Bab 65

8.2K 274 4
                                    

Seminggu aku dan dia tak berhubung. Kenapa dia takde datang pujuk aku? Hinggalah masuk minggu kedua, ummi mesej aku supaya datang menjenguknya di rumah. Dengan perasaan malas, aku akur dengan arahannya.

"Ha, masuk Ria. Lama kamu tak datang rumah ummi." Aku tersenyum tipis kepada ummi.

"Elisa baru je tidur tadi, lepas minum susu." Aku mengangguk bersahaja sambil kepala aku tertoleh-toleh mencari sesuatu.

"Nadhim ada di rumah dia, kamu jangan risaulah. Korang berdua bergaduh ke?" Aku malu seketika apabila ummi tahu niat aku. Tapi bukan tu je aku cari, aku cari Amani.

"Takdelah ummi. Cuma sibuk sikit je." Ummi menjeling sedikit kepadaku lalu menuangkan air.

"Yelah tu, ummi tahulah macam mana kekasih bergaduh. Ummi pun pernah muda macam korang jugak." Aku menunduk sedikit.

"Bergaduh....pasal Amani kan?" Aku mengangkat kepala, terkejut. Macam mana ummi tahu? Ummi tertawa sedikit melihat reaksiku.

"Ria dengan Suri, sama je. Masa Suri duduk rumah ummi ni, Amani ada jugak balik ke sini. Macam sekarang, melekat je dengan Nadhim. Isteri mana tak cemburu." Suri pun rasa benda yang sama.

"Emm, Amani mana ummi?" Ummi tersenyum sedikit kepadaku.

"Amani dia ke rumah makngah Nadhim seminggu. Macam tu la dia bila balik Malaysia, gilir-gilir. Kejap pergi rumah makngah, kejap rumah maksu. Biar boleh jenguk semua." Aku mengangguk. Entah kenapa ada rasa lega dalam diri.

"Ummi cuma nak pesan, walau apa pun berlaku, selagi takde bukti pasangan kita berubah hati, percayalah pada dia." Aku terharu, sekurang-kurangnya perasaan aku sedikit lega mendengar nasihat ummi.

"Assalamualaikum." Suara itu mengeraskan aku di kerusi. Tapi ummi kata dia ada kat rumah dia, macam mana boleh ada kat sini?

"Waalaikummussalam, baru balik kerja ke? Ria, tuangkan air untuk Nadhim, ummi nak panaskan lauk kejap kat dapur." Aku masih membatu, lebih-lebih lagi menyedari dia di belakang aku. Ummi, jangan la pergi, jangan tinggalkan Ria dengan dia ni.

"Buat apa kat sini?" Tegas suaranya lalu duduk berhadapan dengan aku. Mata aku terpaku di pintu dapur, mengharapkan ummi cepat datang.

"Ummi ajak datang." Dia tertawa sinis.

"Kena ummi yang ajak dulu, kalau tak memang takde la nak singgah rumah ummi kan? At least untuk jenguk Elisa." Aku terasa dengan sindirannya. Nampaknya dia masih lagi bengang. Sekarang ni untuk elakkan jadi lebih teruk aku kena beredar. Aku mengambil handbag dan berlalu ke dapur. Tidak menghiraukan pandangannya yang tajam menikam belakangku.

"Ummi, Ria balik dulu la. Dah nak magrib ni. Risau pulak kalau mama cari."

"Jalan-jalan keluar takpe pulak sampai ke isyak, tapi duduk rumah bakal mak mertua tak boleh pulak, kena balik sebelum magrib konon." Berdesup telinga aku disindir dia. Ummi menjeling anaknya tu.

"Tak payah pedulikan Nadhim tu. Tapi, Ria duduk sini dulu ya. Makan nasi sekali, ummi dah panaskan lauk ni. Eli pun dah rindu sangat nak jumpa dengan Ria. Ria call la mama tu balik lambat sikit, kata duduk rumah ummi. Ya?" Dengan berat hati aku mengangguk. Tak sampai hati nak tolak permintaan ummi.

"Eli mana ummi? Ria nak jumpa dia." Aku tidak menghiraukan jelingan Nadhim kepadaku bila aku melepasinya.

"Ada kat bilik tetamu. Hujung belah kanan. Ummi tahu Ria nak datang hari ni, tu sebab tidurkan dia kat sana." Aku mengucapkan terima kasih kepada ummi dan berlalu ke bilik tetamu.

