Bab 14

6K 248 7
                                    

Hari ini kami bersarapan seperti biasa. Kini genap 3 bulan aku berada di Indonesia bersama Lara dan keluarganya.

"Mummy, mana daddy? Makin busy daddy kebelakangan ni Lara tengok." Auntie Rini senyum kepada anak-anaknya dan aku.

"Sorry sayang, kejap lagi daddy keluar. Haah, daddy busy sikit dengan company kebelakangan ni." Tidak lama kemudian, keluar uncle Johari tersenyum kepada kami.

"Sorry, daddy mintak maaf sangat-sangat sebab sibuk. Sarapan apa pagi ni?" Lara menerangkan sarapannya pagi ini.

"Papa, company takde masalah kan?" Tiba-tiba Luqman bertanya. Terhenti perbualan Lara dan daddynya.

"Hmm....sebenarnya daddy nak mintak tolong Lara." Lara berhenti makan dan memandang daddynya.

"Bila Lara nak masuk kerja? Company kita kat Terengganu perlukan ketua kat sana. Yelah, sejak uncle Yazid masuk hospital baru-baru ni. Daddy tak sempat nak observe dua-duanya sekali." Lara meletakkan sudu dan garfunya.

"Daddy, tapi Lara baru habis study, takkan nak masuk dah? Tak habis rileks lagi." Uncle Johari akhirnya mengangguk mengalah dengan Lara.

"Sampai bila Lara nak rileks? Tak boleh ke tolong daddy? Duduk rumah bukan buat apa pun." Kali ini auntie Rini pula menyampuk. Uncle Johari mengenggam tangan isterinya. Lara memasamkan mukanya, tidak suka apabila tiba-tiba dimarahi. Tidak lama kemudian, telefon uncle Johari berbunyi lagi. Dia segera bangun dan masuk ke bilik bagi menjawab panggilan itu. Auntie Rini menyusul suaminya sesudah selesai.

"Lara, tak kesiankan daddy ke? Daddy dah tua, masih lagi sibuk-sibuk macam tu. Berhenti la nak main-main, sibuk kejar Rizqy tu." Lara mengeluh perlahan.

"Nantilah adik fikir." Walaupun singkat, jawapan Lara membuat Luqman lega dan senyum.




"Ria, tolong aku." Aku berhenti bermain telefon dan melihat wajah Lara yang resah di depan cermin.

"Kau kenapa? Resah semacam je. Cakap la aku kena tolong apa?" Lara datang duduk bersamaku di atas katil.

"Memandangkan daddy dah sibuk dengan syarikat dia, lagi-lagi ada masalah macam ni. Aku rasa, macam kita dah nak balik je. Tak mungkin daddy nak duduk sini lama-lama kalau company dia kacau." Aku mengangguk walau sebenarnya aku masih belum puas berada di Indonesia.

"Apa pendapat kau.....kalau aku join je company daddy?" Aku tersenyum kepadanya, lega.

"Eh, baguslah tu. La tu je ke yang kau risaukan? Pendapat aku, baguslah kau join company daddy kau. Lagipun aku setuju dengan Luq, kesian uncle sorang-sorang dia bangunkan syarikat tu. Nak harapkan Luq, dia dah jadi doktor." Lara masih lagi muncung.

"Ok, tapi tu bukan masalah aku sekarang ni. Masalah aku adalah Rizqy." Aku melihatnya. Tumpuanku kepada telefon kini terbang melayang.

"Aku dengar-dengar macam Pak Hartono tu nak jodohkan Rizqy dengan anak kawan dia. Nak rapatkan hubungan persaudaraan la katakan. Aku tak nak la macam tu."

"Okaaay... So?" Lara mengeluh melihat kelembapan aku. Sorry, tapi aku tak faham apa yang dia nak cakap sebenarnya.

