"Aku takut la Lara." Lara ketawa melihatku yang agak kaku di seat sebelah.
"Haih, Ria yang confident lebih takut pulak hari ni? Jom la, jangan risau pekerja-pekerja kat sini semua manusia, takde pulak daddy cakap pernah ada orang makan orang." Aku mencebik mulutku, geram dengan komen Lara. Hari ni hari pertama aku dan Lara masuk kerja. Lara sebagai CEO baru syarikat di Terengganu ni and aku sebagai penolong hubungan awam.
"Ni bilik cik Lara. Kejap lagi saya dah aturkan meeting untuk semua pekerja syarikat ni. Nanti boleh la kenal semua pengarah dan pekerja. Cik Lara boleh la perkenalkan diri." P.A Lara, Mia menunjukkan biliknya. Lara mengangguk mendengar kata-kata Mia.
"Saya suka awak. Belum disuruh lagi dah buat kerja. Terima kasih Mia, saya harap kita boleh jadi kawan rapat. Oh pasal Cik Suria, boss dia tak kisah kan kalau dia jumpa di meeting nanti je kan?" Aku melepaskan nafas lega apabila Lara mula bertanyakan hal aku.
"Oh, bawah Encik Azam. Encik Azam dia suka pekerja dia terutamanya pembantu dia sharp sebenarnya. Tapi hari ni takpe sebab Encik Azam masuk lewat sedikit. Dia akan datang bila meeting tu nanti, jadi nanti saya kenalkan dia." Aku mengucapkan terima kasih sebelum Mia keluar dari bilik Lara.
"Lara, macam mana ni? Boss aku tu macam tegas je. Macam mana kalau dia garang?" Lara ketawa lagi mendengar kerisauan aku.
"Well, welcome to office life. Nsib kau la kalau dapat boss yang garang. Aku dah biasa kena marah dengan daddy masa aku buat part time kat HQ hari tu. Takpe, kau kan Ria, Ria kan always confident. Kau ni kenapa takut semacam je hari ni? Kalau dia garang pun, aku doakan agar dia hensem. At least kau takde la rasa kena marah je kan. Elok la tu, kalau kena marah kau pandang je muka hensem dia lama-lama. Mungkin boleh hilang rasa takut kena marah tu." Aku mencebik lagi mendengar Lara mengarut.
"Tok tok tok, Cik Lara, Cik Suria, meeting akan start lagi lima minit. Cik nak pergi sekarang saya boleh tunjukkan." Lara mengangguk dan bangun dari kerusinya lalu keluar ke bilik mesyuarat. Aku mengikut di belakang.
Masuk saja ke bilik mesyuarat, semua pekerja telah pun berkumpul menantikan kedatangan Lara. Kecik terasa apabila memerhatikan seramai ini pekerja di syarikat ini. Aku segera berdiri di tepi dinding memandangkan hampir semua tempat sudah penuh dengan pekerja-pekerja lain. Aku cuba mengagak-agak siapakah Encik Azam. Adakah dia sudah tua mendengar dari sifat cerewetnya? Atau adakah dia orang muda yang perfectionist?
"Ehem ehem... Assalamualaikum, hai. Saya Lara Arina bt Johari, CEO baru syarikat kat Terengganu ni. Kalau korang terfikir samada saya ni anak Datuk Johari atau tak, yes saya anaknya. Saya harap takde umpatan pasal saya dapat jadi CEO sebab ayah saya, no. Saya sampai ke peringkat ni sebab usaha saya sendiri kerja dari jawatan paling bawah sekali jugak. Saya buat part time sepanjang cuti. Saya tak dapat nak janji saya terbaik macam ayah saya, tapi saya akan berjanji saya akan cuba buat yang terbaik untuk semua pihak. Sebarang salah silap, saya sentiasa terbuka untuk ditegur."
Mia bangun dari kerusinya dan menepuk tangan, bangga dengan ucapan Lara. Selepas itu, barulah semua orang lain bangun dan menepuk tangan sekali. Wow! Selesai saja aku melihat semua pekerja bangun beredar. Aku masih lagi berdiri di tepi pintu menunggu Mia memperkenalkan aku kepada bossku. Kelihatan hanya empat orang sahaja yang masih tidak keluar dan bercakap dengan Lara. Seorang lelaki yang agak berumur, seorang lelaki yang masih kelihatan muda, seorang wanita yang masih muda dan seorang wanita yang hampir dalam 40-an.
