Bab 3

6.6K 249 5
                                    

Guess what? Sejak daripada dating kedai buku hari tu, aku dengan Suri dah tak rapat macam dulu. Dia ada nak cakap dengan aku, dan aku dengar tapi selalu akan diganggu Nadhim. Dan Suri pilih utamakan Nadhim dari aku. How I miss my twin very-very much.

"Hai Suria." Aku berpaling melihat Nadhim dan Nadhim? Nadhim tegur aku? Alamak, macam mana muka aku, mekap aku? Baju aku, rambut macam mana. Nadhim ketawa sedikit melihat kekalutanku. Aah, suara dia ketawa pun dah merdu.

"Relaksla, awak dah cantik. Tak payah nak kalut sangat." Dia tahu, malunya aku.

"Well, ada apa awak tegur saya hari ni? Biasanya cakap dengan Suri je." Haa, apasal dia hari ni?

"Salah ke kalau saya nak cakap dengan awak? Takkan?" Aku ketawa sedikit mengangguk.

"Oh ya, cakap pasal Suri. Mana dia hari ni? Tak datang ke?" See, aku dah agak dah. Takkan nak bercakap dengan aku kecuali hal Suri.

"Sorry, Nadhim. Saya tak tahu. Lepas je keluar kereta, dia kata nak ke unit pentadbiran. And that's all. Kitorang kelas pukul 12, lagi 30 minit sampai la tu." Tapi muka Nadhim macam resah je.

"Macam mana kalau awak call dia? Mana tahu dia angkat ke?" Aku ketawa sedikit. Bersungguh betul laki ni. But, no. Buat apa aku tolong crush aku dapatkan kakak aku.

"Nadhim, saya tahu awak ada telefon, awak ada nombor Suri dan awak insyaallah ada kredit. So, kenapa saya pulak yang perlu call dia kalau yang nak bercakapnya awak." Nadhim menunduk mengiyakan.

"Tapi, lately dia dah tak angkat panggilan saya. So, awak as kembar dia takkan dia nak reject call kan?" Aku mengeluh panjang. Nilah masalah orang bercinta. Dah gaduh, rujuk family dia as orang tengah. Tapi disebabkan dia ni handsome plus cute, aku ambik jugak fon dan dail nombor Suri.

"Hello, Ria kenapa?" Aku segera memberi telefonku kepada Nadhim. Dia tak habis mengucapkan terima kasihnya tapi tanpa suara. Sebab suara dia nak guna cakap dengan Suri la. Korang ni!! Kiranya, Nadhim gerak mulut dia la ni.

"Nah, tq Suria. Suri dah cakap dengan saya balik dan terima kasih sangat kat awak." Waaa!!!! Aku rasa nak nangis je, aku satukan balik crush dengan kakak aku. Haih, orang baik macam ni agaknya. 30 minit kemudian, Suri datang ke kelas tapi dia mendiamkan diri saja.

"Suri? Okay tak ni?" Walaupun aku dengan Suri tak rapat, tapi sejak dia ni kembar aku, kena la kisah kan.

"Tak okay. Kenapa Ria bagi Nadhim call Suri? Suri saja tak angkat call dia." Oooh, someone bad mood. Gaduh ke apa dua orang ni.

"Sorry, tapi Nadhim tu macam dah desperate sangat nak cakap dengan Suri. And you know Ria macam mana kan? Sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan." Suri menjeling aku.

"Suria hanya tolong orang-orang hotz yang dalam kesusahan. Kalau orang-orang yang sangat-sangat susah tak nak tolong pula." Choi!! Mulut you Suri!!

"Tapi, korang gaduh kenapa?" Suri menjeling sekali lagi kepadaku. Itu tandanya aku harus diam. Faham!

Malam itu seperti biasa rutin aku, pakai masker bedak sejuk. Itu penting ye anak-anak untuk menyegarkan kulit. Suri pula asyik berkuak lentang atas katil aku.

"Ria, Ria suka Nadhim tak?" Alamak, soalan apakah ini? Jarang Suri nak cakap pasal hal lelaki ni.

"Kenapa?" Suri diam seketika. Aku dapat merasakan something.

"Tak, hari tu kan Ria cakap Ria suka dia. Sebab dia hensem dengan cute. Sekarang ni Ria suka lagi tak kat dia?" Ah sudah, rasa macam dah betul tekaan aku ni.

"Suri suka dia eh? Suka eh? Suka eh?" Muka Suri ketat saja.

"Ria!!!! Suri serius ni!" Aku terus mendiamkan diri.

"Okay, Ria serius jugak. Kalau Suri suka dia ambik jelah. Suri tahukan Ria macam mana. Dah minat sorang ni, lepas tu bosan. Minat sorang, bosan. So, setakat Nadhim tu. Dalam dua tiga hari lagi habis la tu." Sebenarnya, aku tak tahu hati aku. Ni first time aku rasa real pada seseorang. Tapi ni jugak first time Suri suka pada seseorang. So aku rasa kali ni aku nak pass pada Suri.

"Ria tipu! Suri tahu bila Ria tipu. Mata Ria tak tengok tepat mata Suri bila bercakap." Okay, kalau tu yang Suri nak, Ria boleh buat. Aku mula melihat tepat di mata Suri dan mengulang.

"Suria tak suka Nadhim. Suri boleh ambik dia. Puas hati? Dah, jangan risau sangat okay. Ni lebih baik, lepas ni Ria boleh cari crush lain pulak." Suri nampaknya lebih lega apabila jelas aku bercakap benar.

"Babe, you kenapa? You....tak mekap sangat. You sakit ke? Pucatnya muka you." Lara menegur aku keesokan harinya. Aku tak mekap sebab aku patah semangat dan patah hati. Dan aku tak tidur lena semalam. No no no Ria! Jangan nak berubah sebab sorang laki. Ni bukan kau Ria.

"Ni bukan sebab laki kan? Please don't Ria. Kita perempuan cantik dan kita boleh pilih siapa yang kita nak, ramai mana." Lara tersenyum bangga sambil bercekak pinggang. Tu over sangat Lara. Aku bukan murah macam kau. Walau itu yang aku nak cakap sebenarnya, aku tahan. Gosh, ni semua sebab hari ni dah jadi grey. Sori Lara!

"Lara, sorry. Tapi aku nak ke library dulu. Bye." Lara hanya melihat aku yang lesu. Hari ni the first day officialnya Nadhuri (Nadhim x Suri) couple. Tadi bila Nadhim datang jumpa Suri kat depan, bukan main senyum lagi dia. Suri pun walau dia tak cakap apa-apa, tapi aku tahu dia happy. Tiba-tiba, masuk satu mesej dari Lara dalam telefon aku.

Babe, aku dah tau kenapa bad mood sangat hari ni. Ni semua sebab crush kau kena rampas dengan twin kau sendiri kan. Alololo kesiannya. Pendapat aku, as long dua orang tu tak kawin, kau still ada chance. Sdangkan kawin pun boleh cerai, apa pulak pakwe makwe macam ni. Gudluck babe.

Hish Lara ni. Ada pulak suggest idea macam tu kat aku. Takkan la aku sanggup nak rampas yang Suri. Tapi....betul jugak kata dia. Sedangkan yang kawin boleh cerai, ni pulak hubungan pakwe makwe je. Agak-agaknya Suri kisah tak ye kalau aku nakal sikit. Hehehehe..

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now