Bab 41

6.4K 233 4
                                    

Ding dong! Cepat-cepat Lara ke pintu. Dia teruja la boleh breakfast dengan aku pagi ni, so dia ajak la Rizqy datang kondo makan sini. Kemudiannya, telefonnya berbunyi.

"Hello!" Suaraku ceria menjawab panggilan yang entah dari siapa tu.

"Sayang." Aku melihat semula skrin telefon dan melihat nama Luqman. Oemji.

"Eh, Luq! Hai, good morning." Ok, aku tak tau nak cakap apa sekarang. Akward!!

"Morning. Tak tanya ke kenapa Luq tak ikut Lara pergi Sabah?" Emm.. Perlu ke?

"Luq...busy kut." Pada mulanya dia mendiamkan diri tapi akhirnya dia ketawa.

"I miss you, sayang." Katanya tapi entah kenapa suaranya seperti keletihan.

"Kalau miss, datang la sini." Okay, actually aku tak nak sebut ayat tu. Takut kalau Luq ni ingat aku suka bergantung pada dia.

"Kalau la semudah tu sayang." Mudah je, naik kapal terbang je. Lara sampai je sini. Nak je aku cakap macam tu.

"Luq, sini!!" Terdengar lagi suara perempuan di tempatnya. Aku tak nak tanya siapa. Aku tak nak tanya.

"Suara siapa tu?" Ok, blame me. Sifat perempuan yang selalu curious, tak boleh nak buat apa.

"Em....suara Elena. Kitorang ada kat klinik ni, ada discussion sikit." Aku mula berasa sedih. Mungkin aku suka Luq kut, that's why aku rasa macam ni.

"Ria! Suprise!! Rizqy is here!!!" Tegur Lara di belakangku. Aku terkejut, tidak berani memandang Lara sebab aku tahu air mata nak jatuh.

"Kejap eh. Lara aku masuk bilik dulu, nak cakap fon kejap." Menyandar di pintu bilik, aku cuba menahan air mata yang telah jatuh setitik.

"Ria?" Suaranya seperti risaukan keadaan aku. No, aku kena percayakan dia. Lagipun Luq dah janji nak bahagiakan aku kan. So, pegang janji tu.

"Luq.."

"Luq, cakap dengan sapa tu? Dah-dah la borak tu. Focus on me! Penting ni!" Suara Elena kedengaran lagi.

"Ria, Luq call kejap lagi boleh tak? I got to go. Janji call kejap lagi. Boleh sayang?" What? Aku tak habis cakap lagi. Bukan tak habis, tak sempat lagi nak cakap. Dan Luqman lebih rela pergi dengar dia dari girlfriend sendiri? Oh yeah right. Bestfriend before girlfriend.

Ok dah takde rasa sedih. Rasa bengang, sakit hati, sakit otak je ada ni. Aku terus menutup talian dan menutup telefon. Tak cukup dengan itu, telefon aku lempar ke dinding sehingga berkecai. Sesudah berkecai, baru lah aku sedar apa yang telah terjadi. Masuk Lara dengan segera, bimbang apabila bunyi berkecai kedengaran dari dalam bilik. Dia terkejut melihat telefonku yang telah bertukar rangka dan sisa di dinding bilik.

"Babe, kenapa? Fon kau... Are you okay?" Aku memberi senyuman yang paling manis kepada Lara.

"Alamak, telefon aku hancur la babe. Gotta go shopping!!" Lara mencuba senyum kembali kepadaku.

"Okay, you're scaring me." Perlahan-lahan dia keluar dari bilikku. Aku menyertai mereka berdua breakfast di meja makan.

"Sape call tadi?" Tanya Lara apabila mood aku agak ceria sedikit.

"Hah? Oh tadi, apek jual karpet. Dia mintak hutang beli karpet tak langsai lagi." Muka Lara berubah garang. Geram dengan lawakku yang tak menjadi.

"Ria.." Kemudiannya, Rizqy memanggil nama Lara, menegurnya agar tidak memaksa aku bercerita.

"Aaw, so sweet. Bestnya kalau dapat suami macam Rizqy ni." Rizqy tersenyum saja mendengar aku memujinya. Lara berdehem sedikit, tidak suka.

"Don't worry, Lara. Aku tahu macam mana kau jatuh cinta gila-gila dengan Rizqy. Congratz korang berdua, suka aku tengok korang. Suweet giler. So jealous." Barulah Lara senyum kepadaku. Rizqy juga senyum mendengar bagaimana Lara mencintai dirinya.

"Kau nak beli fon baru ke. Yelah, since fon kau tak elok." Aku membuat gaya seperti berfikir terlebih dahulu.

"Nantilah, tak fikir lagi." Terkejut muka Lara.

