Bab 46

6.9K 240 11
                                    

Cuti aku berbaki sehari lagi. Aku sudah mula merasa homesick walaupun belum bertolak ke airport lagi. Pagi aku bermula dengan berbual dengan Suri dan bermain dengan Elisa. Kemudian breakfast dengan mama dan papa.

"Alamak, pa. Beras dah nak habis la." Omel mama tiba-tiba sewaktu aku papa, mama dan Nadhim di dapur brsarapan.

"Ah, biar Ria pergi beli. Ria dah lama tak keluar ke bandar." Mama akhirnya bersetuju. Sebelum aku keluar tiba-tiba pula Suri memanggil aku.

"Biar Nad pergi sekali dengan Ria la ye." Kejung aku sekejap. Apakah ini? Perangkap ke ni?

"Tak payah terkejut sampai macam tu. Lagipun kesian dekat Ria, banyak jugak kena beli tu lepas mama list. Nak bawak beras tu berat." Aku cuba berdalih tapi Suri tetap berkeras dan akhirnya aku mengikut saja.

"Abang, tolong temankan Ria ke supermarket kejap. Dia nak beli barang dapur." Tanpa bersungut Nadhim bersetuju dan kami pun bertolak. Di dalam kereta kami berdua hanya berdiam diri. Takde topik nak cakap dan aku takut. Takut satu perkataan yang aku cakap boleh ubah perasaan aku pada asal balik.

"Seronok ke duduk Sabah?" Tanya Nadhim tiba-tiba. Aku kaget, alamak alamak, dia dah bersuara.

"Entah la, macam tu la kut. Tak best sebab takde mama papa kat sini. Suri pun takde. Takde bff kat sana. Sorang-sorang je." Nadhim ketawa kecil melihat aku membuat aku berpaling hairan.

"Tak perlu la nak formal-formal sangat dengan Nad. Macam tak biasa pulak. Pasal Sabah tu, I try to warned you." Aku kembali melihat cermin.

"Tapi boleh travel dari duduk satu tempat je. Kan?" Aku rasa penting untuk aku kukuhkan sebab aku berpindah ke Sabah. Yang penting bukan sebab dia okay.

"Nad harap ni memang atas perspektif kerja..... Bukan pindah sebab.... somebody." Aku melihat dia yang tenang memandu. Aku mengangkat bahu mengakhiri perbualan kami.


"Tengok apa yang mama suruh belikan." Aku memberinya list panjang yang diberi mama. Waah, aku rasa macam datang shopping barang dapur dengan encik suami pulak. Dah, dah jangan nak berangan sangat.

"Em, banyak barang Suri je ni. Takpelah, jom." Dia menarik troli dan kami masuk ke dalam supermarket. Maka bermulalah pengembaraan shopping aku dan Nadhim. Pada mulanya agak akward jugak sebab aku tengok di sekeliling kami ramai pasangan datang shopping sekali. Tapi lama-lama, ianya makin real. Dah takde rasa akward. Kami bergaduh nak beli biskut apa, fikir nak beli berapa banyak, kalau beli ni guna ke tak. Macam real dowh!! Aku tak nak mengaku ni tapi dalam hati aku rasa happy. Tiba-tiba, telefon Nadhim berbunyi, Suri menelefonnya.

"Hah, abang. Suri call Ria tak berangkat dia. Alang-alang dah ada kat sana, belikan barang-barang Elisa sekali. Tanya pendapat Ria tau, dia bagus tentang fesyen tau. Kbye." Tidak sempat Nadhim ingin menghalang, Suri sudah meletakkan telefonnya.

"Kenapa Nad?" Muka Nadhim jelas bingung.

"Suri..... Mintak dibelikan barang-barang Elisa pulak. Padahal baru beli beberapa hari ni." Aku juga turut hairan tapi kami berdua turutkan saja permintaan permaisuri.

Selesai membeli pampers dan botol susu Elisa kami naik pula ke tingkat atas di mana menjual baju-baju bayi. Itu atas desakan aku sebab aku nak belikan Elisa baju. Sedang aku melihat baju-baju yang ada, Nadhim menghampiri aku. Dan kemudiannya, ada la pelayan kedai tu datang.

"Ya puan, boleh saya bantu? Anak puan dengan suami lelaki ke perempuan? Umur berapa kalau saya boleh tolong carikan?" Aku terkejut apabila dianggap isteri Nadhim. Nadhim juga sama seperti aku. Pelayan tersebut meminta maaf kerana salah faham tentang hubungan aku dan Nadhim. Merah muka aku sekejap.