"So.....aku tak tahu bila pulak family aku nak datang sini. Lagi-lagi dengan syarikatnya macam tu. Entah-entah bila kita datang lagi tempat ni Rizqy dah kawin dengan perempuan tu, dah ada anak dah kut. Aku nak mintak tolong kau teman aku jumpa Rizqy untuk kali yang terakhirnya."

"Laah, setakat nak teman je boleh sangat la. Macam la benda besar sangat."

"Besar la bagi aku. Aku nak cakap aku suka dia. Dia nak terima aku ke, nak reject ke suka hati dia la. Yang penting dah takde sekat-sekat dalam hati aku ni. Okay?" Aku mengangguk. Aku bangga dengan Lara. Sekurang-kurangnya dia berani nak luahkan perasaan pada Rizqy. Aku? Dah melepas dah pun.


"Riz..." Lara memanggil Rizqy yang sibuk menyiram tanamannya. Untuk pengetahuan korang, aku dengan Lara ke kebun family dia sebab nak jumpa Rizqy ni.

Rizqy berpaling, kemudian apabila dia mengetahui itu Lara, dia menyambung kembali tugasnya. Amboi, tak layan. Kejam gila. Lara mendekati Rizqy dan berdiri di sisinya.

"Riz, Lara ada sesuatu nak cakap." Rizqy meletakkan tong penyiram dan mengesat sedikit tangannya lalu mendekati aku yang duduk di meja. Dia duduk dan diikuti Lara.

"Lara, kau nak aku pergi ke? Kalau tu"

"Tak apa, Ria. Kamu boleh duduk di sini, teman aku dan Lara." Okay, sedikit info pasal Rizqy. Dia rupanya pernah tinggal dengan pakcik dia kat Malaysia, sambung belajar kat sana. Lepas habis belajar dia balik sini. So, sebab tu la dia boleh cakap melayu.

"Rizqy, tak lama lagi Lara dah nak balik. Dan Lara ada something nak cakap pada Riz." Rizqy langsung tak terkesan dengan kata-kata Lara yang memberitahu kami hendak balik ke Malaysia.

"Lara....Lara suka Riz. Lara tahu yang ayah Riz nak jodohkan Riz dengan anak kawan dia. Aminah bagitahu. It's okay. Tapi sebelum Lara balik Malaysia, Lara nak cakap Lara suka sangat-sangat pada Riz. Sori sangat kalau 3 bulan Lara duduk sini Riz serabut dengan Lara yang asyik ikut Riz ke mana je Riz pergi." Rizqy diam menatap wajah Lara yang hampir menangis.

"Macam ni lah Lara. Saya tahu Lara dah nak balik dalam masa terdekat ni. Masalah syarikat Pak Johari kan? Anyway, tq kerana menyukai saya. I really appreciate that. Dan berita yang Aminah beritahu itu benar sekali. Saya bakal dijodohkan dengan anak temannya ayah. So, sorry ya. Tapi, Lara jangan risau. Kalau kita ditakdirkan berjodoh, pasti enggak ke mana-mana." Lara mengangguk.

"Riz dah jumpa dia ke? Anak kawan Pak Hartono?" Lara bertanya lagi.

"Sudah. Cantik sekali orangnya. Manis aja wajahnya. Memang sesuai dibuat isteri walaupun perangainya manja sedikit." Wah, teruknya Rizqy. Boleh dia puji perempuan lain depan perempuan yang baru lepas dia reject. Tapi nampaknya, Lara terima dengan redha je semua tu.

"Oklah Riz. Lara balik dulu. Semoga berbahagia dengan dia ye. Nak kawin jangan lupa hantar undangan, Lara dengan family akan datang kensini semula. Bye, assalamualaikum."  Selesai salam dijawab, kami mula bertolak balik.

"Kau okay babe?" Sedari tadi Lara hanya termenung ke luar jendela.

"Okay je." Ringkas saja jawapannya tapi aku faham. Dia tidak mahu diganggu. Andainya aku seberani Lara dalam hal-hal macam ni.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now