Keesokan paginya, Luqman telah pun pulang sebelum aku sempat keluar dari bilik lagi. Hanya Lara yang menghantarnya balik sebelum subuh. Aku hanya mendiamkan diri sewaktu Lara bercerita.
"Babe, maafkan abang aku ya. Dia ambil berat sangat pasal kau, that's why la dia protective lebih." Aku menghela nafas perlahan.
"Ok, aku faham. Cuma aku sakit hati je Luq ambik serius benda ni sedangkan Nadhim memang tak sengaja pegang tangan aku. Tak sampai lima saat pun sebab aku tarik balik." Aku melihat Lara memuncungkan mulutnya sedikit.
"Kau pun tak suka Nadhimkan?" Lambat-lambat Lara mengangguk.
"Walaupun aku tak setuju dengan tindakan abang aku tu, tapi aku tak suka jugak tindakan Nadhim tu. Dan aku setuju dengan Luqman, dia kawin dengan Suri, tapi dia macam nak rapat dengan kau je." Aku memikirkan kata-kata Lara. Hesh....tak mungkin la dia terkenankan aku pulak. Kan dia sendiri cakap yang menyukai aku tu mengarut. Sampai sekarang aku masih lagi terluka walaupun dia cakap tu tanpa sedar.
"Kau jangan rapat sangat dengan dia. Kau kena ingat....dia suami Suri. Kau lupa ke macam mana broken heartnye engkau bila dia nak kawin dengan Suri? Lupakan dia Ria, move on la." Aku mengangguk perlahan walaupun sesetengah kata-kata Lara tak masuk ke fikiran.
Hari Ahad akhirnya tiba. Walaupun aku dapat berehat sehari di rumah, fikiran aku masih lagi berserabut. Oleh itu, aku sangat bahagia bila ke tempat kerja. Sampai saja ke office, aku melihat lampu di bilik En. Azam sudah terpasang. Tiba idea jahat di fikiranku untuk mengejutkan dia. Hehehe.....
"Selamat pagi darlinggg..." Kami bertiga sama-sama terkejut melihat. Aku terkejut melihat En. Azam sedang menenangkan seorang perempuan yang sedang menangis, En. Azam terkejut melihat aku menyergah masuk biliknya tanpa diketuk dan perempuan itu terkejut kerana aku memanggil En. Azam darling.
"Ooh, ni rupanya scandal you. Patut la I mintak cepatkan tarikh kawin you tak nak. Kalau you dah ada orang lain, cakap la. Tak payah buat I tertunggu-tunggu macam ni. Kali ni I takkan berfikir dua kali lagi, I nak putus tunang." Kata perempuan tadi lalu berlalu dari situ.
"Azian, tunggu. Azi!" Gagal mendapatkan wanita tadi kembali, En. Azam berdiri di depan pintu sambil mengepal tangannya. Ok, ni saatnya aku beredar. Aku dapat rasakan yang kemarahan boss akan sampai pada aku je.
"Suria!!!" Terhenti langkahku dan aku tersengih-sengih melihat En. Azam yang sedang berapi saat ini.
"Maksud boss, boss sekarang ni menghadapi masalah dengan tunang boss, iaitu Cik Azian?" En. Azam mengangguk-ngangguk perlahan. Sedikiy kedutan di dahi muncul, mungkin risau memikirkan penyelesaian masalahnya.
"Dan ianya bertambah buruk disebabkan awak panggil saya darling tadi." Dia memandangku tajam dan ianya berjaya membuatku serba-salah.
"Saya bergurau je boss. Saya cuma kaget je apasal boss tiba-tiba datang awal hari ni. Saya takut saya kena marah, saya kejutkan boss dengan panggil darling. Mana tahu boss cair ke. Rupanya....dengan saya sekali terkejut." Dia masih lagi memandangku dengan pandangan membunuh.
Fikir Ria, macam mana nak settle masalah dia ni. Setelah aku berjaya mendapat idea, aku mengetuk meja dengan kuat sehinggakan En. Azam berjaya terkejut lagi dan itu juga menyebabkan tanganku sakit.
"Boss jangan risau pasal masalah boss ni sebab boss sekarang ni berada di depan pakar cinta." En. Azam mengangkat sebelah keningnya, tidak percaya dengan kebolehanku.
"Mari sini saya perkenalkan diri saya. Saya, Suria Haji Dollah, antara gadis top ten dekat uni sebab popular tau! Berebut orang nak kenal dengan saya, saya jugak menjadi pakar menyelesaikan masalah cinta di antara kawan-kawan saya. So, beruntung la dapat jumpa saya." Muka En. Azam masih lagi ragu-ragu tapi dia mengangguk saja mendengar aku berceloteh. Tidak lama kemudian, kami berdua berpaling mendengar pintu bilik diketuk dan muncul Dewi.
"Maaf En. Azam, tapi En. Nadhim dah sampai. Suria nak saya bawakkan dia ke bilik mesyuarat terus ke?" Aku mengangguk saja lalu Dewi pun beredar.
"Ok, time for work. Apa-apa pun, saya nak awak betulkan semua ni. Kalau saya putus tunang disebabkan awak, tahulah apa saya nak buat. Benda ni, saya pastikan awak menyesal." Aku mengangguk laju bila sisi bengang boss muncul semula.
