Bab 6

6K 238 0
                                    

"Ria, Suri mintak maaf sebab salah faham. Suri sepatutnya lebih kenal Ria dari orang lain." Aku diam saja mendengar ucapan minta maaf Suri.

"Ria? Ria dengar tak? Ke Ria masih tak boleh nak maafkan Suri lagi? Ria, Suri minta maaf.....Suri tak patut lebihkan Nad dari Ria." Aku akhirnya mengangguk. Kesian pulak melihat Suri yang sayu saja dengan suaranya yang serak.

"Okay, Ria maafkan. Tapi please lain kali Ria harap sangat takde yang datang nak musnahkan hubungan kita berdua. Kita kembar tau, Suri. Kembar selalu ada pertalian yang lagi dekat dari orang lain. Bila kita tak bercakap, Ria rasa sepi sangat. Macam dah hilang sorang kakak dan kawan baik. Dahla kita dua beradik je." Suri tersengih kepadaku lalu dekat untuk memberikan pelukan.

"Sori Ria, Suri pun rindukan Ria. Tapi, semua ni takkan berlaku kalau Ria jujur dengan perasaan Ria." Aku melepaskan pelukan dan memandang Suri. Apa ni, cari gaduh balik ke?

"Ria dah jujur, Ria cakap tak nak. Suri boleh ambik Nadhim tu. Berapa kali Ria nak kena ulang?" Muka Suri nampak keliru.

"Habis tu, kenapa Lara cakap macam tu? Pada Suri?" Lara? Apa fungsi watak Lara pulak dalam cerita ni?

"Dia cakap apa pada Suri?"

"Dia cakap yang walaupun Ria tak nak Nad, tapi Ria sebenarnya suka pada Nad. Tapi sebabkan Suri ambik Nad dari Ria, so Ria berkorban. Ria bagi je. Betul ke?" Lara!!! Sanggup kau bocorkan. Takpe, kita jumpa kat u esok, tahulah aku nak basuh kau macam mana.

"Takla Suri. Sejak bila Suri percaya cakap Lara ni? Dulu bukan main tak suka dia." Suri akhirnya percaya kepada kata-kataku.



Datang saja ke uni hari itu, aku terus menuju ke library. Tempat di mana Lara selalu dating. Kali ini aku melihat dia dating tapi dengan lelaki lain.

"Lara!" Aku mendekatinya dan dia berpaling. Dia menyuruh lelaki tadi pergi dahulu dan menyambung dating kemudian.

"Hai Ria. Kenapa? Muka tak best je ni." Tak best? Ha, memang tak best.

"Kenapa kau beritahu Suri apa yang kita cakap hari tu? Kau ni suka tengok orang gaduh ke apa?" Aku menahan suaraku dari berteriak oleh itu ia kedengaran seperti aku berbisik. Lara hanya ketawa mendengar amarahku.

"Babe, aku nak tolong kau tau. So, wajarlah aku cakap dekat kakak kau yang dia rampas buah hati kau. Sekarang kau datang nak marah-marah aku pulak apasal? Sepatutnya kau berterima kasih kat aku." Aku mengepal tangan menahan geram. Geram je nak tarik rambut dia.

"Nak terima kasih apa? Sebab kau pergi cakap macam tu, aku dengan Suri tak bercakap tau." Lara ketawa lagi.

"Tak bercakap, tapi sekarang dah kan? Kau ni, benda kecik macam ni tak payah nak besar-besarkan. Bergaduh je pun, pfft. Eh sekarang ni aku nak tanya kau. Kau suka tak Nadhim tu? Kau kena faham, aku tengok kau tak bermaya sangat bila tahu dia dah couple dengan Suri. Jadi, aku tolong la kau."

Lara sepertinya tak memahami pentingnya aku dengan Suri. Yelah, anak tunggal mana nak tahu macam mana nak ada adik beradik. Pulak-pulak anak tunggal yang merasa selesa menjadi tunggal, yang tak mahu adik beradik kerana tak suka berkongsi.

"Dah la, penat aku cakap dengan kau ni. Aku nak blah. Lastly, aku dah tak suka Nadhim tu. So, tak payah kau nak sebar cerita aku mengadu ke apa ke pada Suri. Kecoh la." Lara tersenyum lalu melambaikan tangannya melihat aku pergi.

