Ruhainies dan Ristina as Suria dan Suri. Korang rasa sesuai tak?
Nadhim mendiamkan diri sewaktu aku mengatakan aku rindu kepadanya melalui badan Suri. Kenapa Nadhim tiba-tiba senyap? Rahsia aku dah pecah ke? Dia cam aku ke?
"Tak kisah la. Jom makan dulu, lapar la." Nadhim berjalan terlebih dahulu meninggalkan aku di belakang. Sementara aku lega lagi kerana Nadhim tidak berjaya mengecamku.
"Nak makan apa?" Tanya Nadhim sewaktu kami sedang berbaris untuk membeli KFC.
"Nak makan.....potato loaded bowl la. Bestnye, lama tak makan KFC." Sekali lagi Nadhim memandangku membuat aku serba-salah. Alamak, jangan-jangan Suri dengan Nadhim selalu datang sini tak? Aku pulak pergi cakap dah lama tak datang sini. Patutla dia pandang aku semacam je.
"Su gurau je la Nad. Tahula kita baru datang hari tu, sori. Gurau tak menjadi." Nadhim masih lagi memandangku.
"Tak, kita tak pernah datang KFC lagi setakat kita dating ni. Biasanya makan kat Mc Donald je. Sebab Su tak suka sangat KFC kan?" Kaku aku mendengar soalan Nadhim. Haah la, Suri tak makan sangat KFC, aduss. Macam mana ni?
"Saja nak tukar selera. Tak boleh ke? Hmmph." Nadhim memandang ke sisinya, tidak lagi memandang aku. Mulut kau Ria. Betul ke kau ni kembar Suri? Benda kecik macam tu pun kau tak tahu.
Aku duduk bersama dia di tingkat atas setelah makanan kami siap. Ya Allah, hensemnya dia. Untung Suri dapat kawin dengan dia. Tapi sekarang ni, dia pandang tajam pada aku. Aku ada buat salah lagi ke kali ni?
"Sejak bila Su suka minum pepsi ni? Su cakap nak elak minuman bergas." Aku dah agak dah. Tak, ini semua perlu dihentikan. Aku pun nak dating dengan tenang dengan Nadhim!!
"Pepsi? Oh, tadi lupa nak cakap dengan dia mintak tukar air. Macam mana ni, takkan nak turun balik, beli air lain. Minum je la." Nadhim kini sudah aku agak, tak berpuas hati dengan Suri yang baru. Dia makan perlahan-lahan tapi matanya masih tajam memandang aku. Pernah tak korang rasa dengan lelaki yang korang suka, bila dia pandang kau marah dalam diam macam tu, kau tengok dia hensem? Macam tu la yang aku rasa sekarang ni. Walaupun mata Nadhim tu nampak marah, entah kenapa aku suka.
"Pelik la Suri hari ni. Okaayy....kalau macam tu macam mana dengan deal kita. Jadi ke ataupun Suri nak batalkan?" Kejung lagi aku mendengarnya. Deal apa pulak kali ni? Aduh, nak jawab apa ek? Kalau Suri sekarang ni dia jawab apa? Tapi aku tak tahu deal apa yang Nadhim cakap sekarang ni. Setuju je lah.
"Jadi la, takkan tak jadi. Bila kita nak mula?" Nadhim memandang aku dengan senyuman sinis. Eh, kenapa pulak ni? Aku silap cakap lagi ke ni? Patut cakap tak setuju ke tadi?
"Stop it, Suria. Atau Ria. Atau apa pun yang orang panggil awak. Sejak dari awak datang kat taman tadi, saya berfikir kenapa awak yang datang dan bukan Suri. Melainkan awak guna fon Suri dan mesej pada saya. Buatkan saya ingat Suri yang ajak keluar." Tak jadi aku nak menyuap lebih banyak. Tembelang aku dah pecah, macam mana nak makan lagi.
"Hebat awak dapat teka mana satu Suri, mana satu Suria. Papa pun tak dapat cam mana satu kami kecuali lepas saya cakap." Kali ini tiada lagi senyuman di wajah Nadhim.
"Awak ingat senang-senang je ke awak boleh tiru Suri? Kan saya dah cakap, awak dengan Suri jauh berbeza. Tengok sajalah, perangai awak dengan Suri pun lain. Kita makan kat sini, air bergas. Suri takkan buat macam ni." Sedih aku mendengarnya. Betapa Nadhim mengenal Suri lebih dari aku, kembarnya. Aku menahan diri dari menangis. Nadhim mula mengemas makanan di atas meja.
"Tunggu, jangan pergi dulu. Awak tak nak tahu ke kenapa saya ajak awak keluar hari ni?" Nadhim memandang aku.