Selesai saja mereka berbual dengan Lara, satu persatu keluar dari bilik mesyuarat, tidak lupa untuk senyum kepadaku yang berdiri di tepi pintu. Sehinggalah Lara, Mia dan lelaki yang agak muda tadi berdiri di depanku. Aku agak ini Encik Azam. Hmmm...hensem jugak dia ni.
"Encik Azam, ini PA baru you, Suria. Suria, ni encik Azam, boss you. You akan kerja bawah dia mulai hari ni." Aku mengangguk sebagai tanda hormat kepadanya tapi sedikit pun tidak dibalas lelaki itu. Wuh, sombongnya! Takpe, takpe. First impression mungkin salah kut.
"Oklah, cik Lara. Kalau ada apa-apa boleh contact saya. Saya akan salurkan apa-apa maklumat yang cik Lara perlukan." Lara mengangguk melihat Azam. Sebelum aku mengikut Azam pergi, aku sempat melihat Lara mengenyit mata kepadaku. Hish, nakal Lara ni. Aku tahu apa yang dia fikir sekarang ni.
"First of all, jadi pembantu saya ada beberapa syarat. Saya dengar awak dapat masuk bekerja sini sebab special case." Special case? Sori sikit eh, aku masuk sini pun melalui iv macam orang lain jugak k. Yang specialnya sebab iv tu untuk aku sorang saja.
"Saya tak kira special ke biasa ke, jadi pembantu saya kena ikut peraturan saya. Silap buat, saya takkan segan-segan nak pecat awak. Tak kira la awak ni masuk macam mana pun, anak siapa ke apa ke. Faham?" Aku mengangguk perlahan.
"Rules yang pertama, tolong fokus masa kerja, 100%. Saya tak nak masa kerja awak main fon, betulkan mekap, main game, makan. Tolong fokus." Azam menjeling aku tajam. Ceh, ingat aku takut? Aku tak buat la semua benda tu.
"Rules kedua, tolong professional. Jangan bawa masalah luar masuk dalam pejabat. Saya tak nak masuk kerja bercampur mood dari bergaduh dengan boyfriend semalam." Aku memuncungkan mulut apabila dia menjeling aku sekali lagi.
"Rules ketiga, saya tak suka typing error. Setiap kerja saya nak perfect. No typing error, no work error, no error at all. Dan saya tak nak teri?a alasan manusia tak perfect dan selalu buat silap. Kerja yang saya bagi ada tempoh masa, takkan tak boleh nak cek sebelum hantar? Satu salah, saya suruh awak buat semua balik." Untuk kali ketiganya, dia menjeling aku. What? Kau tak boleh nak samakan pekerja-pekerja kau yang dulu dengan yang baru nak mula kerja ni. Duuhh.
"Rules keempat, ikut semua apa yang saya suruh. Saya tak suka sikit-sikit bagi alasan tak boleh buat, sakit la, apa la. Alasan semua tu." Aku memandang ke lantai kerana aku tahu dia menjeling aku lagi.
"Rules terakhir, jangan mengumpat saya, even dalam hati sekali pun. Saya boleh tahu air muka awak sedang mengumpat tentang saya sekarang ni." Issh, hebat boss ni. Boleh tahu aku duk umpat dia sekarang. Whatever la boss, ruang hati saya suka hati saya la nak umpat siapa pun.
"Awak masih mengumpat saya, saya boleh rasa." Aku menjeling dia, menyampah pula dengan sixth sensenya.
"Awak boleh beredar. Oh kejap, kejap, kejap. Saya terlupa nak cakap satu benda lagi." Aku berhenti dari berpaling dan melihatnya yang selesandi sebalik meja.
"Jangan jatuh cinta dengan saya, annoying semua tu." Dia tersenyum sinis kepadaku. Aku ternganga mulut, tidak percaya dengan perangai terlebih perasan Encik Azam ni. Apa dia ingat dia hemsem ke apa nak pesan macam tu? Puih! Tapi aku memang tak nafikan dia memang hensem. Lantaklah, aku Suria Haji Dollah takkan pernah nak suka lelaki berlagak macam dia ni.
Sori lama tak update cerita ni. Terima kasih sebab selalu tunggu update. Sorry sangat ye, sebab saya balik kg beraya, so kat sana takde line, tak boleh nak update. Btw, selamat hari raya dan enjoy!!!
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
عاطفيةAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...