Keluar saja aku terserempak dengan pasangan paling sweet, Nadhuri (Nadhim x Suri). Suri melambaikan tangan kepadaku mengajak aku menyertai mereka, tapi aku mengeleng.

Dadaku aku terasa sesak apabila melihat mereka berdua. Aku dapat melihat Suri dan juga dia, Nadhim melihatku sebelum aku beredar dari situ. Don't worry Ria, sebelum kau grad ni, yakin kau akan meninggalkan ramai crush yang tak sanggup berpisah dengan kau. Lepas tu boleh la buat boyfriend hunting. Tapi tu bukan Nadhim.


Selepas habis kelas kedua kami pada hari itu, aku mengemas barang-barang ke dalam beg. Tiba-tiba aku melihat Nadhim di luar pintu.

"Nad, masuk la dulu." Suri mengajak Nadhim masuk ke meja kami.

"Korang berdua nak ke mana-mana ke?" Suri melihatku sambil tersenyum ceria.

"Kitorang nak shopping sikit. So, Suri tak balik dengan Ria tau. Sorry. Ooh, atau Ria nak ikut kitorang?" Aku melihat mereka berdua. Nadhim seperti biasa, rela melihat luar kelas dari melihat aku.

"Tak kut. Penat la hari ni. Lagipun, kejap lagi Ria ada date dengan abang senior yang kita jumpa hari tu." Suri tersenyum mengeleng dengan date aku yang tak habis-habis. Mereka berdua meninggalkan aku yang masih belum selesai berkemas.

Date tu memang betul. Tapi sebab sebenar aku tak nak pergi adalah sebab Suri. Bukan aku tak tahu sejak dari peristiwa library hari tu, dia macam nak sorok je Nadhim dari aku. Macam la aku nak ambik Nad dia tu. Lepas je dari tu, aku rasa dah tawar hati nak jalankan plan aku nak tackle Nadhim. Memandangku dia fikir aku ni jenis yang murah. So, Suri boleh simpan je la Nadhim. Walaupun crush aku pada Nadhim tak habis lagi, aku yakin akan habis jugak tak lama lagi.


Beberapa bulan dah berlalu dan tinggal lagi seminggu kitorang nak grad. Yea!! Aku masih lagi banyak date yang tak langsai lagi dengan peminat-peminat aku. So, aku nak habiskan minggu ni jugak.

Suri masih lagi kekal bahagia dengan Nadhim. Dan dia agak menjauh dari aku. Mungkin takut aku rampas pakwe dia kut. Ambik je la Nadhim tu, dia pun tak nak aku buat apa aku nak terhegeh-hegeh.

Ok, aku memang sakit hati. Sakit tengok betapa bahagianya Suri bila dengan Nadhim. Tapi, nak buat macam mana. Rezeki Suri. Kalau dia bukan kembar aku, memang aku sungguh-sungguh nak tackle dia. Tapi memandangkan dia boyfriend Suri, so it is a big no.

Suatu hari ni masa aku dengan Suri berjalan ke kereta nak balik, tiba-tiba Suri jatuh. Aku sempat paut dia, tapi nampak macam dia tak sedarkan diri, pengsan.

"Suri, Suri. Ya Allah Suri. Fon fon fon." Aku mendail nombor Nadim yang kebetulannya baru habis dating dengan Suri tadi. Selalu dating. Tidak lama kemudian, dia datang kepada kami dan aku memapah Suri masuk ke dalam kereta aku. Aku bersama Suri di belakang, dan Nadhim yang memandu. Aku perasan Suri agak pucat hari ini tetapi mungkin disebabkan gastrik kut. Sejak kecil lagi, badan Suri lebih lemah berbanding aku dan ini menyebabkan Suri menjadi kurang aktif berbanding aku.

Sampai saja ke hospital, Suri terus dibawa ke unit kecemasan. Aku kehulu dan kehilir merisaukan keadaan di dalam. Nadhim pula nampak tenang menunggu.

"Awak dah call mama dengan papa awak?" Oh baru aku teringat. Aku mencapai telefon dan mendail nombor rumah. Setelah habis, aku melihat Nadhim.

"Thanks sebab ada masa ni. Kalau awak takde, saya tak tahu apa nak buat." Dia hanya mengangguk dan seterusnya tidak mempedulikan aku. Lantak dia la, aku risau pasal Suri sekarang ni. Apa sakit dia, kenapa tiba-tiba pengsan?

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now