"Shall we start, En. Nadhim?" Aku mula menyusun dokumen yang kami berdua perlukan. Dan bila tiada jawapan darinya, aku melihat Nadhim dan terdiam. Rupanya Nadhim masih tidak lepas melihat aku dari masa aku masuk tadi. Aku salah mekap ke apa? Muka aku ada coreng apa-apa ke?
"Muka Ria okay je, takde coreng pape pun." Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiranku dia menjawab. Muka aku merah seketika kerana dia seperti boleh tahu isi hati aku. Nadhim tersenyum manis kepadaku. Aku hampir cair melihat senyumannya namun kata-katanya kelmarin datang semula. Aku batuk sedikit dan kembali kepada dokumen di atas meja.
"Merujuk pada meeting kita yang lepas, saya dah beri penerangan kepada technician interface macam mana yang kita nak untuk homepage kita dan sekarang ni diorang sedang mereka. Web dalam proses, sekarang untuk pekerja-pekerja syarikat kita kena berbincang balik dengan Cik Lara untuk confirm betul ke nak cara ni." Aku berhenti lagi kali ini melihat Nadhim masih lagi tidak henti melihatku.
"En. Nadhim? Are you listening?" Nadhim menjawab emm dan melihat aku kembali. Aku sudah berasa tidak selesa ditenung lama-lama seperti itu. Ish, kalau dia boyfriend aku takpelah jugak. Ni suami orang, lagi-lagi suami Suri pulak tu.
"Nadhim!! Dengar tak?!" Nadhim meletakkan tangan yang menongkat dagunya ke bawah meja dan setia memandang aku.
"Ya, Nad dengar setiap apa yang Ria cakap tadi. Tak miss satu pun." Wah, perlu ke dia cakap macam tu?
"Eergh, pape jelah. Tapi tolong jangan tenung saya macam tu. Please la." Nadhim menongkat dagunya kembali dan menyengetkan kepalanya sedikit lalu senyum kepadaku. So cute.. No Ria, no! Aku menyambung kembali penjelasanku tanpa mempedulikan matanya.
"Kenapa formal sangat ni?" Soalannya yang tiba-tiba itu membuatkan aku terhenti buat kali yang kedua. Kini kami berdua sama berpandangan.
"Well, ni kerja. Of course la kena formal. Professional kan?" Tiada lagi senyum di wajahnya. Kali ini dia seperti termenung.
"Atau.....Ria masih marahkan Nad pasal kelmarin dulu? Sebab Nad tumbuk boyfriend Ria?" Aku menghempaskan dokumen dan memandang tajam Nadhim. Tadi aku sudah melupakan peristiwa ini tapi disebabkan Nadhim menyebutnya semula, membuatkan aku jadi bengang kembali.
"Hah, pasal tu. Kenapa Nad tumbuk Luq?" Nadhim seperti tidak puas hati dengan soalanku.
"Sebab dia calarkan maruah Nad. Nad bukan pengecut, Nad cuma malas nak bergaduh lebih-lebih dengan dia. Tapi sebab dia dah panggil Nad pengecut, Nad kena buktikan yang dia salah." Aku mengeleng sedikit.
"Buktikan dengan tumbukan? Itu cara Nad? Dulu, Ria ingatkan Nad ni jenis yang tenang, tak suka kasar-kasar macam ni. Tapi sangkaan Ria salah, Nad sama je macam orang lain." Nadhim mula bangun dari kerusinya. Aku juga ikut bangun.
"Habis tu, Ria nak Nad buat macam mana? Setuju je yang dia kata Nad ni kawin dengan Suri lepas tu kejar Ria pulak? Ria nak ke macam tu? Seronok la kalau apa yang lelaki tu cakap betul? Ria nak Nad mengaku yang Nad tergila-gilakan Ria bila Nad kawin dengan Suri? Walaupun Ria tahu semua tu tak betul?" Hati aku terluka lagi. Meskipun dia tak suka aku, tak payah la cakap terus terang macam tu. Setitik jatuh air mataku. Nadhim juga seperti baru tersedar apa yang baru dikatanya.
"Ria.." Dia cuba mencapai tanganku sekali lagi tapi aku melarikannya. Aku mengesat kasar air mata yang semakin galak mengalir.
"En. Nadhim, nampaknya meeting kita sampai kat sini je hari ni."
"Ria, sorry. Nad..." Dia cuba menghalang aku pergi, tapi aku mengelak.
"Tak payah sorry. Memang itu perasaan Nad kan? Ria tak sangka sampai macam tu sekali Nad tak suka Ria. Okay, Ria akan cuba elakkan diri dari Nad setelah Ria tahu apa perasaan Nad yang sebenar sekarang." Dia memanggil namaku sekali lagi tapi aku keluar tidak mempedulikan dia.
Di luar pintu, aku terlanggar seseorang dan ianya adalah En. Azam. Aku meminta maaf kepadanya lalu segera berlalu ke tandas. Air mata yang nampak tidak mahu berhenti aku tepis kasar. Kenapa setelah sakit hati aku macam ni pun aku still rasa kesian kat dia? Rasa nak maafkan dia? Stop Ria, stop. Kau kena lupakan dia. Dah tertulis kau dengan dia takde jodoh. So stop sekarang....
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomantikAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...