"Babe, penting la fon ni. Takde fon macam takde life tau." Aku ketawa saja mendengarnya.

"Lara, jangan jadi antisocial. Lagipun, aku nak cuba hidup takde teknologi sehari. Macam hebatkan?" Lara menjeling aku.

Aku memikir kembali apa yang aku marahkan sangat. Well, aku marah sebab first, takde lelaki yang pergi pada perempuan lain walaupun dah ada Suria. Kedua, dia boyfriend aku dan boyfriend aku pilih Elena dari aku girlfriend dia. Ketiga, aku suka Luq. Walaupun takde rasa cinta, rasa terlebih suka tu dah wujud. Rasa jealous tu dah ada. So, it is a good sign right?

Perasaan sakit hati muncul semula, tisu di tanganku habis aku kepal-kepal sehingga hancur. Luqman nak sangat pergi pada dia kan, biar. Kalau dia call, aku takkan angkat. Sebab aku tak beli fon lagi hari ni. Biar dia cari aku. Hmmph!

Penat seharian berjalan-jalan di luar, aku dan Lara balik ke rumah setelah dihantar Rizqy. Nampaknya, mereka telah menyewa kereta untuk jalan-jalan di Sabah. Orang kaya, boleh la nak sewa kereta tiga hari straight. Aku nak sewa? Pokai la. Masuk saja ke rumah, Lara terus mencapai wayar charger.

"Kenapa pulak dia call ni? Hello, abang. Kenapa call banyak kali? Ria?" Aku melihat Lara apabila namaku disebut. Apabila perasan ianya Luqman, aku segera memberitahu Lara aku hendak masuk berehat di bilik. Tidak sempat Lara hendak memanggil aku.

"Alamak, Ria? Ria baru je masuk bilik, dia kata nak berehat. Aah, telefon dia rosak. Tak baiki pun, dia beli telefon baru. Sebab telefon lama dia dah tak boleh diselamatkan. Kenapa? Entah? Eh, dah la bang, nak tanya banyak-banyak call la dia sendiri. Malas la, Ria baru je masuk bilik tadi. K bye bye bye. Tak dengar, bye."

Aku menarik nafas lega perlahan apabila Lara mematikan talian. Aku terus berbaring di atas katil, lega kerana lepas dari Luqman. Aku merenung telefon baru di tangan. Baru saja keluar dari kotak dan masih belum mahu dihidupkan lagi. Tunggulah dua tiga hari lagi. Masa macam ni la nak uji betapa pentingnya kau dalam hidup orang lain.


Wah, bling-blingnya baju boss hari ni. Sakit mata aku tengok. Korang bayangkan eh. Baju bling-bling purple, seluar putih macam seluar disko tu, and reben kat leher tu warna putih. Boss mana yang pakai macam ni pergi pejabat, angkat tangan sikit. Boss aku la, En. Adam.

"Handsome sangat ke I ni sayang sampai you tak memberi tumpuan dalam mesyuarat sekali lagi?" Aku tersedar dari igauan dan memandang tepat boss yang tersenyum kepadaku.

"Excuse me?" Aku bertanya kurang faham.

"Yelah, you asyik tenung je muka I. Ni kali kedua you tak memberi tumpuan masa mesyuarat miss Suria." Aku memandang semua orang. Ternyata mesyuarat berhenti sekejap kerana semua mata melihat aku. Begitu jugak Kathy yang membunuh aku dalam pandanganya. Nasib baik telefon tak bunyi kali ni.

"Pendapat saya, bagus jugak idea Kathy tadi ye. Korang macam mana pulak?" Kathy mengeluh kuat lalu melipat kertas-kertas yang berselerak di depannya.

"Semua dah bagi opinion dan tinggal you je. And, I'm sure you langsung tak dengar apa idea yang Miss Kathy bagi tadi? Kan?" Aku melihat kertas-keetas di depanku.

"Sama je la dalam kertas ni kan?" En. Adam mengeleng-ngelengkan kepalanya.

"Yes, sama. Tapi ia akan jadi lain bila semua dah usaha untuk kembangkannya. Dan you, clearly tak fokus dalam brainstorming tadi." Aku menunduk memandang ke bawah. Aku kena bincang dengan boss ni pasal baju dia yang sering ganggu tumpuan aku.

"Sorry, it won't happen again."


"Tq kak, selalu drive Ria ke pejabat. Kirim salam suami anak-anak. Ria naik dulu ya." Aku tersenyum senang hari ini akhirnya waktu kerja telah tamat.

"Ria.." Terkejut aku apabila melihat seseorang di pintu rumahku.

"Luq??!!!" Apa dia buat kat sini? Bila dia datang? Sorang je ke atau....berdua.

"Hai, Suria." Elena.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now