"Boleh tak jangan ikut! Tak suka, cakap je la tak suka. Tak payah nak sindir-sindir bagai depan ummi." Kemarahan aku yang pertama kepadanya setelah seminggu.

"Biarlah Nad nak ke mana sekalipun, ni rumah Nad. Ria hanya singgah je kat sini. Eli anak Nad, dan sekarang ni Ria on the way nak jumpa Eli. Betul tak?" Aku bercekak pinggang. Bengang dengan dia yang dari tadi nak naikkan darah aku.

"Eliii..." Sapa aku dari luar dengan Nadhim di belakang. Masuk saja melihat Eli yang nyenyak tidur. Aku mengeleng sedikit. Dah nak magrib macam ni pun boleh lelap dia ni. Anak dara sapalah.

Aku menyentuh dia di sini dan di situ membuatkan Eli bergerak sedikit, tidak suka tidur diganggu. Aku ketawa perlahan. Comel betul dia ni. Ni bukan perangai Suri, maknanya Nad macam ni.

"Apa yang kelakar sangat?" Dia akhirnya membuka mulut bertanya.

"Takde, comel sangat Eli ni." Kami berdua menyepikan diri sekali lagi. Okay, ni akward. Dia tak nak keluar lagi ke?

"Apa yang Ria cakap dengan Luqman hari tu?" Aku membatu, perlu ke aku beritahu dia? Bagitahu je lah.

"Dia mintak maaf." Itu benda pertama.

"Tu je?" Aku mengangguk. Tak mahu memberitahunya perkara terakhir yang Luq beritahu aku.

"Dia takde cakap pasal perasaan dia pada Ria?" Aku membatu sekali lagi, tergamam dengan soalannya. Dia tahu ke?

"Dah agak dah, mesti dia bagitahu yang dia masih suka Ria kan?" Aku tidak mahu memberinya jawapan, bimbang mengeruhkan lagi keadaan.

"Nad...betul ke nak batalkan pertunangan kita?" Soalan yang paling berat aku nak tanya. Tapi aku perlu tanya sebab tak nak mengharap lebih-lebih. Dia menarik nafas panjang.

"Ria nak ke?" Deras aku berpaling melihatnya membuatkan Nadhim terkejut denganku yang tiba-tiba.

"Sampai hati Nad buat Ria macam ni. Kalau Nad yang tak serius cakap je lah. Jangan nak salahkan Ria pulak. Kawin dengan Nad merupakan salah satu impian Ria yang masih belum tercapai. Dan kalau Ria tak serius masa kita dah bertunang, baik Ria move on je dulu. Kawin je dengan orang lain. Pedulikan Nad dengan Suri. Korang berdua dah bahagia, buat apa Ria nak tunggu Nad lagi." Aku berpaling kembali, rasa sedih bertandang dalam hati.

"Baguslah, Nad takut Ria je yang setuju kita putus tunang." Aku berpaling semula melihatnya.

"Yelah, kita dah sweet-sweet. Tiba-tiba je Ria nak jauhkan diri dari Nad kenapa?" Aku tertawa sinis. Nad ni lembap ke pura-pura lembap.

"Mungkin sebab Nad ada sepupu yang macam gam gajah? Tak boleh berpisah langsunh dengan Nad?" Nadhim ketawa mendengarnya.

"Amani? Ria....Amani tu dah macam adik Nad dah. Tak payah nak jealous sangatlah." Aku sakit hati dia mentertawakan aku.

"Sebab Elena tu kawan baik Luq lah, kitorang berdua putus. Sebab dia melekat dengan Luq macam Amani melekat pada Nad. That's why la kitorang putus. Ria tak nak perkara sama berulang." Nadhim berhenti senyum dan memandang aku.

"Nad mintak maaf. Takde niat pun nak lebih-lebih dengan Amani. Cinta Nad hanya untuk Ria, percaya pada Nad." Aku akhirnya mengangguk, tapi tak berpuas hati. Takkan senang-senang tu je aku nak maafkan dia.

"Nad tahu apa yang Luq cakap pada Ria sebelum Ria keluar?" Dia memandang aku dengan rasa ingin tahu.

"Luq masih cintakan Ria, dan dia tak mungkin tengok perempuan lain selagi rasa tu tak hilang." Muka Nadhim berubah ketat. Aku mengambil Elisa yang separuh sedar dan membawanya keluar dari situ. Meninggalkan Nadhim yang separuh menggelegak.

Crush I'm Coming!! (Completed)Where stories live. Discover now