Bab 11

6.7K 265 5
                                    

Nazim othman as Luqman

"Ria, bangun. Kita dah sampai." Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Serasanya kapal terbang telah mendarat kerana semua orang seperti sudah bersedia hendak turun.

"Ya Allah, aku tertidur? Sekejap je padahal." Lara tertawa.

"Takpe, aku faham. Kalau aku di tempat kau pun, aku akan nangis sampai tertidur." Aku teringat kembali ketika aku hendak bertolak ke lapangan terbang. Tiada siapa hendak menghantarku melainkan papa. Akhirnya, aku hanya dihantar papa ke sana.

"Adik, Ria dah bangun ke? Kalau tak, kejut dia." Lara pantas berpaling ke belakang.

"Alah, sibuk je abang ni. Suria pagi kesayangan abang ni Lara dah kejutkan. Risau sangat orang tinggal Ria." Aku tertawa melihat kerenah Lara dan abangnya, Luqman.

"Kau jangan nak layan sangat dia ni, sejak aku tunjukkan gambar kita dua orang, tak habis-habis mintak nombor kau. Dia crush dengan kau." Crush. Perkataan itu terus membuatkan aku  mengingati Nadhim. Semoga aku dapat lupakan dia sepanjang aku duduk sini.

"Lara, aku ingat ni satu event yang daddy kau buat. Tapi, kenapa aku tak tengok ramai orang pun. Yang ada keluarga kau je." Aku melihat sekeliling. Yang ada daddy dan mummy Lara, Lara dan Luqman. Kakak Lara, Lisa tidak bersama mereka kerana dia sudah tinggal bersama suaminya. Mereka berempat berserta aku menjadikan kami berlima.

"Oh, aku tak cakap dekat engkau eh." Aku memandang Lara.

"Ni percutian amal keluarga kitorang. So, sambil bercuti sambil buat amal." Luqman menyampuk dan tersenyum kepadaku.

"Haah. Aku sengaja nak ajak kau sebab....kita boleh cuci-cuci mata kat sini. Kau faham maksud aku kan?" Cuci mata tengok barang dan tengok orang. Lara, Lara.

"Ha, lagi-lagi Ria sekarang ni patah hat" Tidak sempat Luqman menghabiskan ayatnya, Lara sudah menekup mulut abangnya. Aku menjegilkan mata melihat Lara.

"Lara, kau beritahu abang kau?" Lara meminta maaf kepadaku segera, tapi aku berasa bengang dan malu dengan Luqman jadi aku mengikut belakang mummy dan daddy Lara, tidak mempedulikan mereka berdua. Kemudian, kami berjumpa dengan pemandu pelancong kami dan mengikutnya ke kereta.

"Ria, sorry. Tapi Luqman..." Aku memalingkan wajahku ke cermin, tidak mahu bercakap lagi. Aku melihat dari ekor mata, Lara menampar lengan Luqman. Kami sampai ke sebuah homestay yang agak besar dan sangat selesa memandangkan kami akan tinggal di sini agak lama.

"Ria..." Lara ingin mendekatiku tapi Luqman menghalang. Sebaliknya, Luqman yang datang dan dia menghalau Lara masuk kembali ke dalam rumah.

"Ria, dengar saya cakap boleh?" Aku segan untuk melihat wajah Luqman. Entah apa yang difikirkan tentang aku selepas dia mendengar cerita itu.

"Ria, please look at me. Takde apa nak dimalukan tentang hal tu. Hati, kadang-kadang kita tak boleh nak decide dengan siapa kita suka." Perlahan-lahan aku berpaling melihat Luqman. Kami saling senyum sebelum dia memulakan penjelasan.

"Lara tak pernah nak cerita apa-apa pasal uni dia kat family. Tapi, satu hari tu dia ada terbukak sedikit pasal kawan dia yang ada masalah kembar suka orang yang sama. Tapi, Lara tak pernah cakap pun yang itu Ria." Aku mengangguk, ingin dia meneruskan.

"Saya yang paksa dia cerita lepas tahu tu Ria. Macam mana saya tahu, beberapa hari saya jemput Lara balik sebab nak jumpa kawan Lara yang cantik manis ni yang biasa dia tunjuk dalam gambar je. Kemudian, satu hari saya nampak Ria dengan kembar dan jugak sorang lelaki. Mereka jalan berdua dan Ria jalan sorang-sorang tapi Ria tengok diorang. No, lebih tepat lagi, Ria tengok laki tu. So, dari situ la saya tahu segalanya." Aku mengangguk-angguk mendengar.

