Beberapa hari ini, aku datang awal ataupun lambat, Luqman akan sentiasa menanti aku di tempat parking. Aku mengeluh perlahan macam mana nak hadap dengan Luqman. Nak mintak tolong Nad, dia dah pindah rumah dua hari sebelum ni. Macam mana eh?
"Menungkan apa tu Ria? Eli dari tadi nganga mulut tunggu kamu suap dari tadi tak sampai-sampai." Aku melihat Elisa yang masam mukanya melihat aku.
"Alamak, mak....mam.... mintak maaf Eli, tak sengaja." Mama mengeleng melihat aku.
"Kamu dan Nadhimkan dah bersetuju nak kawin, apa salahnya mula Eli panggil mama. Kalau tak kawin sekali pun, kamu dah macam mama diakan, biar jelah." Mama mengerti perasaanku. Nak panggil apa, makngah ke mama.
"Dia takde cakap apa-apa ke pada kamu?" Aku mengeleng perlahan. Ish, betul ke dia ni nak kawin aku? Nampak macam nak, tapi takde bagi hint apa-apa pun. Macam tak nak je. Sejam selepas tu, aku mula mengemas dan bersedia untuk tidur.
"Ma, Ria bawak Eli masuk tidur dulu ya, dah lewat ni." Mama mengangguk kepadaku dan perlahan-lahan aku memimpin Elisa naik ke bilikku.
Sedang aku mendodoikan dia, fikiranku ligat memikir macam mana nak pergi kerja esok ni. Nak mintak tolong boss? Hish, segan lah. Nak mintak tolong Lara? Kalau dia tahu kenapa aku nak tumpang dia, macam mana kalau dua beradik tu masam muka pulak? Nad? Dia dah sewa rumah supaya nak dekat dengan tempat kerja dia. Kalau datang ambik aku pulak, takke makin jauh. Sia-sia je la sewa rumah tu. Hmmh, takpe kut. Luqman tegur tegur macam tu je setakat ni. Selagi dia behave, aku drive sendiri je lah.
Hai sayang. Satu mesej masuk ketika mata aku baru nak tertutup.
Hai, Luq. Aku membalasnya dengan perasaan berdebar. Apa pulak dia nak kali ni.
Nak tidur dah ke tu? Kalau dah, good night. Sweet dreams, mimpikan Luq k. Jumpa esok, miss u so much. Degupan aku seakan terhenti bila dia kata jumpa esok. Aku termenung, dikejutkan sekali lagi kali ini dengan panggilan. Hampir dicampak telefon tu kalau tak nama Nadhim yang call aku.
"Assalamualaikum, Ria." Dia menyapaku dengan suara yang ceria.
"Waalaikummussalam." Lemah suara aku menjawab. Perasaan tak sedap hati masih lagi berlegar.
"Alamak, Nad ganggu Ria tidur ke? Eli dah tidur ke? Sorry." Mendengar suara Nadhim membuatkan aku lega kembali. Aku ketawa sedikit apabila suaranya kalut, bimbang menganggu aku tidur.
"Eli dah tidur la. Papa dia call lewat sangat. Sibuk ke hari ni? Biasa Nad call awal je."
"Haah, sibuk sikit. Ni pun baru sudah kerja. Nad ganggu Ria tidur ke?"
"Tak pun, Ria tak tidur lagi. Macam mana nak tidur, baru je nak tutup ada je orang tu call kita." Kami berdua sama ketawa. Tak lama kemudian, kami mendiamkan diri. Takde topik nak cakap.
"Nad, serious ke Nad suka Ria? Dari dulu lagi?" Aku berdebar sewaktu soalan ini ditanya. Asyik dengar dari mulut orang lain je, bila nak dengar dari mulut dia pulak.
"Serious la, kalau tak, takkan la Nad rindu sangat-sangat nak pergi rumah mama sekarang ni. Jumpa Ria dengan Eli." Aku tersenyum senang. Tak perlu bukti, dia cakap je pun aku dah senyum macam ni. Kalau dia tunjukkan kat aku entah gembira macam mana.
"Habis tu, kenapa pindah? Eli rindu Nad. Dia selalu nangis cari Nad. Biar dua hari je pun baru berpisah." Nadhim ketawa mendengar perangai anaknya.
"At least ada yang rindu. Ria macam tak rindu pun kat Nad. Asyik Eli je yang rindu Nad, boring la." Aku ketawa mendengarnya seakan merajuk.
"Okay, masa untuk tidur. Nad tak nak ambik masa panjang-panjang, esok lewat pulak Ria nak ke pejabat." Aku kaku seketika mendengar pejabat.
"Biar la lewat. Tak pergi terus lagi bagus." Aku mengumam perlahan.
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...