"Awak mungkin nak sambung pergaduhan kita hari tu yang diganggu Suri. Awak nak cakap saya ni tengok luaran, tidak dalaman orang. Kan?" Aku melepaskan nafas kecewa. Air sudah berkumpul di kelopak mataku. Aku mengharapkan ini menjadi kenangan terindah buatku untuk kali yang terakhir. Tapi gagal.
"Ehem, ehem. Tak, saya tak nak bergaduh dengan awak. Memandangkan awak akan jadi abang ipar saya lagi seminggu. Saya cuma nak cakap tolong jaga kakak saya dengan baik. Dia selalu sakit dan saya harap awak sabar dengan dia." Air mata yang semakin banyak akhirnya tumpah juga. Tapi cepat aku menepisnya. Air mata kecewa dengan hari ni.
Wajah Nadhim langsung tak terkesan dengan aku menangis. Bukan ke ni biasanya waktu lelaki akan hulurkan tisu, tak nak bagi pompuan tu nangis lagi banyak? Tak romantik betul la Nadhim ni.
"Ehem ehem. Anyway, pasal pergaduhan kita hari tu, awak langsung tak mintak maaf dengan saya. But, don't worry. Sebab saya ni Ria, saya maafkan awak. And thank you untuk hari ni. Walaupun date kita tak sampai....40 minit, saya tetap bersyukur. Bertuah Suri dapat kawin dengan orang yang betul-betul kenal dia luar dan dalam. Bukan macam saya." Aku turut mengemas makananku dan mencapai beg di sebelah.
"Memandangkan saya bukan lagi Suri, saya boleh jadi Ria kan? Bye, jumpa awak lagi seminggu. Bye abang." Aku memberikan senyuman yang manis di luar tapi pahit di dalam. Haaa....ekau ado? Takdo an? Hahaha...pasti aku nampak cool masa aku keluar tadi kan?
Tapi, aku masih kecewa. Sampai ke hujung, dia masih lagi tak boleh nak tengok aku lama-lama di mata. Mestilah, sebab dia tak boleh nak terima kau sebagai Suri. Agak-agaknya, Nadhim kecewa jugak kut. Sebab perempuan yang dia tak suka ni akan jadi adik ipar dia. Nasib kau lah Nadhim. Rezeki kau.
"Sah? Sah. Alhamdulillah. Bismillahirrahmanirrahim." Suri cantik memakai baju kurung moden berwarna putih di hari akad nikahnya. Abang ipar aku, Nadhim pun hensem yang amat pakai baju melayu putih. Stop it Ria, dia dah jadi keluarga kau kan. Suami kembar kau. So, ini tak baik.
Suri memegang tanganku membuatkan aku berpaling ketawa melihat di yang nervous sesudah habis berdoa. Kami melihat Nadhim yang menghampiri untuk upacara pembatalan air sembahyang. Aku dapat melihat betapa gembiranya air muka Suri. Aku dan Nadhim sempat berbalas pandangan sebelum lelaki itu duduk di hadapan Suri bagi mencium dahi Suri.
Aku ke belakang sedikit, memberi ruang untuk mereka berdua, dan juga elak daripada masuk dalam gambar diorang nanti. Aku tak nak muka aku yang separuh happy ni masuk dalam album diorang.
Kawan-kawan kitorang hampir semua dapat datang pada majlis yang kecik tu. Tiba-tiba, aku merasakan seseorang memegang bahuku dan ianya Lara.
"Kau okay?" Kenapa Lara dari banyak-banyak orang yang tahu perasaan sebenar aku? Aku mengangkat kedua bahu. Dia menarik aku ke dalam pelukan.
"Kau Ria, gadis popular kat uni. Sorang pergi, seribu datang. Ingat tu." Aku mengangguk, berterima kasih pada Lara walaupun ayat dia tak banyak membantu.
"Alang-alang aku datang ni, bukan setakat nak datang wedding ni je. Tapi aku nak jumpa kau, sebab aku tahu benda akan jadi macam ni. Aku nak bagi kau ni." Aku melihat kertas yang diselit di tanganku.
Tiket kapal terbang? Aku memandang Lara dengan tidak percaya. Apa fungsi benda ni?
"Family aku adakan benda ni, and kalau kau rasa sesak sangat, aku harap kau dapat ikut aku. Kita boleh jadi kawan rapat kat sana. Well, aku cuma bantu je. Keputusan semua pada tangan kau. Aku ingat lepas semua ni selesai, barulah aku nak kerja dekat company family. Kalau kau nak, aku boleh tolong kosongkan satu seat." Aku memeluk Lara sekali lagi.
"Thank you babe. Tapi ni benda besar, aku kena fikir dulu. Tapi, tq. Kau selalu tahu apa yang bermain kat fikiran aku. Aku mintak maaf pasal hal library tu." Lara mengangguk sebelum berlalu. Aku melihat tiket di tanganku sekali lagi. Pergi atau tak pergi?
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...