"Nadhim, mulai sekarang saya akan ambil alih tugas Suria. Dia sekarang ni sibuk menguruskan satu projek baru di Johor." Nadhim senyap apabila wajah En. Azam yang tiba di bilik mesyuarat mengantikan aku yang sepatutnya berada di situ.
"Ok, sekarang ni awak settlekan masalah saya. Masalah pertunangan saya." Aku ralit menyedut abc yang dibelanja boss selepas office hour. Abc ni sebagai janji aku nak selesaikan masalah dia yang berpunca dari aku. Aku melepaskan nafas perlahan. Kini aku lebih lega lepas dah tak perlu jumpa dengan abang ipar aku tu. Dah sebulan lebih dah boss beri aku tugas lain.
"Suria!!" Aku dengan muka yang berserabut memandang En. Azam yang nampak terdesak sekarang.
"Ok, ceritakan apa masalah sebenar boss. Saya yakin sebelum masalah skandal boss dengan saya ni, boss dengan cik Azian tu dah bergaduh sebelum ni. Apa sebabnya?" Pada mulanya En. Azam mengunci mulutnya, tapi setelah aku mengugut tidak mahu menolongnya, barulah dia membuka cerita.
"Saya malu la nak romantik-romantik dengan dia!!" Aku tersedak abc yang disebut tadi mendengar ayat En. Azam.
"Pedia boss? Malu? Apa boss cakap tadi?" Muka En. Azam merah sedikit apabila aku menyuruh dia mengulang semula. Comelnya boss ni!
"Jangan panggil saya comel!!" Emh, dah keluar dah sixth sense boss ni, macam mana entah dia boleh tahu aku cakap dia comel.
"Azian asyik komen yang saya ni langsung tak romantik dengan dia. Satu tahun tu, saya tak wish birthday dia sehingga dia merajuk." Aku melihatnya dengan tanda tanya.
"Saya segan nak cakap happy birthday." Aku tidak percaya yang En. Azam sebenarnya seorang pemalu macam ni.
"Hahaha....comel la boss ni. Entah-entah boss tak pernah cakap i love you pun kat Cik Azian sebab malu sangat." Aku melihat boss yang bermuka agak merah.
"No way! Serius ke boss?" Aku mengeleng apabila tekaanku betul.
"Boss boss boss. Kesian pulak saya tengok. Okay pelajaran pertama, perempuan suka kalau lelaki menggunakan mulut untuk berkomunikasi." Aku ketawa sedikit apabila En. Azam memberi sepenuh perhatian kepada apa yang bakal aku katakan.
"Komunikasi romantik ada dua jenis, pertama terus terang dan yang kedua senyap-senyap romantik. Melihatkan cik Azian ni, dia suka terus terang. Contohnya, kalau boss rasa cik Azian cantik hari tu, puji je la dia. Jangan simpan dalam hati je. Pujian bukan sebab nak riak, tapi nak kukuhkan lagi hubungan kita." Laju En. Azam mengangguk.
"Kalau yang senyap-senyap romantik tu macam mana?"
"Senyap-senyap romantik tu tak gunakan mulut pun nak tunjukkan penghargaan. Contohnya, walaupun boss tak ucapkan happy birthday pada tunang boss tu, at least boss belikan dia hadiah ataupun buat suprise dinner ke untuk dia. Tapi, kalau cakap pun susah macam mana boss nak buat suprise. Kan?" En. Azam murung seketika.
"Alah, boss jangan la risau. Saya akan pastikan hubungan boss dengan cik Azian pulih." Dia mengangguk perlahan.
"Ok, sekarang call dia." Muka En. Azam nampak cuak sedikit.
"Nak buat apa pulak?" Aku mengeluh sedikit.
"Boss nak baik ke tak ni? Kalau nak, call dia." Laju En. Azam mendail nombor tunang kesayangannya.
"Hello." Suara Azian di talian sana kedengaran agak marah sedikit. Nampaknya, boss masih lagi tak mintak maaf dengan tunang dia ni, patutla berangin lagi.
"Ok, sekarang ni boss ikut apa yang saya cakap." Aku berkata kepadanya perlahan. Dia mengangguk dan melihat aku.
"Sayang," En. Azam menjegilkan matanya kepadaku dan aku membalasnya semula. Dia akhirnya mengikut juga apa yang aku cakap. Selesai meminta maaf, kami menutup panggilan. Tunangnya itu menerima maaf En. Azam, tapi masih lagi marah dengannya. So sekarang ni pelajaran kedua.