"Biar Nad yang bayarkan." Aku menolaknya.

"Nad, biar la. Ni Ria belikan untuk Elisa, kalau Nad yang bayarkan tak kira macam hadiah la."

Takpe, biar Nad yang bayarkan. Lagipun, anak Nad yang pakai kan? Suri pun mintak Nad tanya pendapat Ria tentang baju Eli tadi, dan seharusnya Nad yang bayar." Aku akhirnya bercekak pinggang, mengalah dengan Nadhim yang degil.

Keluar saja dari kedai baju, Suri menelefon kami lagi. Sekali lagi Nadhim mengangkatnya.

"Mana Ria? Banyak kali Suri call. Anyway, mama dan papa suruh korang berdua makan dulu sebelum balik. Diorang berdua nak ke majlis orang kawin, so tak masak. Yang ada pun makanan orang pantang ni je. Makan dulu tau, I insist. Lagipun, karang Ria dah nak balik kan? So....bye. Hah, bagitahu Ria hidupkan telefon dia kut kut ada barang lagi yang Suri nak pesan." Aku dan Nadhim berpandangan seketika sebelum berjalan ke KFC dan memesan makanan.

"So. Telefon Ria ada masalah ke apa sampai tak hidupkan?" Aku terdiam sambil mengunyah ayam goreng. Bukan saja tak nak on, cuma malas je. Mesti ada banyak gila miss call dari Luqman dan aku malas nak layan dia.

"Saja. Ni kan cuti, so Ria nak cuti la. Kalau bukak phone nanti banyak gila mesej call masuk. Serabut la." Nadhim memandang aku lama membuat aku tak selesa. Dah start dah pandang lama-lama macam ni, segan la aku.

"Okay, okay Ria bukak. Nad tahu tak yang Nad boleh paksa Ria buat something dengan pandang lama-lama je. Creepy kan?" Aku perasan maksud ayat aku tadi. Boleh menimbulkan salah faham.

"Maksud Ria... Ria maksudkan bukan macam tu. Ria tak perasan okay yang Nad selalu tengok Ria ke apa. Just saying. Takde maksud apa-apa okay." Nadhim ketawa melihat aku yang gelabah. Bukak saja telefon, berpuluh-puluh miss call dan mesej masuk. Dan ianya banyak dari Luqman dan sesetengahnya dari celcom. Aku segera menutup skrin telefon apabila Nadhim seakan melihat skrin aku. Nadhim berdehem seketika sebelum melihat aku kembali.

"Nad curious....macam mana Ria dengan boyfriend Ria sekarang? Apa nama dia? Luq? Luqman?" Aku mencebik sedikit apabila nama dia disebut.

"Kitorang dah break. Sebab dia setia sangat dengan bff perempuan dia, sampai dia lupa siapa girlfriend sapa kawan." Nadhim mengangguk saja, tidak mahu bertanya apa-apa yang boleh mengingatkan aku kepadanya. Tq, Nad. Aku bergelak ketawa dengan Nadhim sehinggalah tiba pengacau.

"Suria!" Yes korang. Muncul la hero kedua cerita ni Luqman dan tak lain tak bukan bff dia di sisi. Muka Luqman jelas marah melihat aku dengan Nadhim suka-suka macam ni.

"Patut la call tak angkat. Rupanya keluar dengan lelaki lain." Bengang dengan kata-kata Luqman, aku berdiri menghadapnya.

"Excuse me, suka hati la nak keluar dengan siapa-siapa pun. Apa hak Luq nak stop Ria? Kita dah break kan?"

"No, Luq tak approve break tu. Sebab kita berdua tahu semuanya hanya game. Nothing serious." Aku memeluk tubuh dan bermuka sinis.

"Like I care." Dengan perasaan marah, Luqman memegang tangan aku membuatkan aku terkejut. Aku cuba meleraikannya tapi genggaman Luqman begitu kemas sekali.

"Luq kisah, dan Luq benci tengok girlfriend Luq dating dengan lelaki lain. Sekarang, jom balik. Luq hantar Ria balik." Sekali lagi aku cuba meleraikannya  dan mulutku tak berhenti berkata lepas. Ianya terhenti bila Nadhim bangun dan memegang lengan Luqman menyebabkan Luqman dan berpaling melihat Nadhim.

"Dia cakap lepaskan? Tak faham bahasa ke?" Mereka berdua saling bertentangan mata dan jika tidak kena cara boleh menyebabkan pergaduhan berlaku.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now