Bab 36

6.4K 235 8
                                    

"Good morning sayang...." Aku tersenyum pelik melihat keramahan Luqman pagi ini. Dia membukakan kerusi untukku ketika aku ingin bersarapan, menyiapkan breakfast untukku dan menuangkan air kepadaku. Mukanya tak lekang dengan senyuman. Sehinggalah Lara menyertai kami bersarapan.

"Ehem.... Korang berdua ni dah kenapa? Abang pun, kenapa over sangat layan Ria ni. Dengan Lara takde buat semua ni pun." Kami berdua senyum, tapi senyuman Luqman melebih lagi.

"Kitorang sekarang..... couple!!" Tersedak air yang diminum Lara. Aku segera menyerahkan tisu kepadanya sementara Luqman menepuk sedikit belakang Lara.

"Serious? Couple? Joking right?" Luqman mula pudar senyumannya.

"No, abang serius ni. Abang dengan Ria dah declare couple starting this morning. Kami berdua dah setuju." Lara melihat aku kemudian melihat abangnya kembali.

"O..kay... Satu soalan, kak Lena tahu tak pasal ni bang?" Lena? Lena..? Elena? Ooh, doktor kedua yang kerja dengan Luq tu.

"Nope. Balik nanti abang beritahu la dia." Muka Lara muram sedikit.

"Excuse me, siapa Elena tu? Maksud Ria, kenapa dia perlu tahu?" Lara dan Luqman memandang aku.

"Elena tu sebenarnya.."

"Makan cepat breakfast tu, nanti sejuk kan tak sedap. Milo tu pun, sejuk tak best la nanti." Laju Luqman memotong ayat Lara. Hmmmm....

"Luq datang sini hari kerja macam ni, tak kerja ke?" Tanya aku semula.

"Kerja la sayang, cuma hari ni ambik cuti separuh hari. Tengahari nanti masuk kerja balik. Yelah, rindu nak jumpa orang tu, tak cakap pun nak ke Sabah." Aku tersenyum tawar melihat Luqman yang menyindirku. Sebetulnya, aku masih lagi berusaha keras membiasakan diri menerima Luqman sebagai boyfriend aku.

"Okay, korang berdua. Please stop. Sayang, sayang! Nak muntah pulak adik dengar." Lara menjelirkan sedikit lidahnya kepada Luqman, menunjukkan rasa loyanya kepada Luqman yang dari tadi memanggil aku sayang.

Baru saja aku ingin ke kereta, Luqman menghentikan aku. Aku duduk seketika menghadap Luqman.

"Tq sudi terima Luq. Luq akan buatkan Ria bahagia dan lupakan lelaki tu. I love you." Aku tersenyum, masih lagi merasa kekok. Aku tahu Luqman ingin aku membalas ungkapan cintanya.

"Emm, Ria pun sama." Mujurlah di saat itu, Lara sudah membunyikan hon keretanya. So tak sempat aku nak melihat reaksi Luqman dengan jawapanku.

"Okay, aku nak tahu apa kau fikir bila kau setuju nak couple dengan abang aku." Aku merenung ke luar tingkap, mencari jawapan yang sesuai.

"Aku fikir..... mungkin Luqman boleh selesaikan masalah aku." Mata Lara membulat mendengarnya.

"Replacement la ni? Ria, kau tak boleh macam ni. Cinta terjadi dengan dua belah pihak suka sama suka." Aku menghela nafas berat.

"Slowly..... Luq pun cakap dia nak tolong aku, that's why dia setuju. Mungkin aku akan suka dia lama-lama. Siapa tahu." Lara tergeleng-geleeng kepalanya.

"Suka hati korang la. Cara kau ni aku yakin ada yang akan terluka di kemudiannya." Aku mendiamkan diri. Melihat permandangan luar lebih seronok dari mendengar Lara membebel.

"Akhirnya tiba hari terakhir awak ada di sini. Lepas ni dah tak jumpa dah awak." Aku memuncungkan mulut mendengar ayat sayu boss.

"Boss.... okay?" En. Azam nampaknya terlebih emosi hari ni.

"Aha, boss pasti rindukan saya walaupun saya tak pergi lagi kan? Aww, how cute!" Kini giliran En. Azam pula yang memuncungkan mulutnya.

"Boss jangan nakal-nakal kat sini ya. Walaupun saya tak nak boss curang dengan saya, saya yakin pihak atasan pasti carikan orang untuk gantikan tempat saya. By the way, bila dah ada orang baru nanti, please promise me something." Dengan wajah yang bosan, En. Azam masih melayanku.

"Pedia?" Aku tertawa sedikit mendengar reaksi biasa boss.