"Pelajaran kedua, nama panggilan. Apa yang boss panggil tunang boss tu?"
"Azi..?" Aku mengeleng lagi.
"Boss, tak boleh macam ni. At least boss kena ada nama manja dengan cik Azian. Yang paling simple, sayang, azi, bi. Yang romantik, baby, darling. Oh, satu ciri yang perempuan suka bila boss reka satu nama panggilan unik yang memang untuk dia je. Tapi jangan reka nama-nama pelik pulak contohnya, bedah, minah pulak. Tu dah terbalik pulak." En. Azam mengangguk-ngangguk faham.
"Contoh nama panggilan unik tu apa?" Aku menggaru kepala apabila dia bertanya semula kepadaku.
"Contohnya boss tengok dia suka makan gula-gula, bos panggil dia manis. Boss tengok dia lembut je selalu, panggil la dia manja ke, buah hati pengarang jantung ke apa lah. Entah la boss, saya pun tak tahu." Di akhir kataku, boss tersenyum sinis sedikit.
"Memang wajar la awak tak tahu, sebab awak tak pernah ada boyfriend. Kan?" Aku mengepal tanganku sedikit, geram dengan gurauannya.
"Ok, ok saya gurau je. Apa lagi isi-isi yang penting, sifu?" Aku melegakan tekakku dengan abc sebelum menyambung.
"Pelajaran ketiga, minta maaf." En. Azam melihat aku dengan tanda tanya.
"Dalam hubungan pasti ada bertegang urat sikit kat mana-mana. So, sesama pasangan haruslah mintak maaf agar perkara ni tak disimpan dalam hati dan menjadi nanah di kemudian hari. Boss kena ingat, walau macam mana kecik sekalipun bergaduh, women always win. So, ianya penting untuk kita mintak maaf kalau rasa ada salah pape tu." Dia mengangguk lagi. Aku rasa dia ni dah macam burung woodywoodpecker je asyik angguk angguk angguk.
"Ada lagi?" Aku menjelingnya seketika sebelum menyedut air sedikit.
"Pelajaran keempat, hadiah." En. Azam memberikan aku pandangan sinis.
"Boss jangan fikir yang perempuan tu materialistik, jangan!! Saya tak habis cakap lagi ni pasal hadiah." Dia akhirnya mengangguk dan bersedia menanti ayat seterusnya.
"Paling penting di hari-hari penting, birthday, graduation, naik pangkat, kawin, beranak, pape jelah. Yang tak pentingnya hari-hari. Muka En. Azam agak terkejut sedikit.
"Maksud awak, saya kena beri dia hadiah hari-hari ke?" Aku tergelak melihat muka cuak boss.
"Relaks boss. Saya tak habis cakap lagi. Hadiah yang saya maksudkan tadi bukan la dari segi barang-barang yang mahal ke apa ke. Perempuan suka apa saja yang lelaki bagi pada dia yang buat dia rasa dihargai." Aku tersenyum bangga.
"Contoh?" Duuuh, boss ni tak faham betul.
"Contohnya, satu hari dia dah penat-penat bekerja. Lepas tu sebagai ganjaran, boss buatkan air untuk dia ke, siapkan dinner special untuk dia ke. Macam tu." En. Azam memuncungkan mulutnya, berfikir.
"Tapi tu semua kerja orang perempuan." Aku mengeluh perlahan.
"No, boss kena buang perangai perempuan patut buat ni, lelaki kena buat tu. Boss tahu tak, perempuan suka lelaki yang buat benda-benda yang sepatutnya perempuan buat. Contohnya macam buat air ke, masak ke. Tu tanda lelaki tu berdikari, caring, matang dan kadang-kadang tu romantik. Perempuan akan rasa lelaki tu appreciate dia lebih lagi." En. Azam akhirnya mengalah dan mengangguk lagi.
"Okay. Any other suggestion?"
"Setakat ni tu dulu. Kalau saya cakap panjang-panjang tapi boss tak buat pun tak guna jugak." En. Azam menjelingku sebelum matanya membutang di belakangku. Aku turit berpaling melihat apa yang dilihat En. Azam. Alamak, Azian!!! Tanpa berkata apa, Azian dengan wajah yang hampir menangis meninggalkan kami berdua. Aku melihat En. Azam yang masih tercegat di kerusi.
"Boss, tunggu apa lagi? Pelajaran ketiga, now!!" Barulah En. Azam bangun dan mengwcar tunangnya. Haih, good luck la boss.
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...