"So, ni bukan salah aku. Boleh kau maafkan aku?" Aku memandang Lara yang berdiri di pintu. Aku mengangguk akhirnya dan dia datang mendekati kami.

"Adik ni! Kacau daun betul la. Abang tak suruh datang lagi kan. Abang baru nak ayat Ria, tapi adik dah datang kacau." Lara menjelirkan lidahnya dan aku hanya ketawa. Aku dan Luqman berpandangan seketika dan aku perasan Luqman mencuba sedaya upaya untuk kelihatan cool di depanku. Aku tersenyum lagi.


Aku melihat telefonku. Berkira-berkira samada hendak menelefon rumah atau tidak. Tapi, papa ada berpesan supaya menelefonnya jika sudah sampai. Tapi, macam mana kalau bukan papa yang angkat? Kalau nak call fon papa, biasanya papa tak selalu dengan fon dia. Ah, tak kira, tak kira. Aku nak call jugak.

Tut..tut..tut..

"Hello?" Eerk, Nadhim?

"Hello, assalamualaikum Nadhim. Ria ni. Papa ada?" Nadhim diam seketika.

"Papa takde, dia ke masjid. Tapi mama ada. Nak.."

"Tak takpe. Macam ni la awak beritahu papa.." Telefon tiba-tiba diserahkan kepada orang lain.

"Hello, Ria ke? Ria, Suri ni!" Senyap aku di talian.

"Ria, sampai hati Ria tinggalkan Suri sendiri kat sini. Suri rasa macam separuh nyawa Suri dah takde kat sini." Aku tersenyum kesedihan. Aku juga merasakan apa yang Suri rasa. Sendiri tanpa keluarga.

"Suri sihat? Papa sihat? Mama?" Suri telah mula menangis. Ini kali pertama kami berpisah jauh sebegini.

"Papa sihat je. Suri tak berapa nak sihat, demam sikit. Mama....dia takde selera nak makan. Mungkin rindukan Suri." Yelah tu. Pandai Suri ambik hati aku. Mama biasanya lebihkan Suri daripada aku. Mungkin sebab Suri selalu sakit.

"Suri makan ubat tau. Jangan buat kerja-kerja berat, suruh suami Suri yang buat semua tu. Mama dengan papa pun, suruh diorang banyakkan rehat. Menantu diorangkan dah ada dalam rumah tu." Aku memberinya beberapa nasihat. Suri ketawa mendengarnya.

"Pengsan la Nad kalau semua benda dia kena buat."

"Eh biarlah, dah dia kawin dengan anak emas mama papa kan. Kenalah berkorban sikit." Suri ketawa lagi.

"Ria lambat lagi ke balik? Suri rindu Ria. Mama dengan papa pun." Aku ketawa menggantikan air mata yang hendak keluar.

"Ria baru bertolak pagi tadi, dah tanya nak balik bila? Ria akan balik bila.....Suri dengan Nad dah ada anak. Barulah best melayan anak saudara. Nak ramai-ramai tau." Suri mendiamkan dirinya.

"Lambat lagilah kalau macam tu. Takpe, Suri tunggu Ria balik. Minta maaf sebab Suri tak ikut hantar Ria. Pagi tu Suri tak sihat, Nad jaga Suri dan mama....mungkin mama merajuk lagi kut." Aku mengesat air mata yang hampir mengalir.

"Oklah Ria. Nad dah suruh Suri rehat tu. Lain kali pulak Suri call Ria. Assalamualaikum." Aku menjawab salamnya dan telefon diberikan kepada Nadhim semula.

"Hello?" Dengar suara dia melalui telefon pun dah buat aku cair. Haih...

"H...hello. Nadhim, awak jaga keluarga saya baik-baik tau. Kalau diorang sakit ke terus bawak pergi klinik. Kalau ada apa-apa, call je saya." Nadhim diam, tapi aku tahu dia faham.

"Last, kirim salam dengan mama  dengan papa. Cakap saya minta maaf banyak-banyak. Nadh..." Tidak habis aku menyebut namanya, kedengaran suara Luqman memanggil aku untuk makan.

"Siapa tu?" Dia bertanya kepadaku tiba-tiba.

"Ooh tu, tu abang Lara. Oklah, saya pergi dulu"

"Awak nak cakap apa tadi? Tadi tak sempat cakap kan?"

"Takde apa. Kbye, assalamualaikum." Terus talian dimatikan. Nadhim, saya cuma nak cakap, saya rindukan awak.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now