"Jangan mesra sangat dengan pekerja baru tu. Marah dia banyak-banyak. Kalau boss nak start suka dia, bos ingat la saya. Suria No.1 in your heart. Last sekali, boss kena selalu ingat. Aku akan kembali menghantuimu. Hahahaha."

"No way!!! Siapa yang cakap macam tu pada boss dia hari last kerja. Daripada saya layan awak, baik saya buat kerja saya. Satu saya cakap, sepuluh yang awak balas." Aku cuma tersengih apabila disindir boss.

"Kalau boss bosan, boss calling-calling la. Ada masalah dengan tunang ke, saua sedia membantu." Dengan malas, En. Azam mengangguk.

"Awak tu, kerja kat sana jangan nak ngada-ngada sangat. Jangan asyik nak cari lelaki hensem je. Fokus dengan kerja." Aku tersengih lagi, terharu kerana boss sangat-sangat mengenali perangai aku.

Knock knock! "Masuk!"

"Oh, Nadhim. Masuk-masuk. Dah lama datang ke, maaf la duk layan budak ni, tak jalan kerja saya. Saya ada cakap kan yang dia ditukarkan ke Sabah kelmarin?" Kedengaran suara Nadhim yang mengiyakan En. Azam. Ooh, rupanya boss yang beritahu Nadhim rupanya. Boss ni!!

"Takpelah boss, saya keluar dulu. Tq ajar kerja ni. Jangan nangis masa saya takde. Bye." Aku sempat melihat muka stress boss dengan ayatku. Aku ketawa sebelum bersemuka dengan Nadhim di depan pintu. Aku tersenyum kepadanya sebelum keluar.

"Ria, boleh lunch tak....for the last time?" Aku melihat Nadhim di depan mejaku.

"Okay." Tak salah nak bermaaf-maafan dengan dia sebelum aku pergikan? Sori Luq, tapi ni bukan date. Kami bersama-sama turun ke tingkat bawah dan keluar.

"Sayang!" Aku tiba-tiba berhenti dan mencari suara itu. Tiba-tiba muncul Luqman di belakangku.

"Sayangggg!!!" Aku pelik, bukan ke Luq sepatutnya balik pagi tadi? Kenapa masih kat sini?

"Kau!" Aku memandang Luqman yang kini merenung tajam Nadhim. Dan begitu juga Nadhim. O-o.

"Apa dia buat kat sini Ria?" Aku berpaling melihat kedua mereka yang kini memandang aku.

"No, kenapa sayang dengan dia sekarang?" Aku memandang Luqman. Muka Nadhim jelas keliru.

"Oh, mesti sayang tak beritahu dia lagi kan? Aku boyfriend Ria." Muka Nadhim berubah. Kalau Nadhim tak berkahwin dengan Suri, aku berani cakap yang dia terkejut, marah dan...jealous? Heh, pape jelah. Perasaan aku je tu.

"Luq cakap nak balik, kenapa ada kat sini?" Luqman tertawa sedikit.

"Luq rasa tak nak balik lagi la. Still tak habis lagi rindu pada sayang Luq ni. Lagipun, Ria nak ke sabah esok lusa dah kan. So, Luq dah ambik cuti." Aku mengeleng sedikit. Lara tentu tak suka abang dia cuti lama-lama macam ni. Kesian doktor sorang lagi yang kat klinik tu kerja sorang-sorang.

"Suka hati dia la nak stay ke nak balik ke. Sekarang ni Ria dah cakap nak lunch dengan Nad kan, so jom." Hampir saja dia hendak menarik tanganku, tapi kami bertatapan dan berhenti.

"Kalau lunch dengan dia, Luq nak ikut." Mata Nadhim merah, seperti menahan marah tapi dia malas mempedulikan lalu beredar dari situ memaksa aku mengikutnya di belakang. Begitu juga Luqman yang mengikutku.

"Minum apa?" Tanya Nadhim kepadaku. Aku segera melihat menu dengan perasaan teruja. Bukan selalu orang nak belanja.

"Aku fresh orange." Kami berdua melihat Luqman yang tiba-tiba memesan airnya.

"Excuse me, aku nak belanja Ria, bukan engkau. Kau sape, aku tak ingat pun ajak engkau sekali." Sekali lagi Luqman dan Nadhim merenung tajam. Aku mengeluh kuat, menarik perhatian kedua lelaki ini. Menu di tanganku aku tutup kuat.

"Korang nak gaduh jangan kat sini. Hurh, lelaki. Sorry, Nad lain kali je kita lunch. Dah takde selera Ria nak makan." Aku bangun dari situ dan berlalu. Tak aku pedulikan Nadhim yang memanggil aku. Kenapa la lelaki suka sangat tunjuk hebat berlagak macam tu...

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now