, tak reti nak mesej, wassap, call? Telefon tu buat apa? Perhiasan je?" Malunya kena marah dengan Suri depan Nadhim. Yang Nadhim tu pulak dia pandang je aku kena marah macam takde perasaan. Okay Suri, ni dah over. Nak marah pun tengok tempat la. Aku dapat tengok beberapa student lain yang curi pandang dan curi dengar sebab aku kena marah dengan kakak aku.

"Okay, whatever Suri. Kita dah habis kelas kan? Dah habis dah study? Sebab Ria nak balik. Atau Suri ada plan dengan Nadhim?" Muka Suri berubah, begitu juga Nadhim.

"Oh ya Suri. Saya nak mintak pendapat awak pasal buku yang patut saya beli untuk ready exam ni. So, boleh awak temankan saya ke kedai buku?" Aku menjeling terbalik, sakit hati semakin parah apabila Nadhim mengajak Suri dating di depan mata aku.

"So ada plan kan? Bak sini kunci kereta. Suri balik dengan Nadhim je." Aku meraba di dalam beg Suri mencari kunci kereta. Muka Suri agak kecewa denganku dan akhirnya dia bersetuju dengan pelawaan Nadhim. Masuk saja di dalam kereta, aku menumbuk stereng sekali melepaskan geram.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now