"Jangan jatuh cinta dengan saya, annoying semua tu." Aku mengajuk kembali ayatnya sebaik saja aku keluar dari biliknya. Beberapa orang pekerja di luar bilik tersenyum kepadaku dan aku membalas kembali.
"Hai saya Dewi." Tiba-tiba ada seorang pekerja perempuan menegurku. Dia paling rapat dengan mejaku.
"Hai. Suria, tadi kita ada jumpa kat bilik meetingkan?" Aku teringat ada tersenyum kepada gadis ini tadi.
"Haah. Datang ni cuma nak cakap pasal boss tu. Hati-hati sikit dengan dia." Alamak, ni dah cuak ni. Belum kerja dah ada warning.
"Kenapa dengan Encik Azam?" Pucat aku melihat wajah Dewi. Ini kali pertama aku bekerja, takkan dah dapat yang bahaya kut?
"Dia tu perfectionist, salah sikit terus buang kerja. Sebelum Suria ni dah 3 orang pembantu dia buang sebab tak masuk dengan perangai dia." Hah?
"Maksud Dewi, 3 orang pembantu tu asyik ada buat silap je memanjang walau baru masuk kerja. Tapi salahnya kecik je. Typo masa tulis report, berterabur file masa hantar nak cek. Boss je yang kepoh sangat." Tiba-tiba pula ada lelaki datang join sekali kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Man.
"Eh Man, bukan sebab tu je tau. Boss tu macam tahu-tahu saja yang tiga-tiga orang pembantu dia tu suka dia." Terkejut aku mendengarnya. Takkan la tiga-tiga suka mamat poyo ni? Charming sangat ke dia ni? Berlagak je lebih aku tengok.
"Dia tu ada sixth sense ke apa? Boleh baca hati perasaan orang lain. Hahaha." Serentak Dewi dan Man bergelak ketawa.
"Saya tak bayar gaji awak nak berbual ketawa macam ni. Cik Suria, awak lupa peraturan kerja saya? Masa kerja, tak payah sibuk nak isi dengan berbual, mengumpat semua. Tak masuk duit pun." Berhamburan Man dan Dewi lari ke tempat duduk masing-masing. Ceh dua orang ni, aku pulak yang kena.
"Tak boss, bukan saya." Aku cuba membuat riak kasihan, tapi sedikit pun tidak dipedulikan.
"Saya tak peduli awak ke orang lain ke. Masa kerja, kerja. Jangan sibuk nak mengumpat je. Nasib baik awak baru mula kerja hari ni. Kalau tak, siap!" Sebaik saja dia berpaling, muncung panjang mulut aku. Dewi mengucapkan perkataan maaf tanpa suara kepadaku. Aku berasa panas dalam hati dengan perangai Azam.
"Tak boleh mengumpat saya walau dalam hati sekalipun." Sempat lagi dia melaung sebelum masuk ke biliknya. Hish, boss ni. Tahu-tahu je la. Ke dia bela something ni? Astaghfirullah, jangan nak mengarut Ria.
Petang itu, aku telah diberi tugas oleh Encik Azam untuk menyiapkan kes-kes lama syarikat. Untuk apa aku bertanya, dia menjeling kepadaku dan menjawab bahawa dia ingin menguji sejauh mana kepintaran aku dalam menyelesaikan masalah. Cis, boss ni. Kepintaran aku pun dia uji. Kenal pun tak. Sedang aku menaip report, telefonku berdering, ada notis dari instagram. Setelah memastikan line clear, aku membuka instagram.
Suri memasukkan gambar bahagianya bersama Nadhim. Tapi, sepertinya mereka di klinik dan Nadhim memimpinnya. Alah, biasalah tu Suri sakit. Sakit apa ntah yang banyak sangat. Aku melihat caption gambar tersebut.
'Untung ada cik suami teman ke mana-mana.💞'
Dengan perasaan geram aku menenyeh butang home dan merembas perlahan telefon ke atas meja. Apa dia ingat dia sorang je ke ada suami? Nak suruh aku jeles la tu. Never ever ever forever.
"Ada saya suruh awak main fon ke masa kerja cik Suria?" Suara tiba-tiba encik Azam memeranjatkan aku. Hampir aku melatah panjang tadi.
"Ya Allah boss. Nak tegur tu tak boleh ke bagi salam elok-elok macam manusia biasa? Terkejut saya. Kalau saya mati terkejut tadi, apa boss nak jawab pada mak ayah saya? Tu baru sikit, kalau saya jadi hantu, saya nak menghantui hidup boss sampai boss menyesal terkejutkan saya." Azam memerhatikan aku dengan perasaan kosong.
"Kalau awak gunakan masa awak membebel saya ni untuk buat kerja, dah lama siap kerja ni. Awak jangan saya rampas telefon awak tu. Mentang-mentang awak masuk sini special case, suka hati awak nak lupakan rules jadi pembantu saya. Buat kerja tu cepat, jangan harap nak balik selagi tak siapkan semua kerja ni." What? Tak boleh balik? Not fair! Belum sempat aku membantah, dia terlebih dahulu melerikan diri masuk ke biliknya. Takut aku balas la tu.
Aku menghantar mesej kepada Lara bahawa aku mungkin balik agak lewat kerana kerja yang bertimbun. Aku berharap dia akan menungguku untuk pulang. Lara hanya membalas dengan mentertawakan aku kerana hari pertama sudah dibuli boss.
"Ria, saya balik dulu la ye. Semoga cepat siapkan kerja-kerja tu ye." Aku melambai perlahan kepada Dewi, agak cemburu betapa cepatnya dia balik.
Sejam kemudian, aku melihat Azam sudah membimbit beg pejabatnya dan berjalan keluar dari bilik.
"Boss, nak balik dah ke?" Azam berhenti sekejap di mejaku.
"Haala. Nak balik dah ni. Saya tak buang masa masa kerja dengan benda sia-sia." Wuush! Padu betul jawapan boss.
"Mana ada buang masa, saya buat kerja la boss." Azam memandang aku dengan pandangan sinis.
"Saya takkan cuba berbaik dengan awak walaupun awak orang yang pertama suka bercakap dengan boss. Pembantu-pembantu saya yang lain semua tak pernah menjawab kalau saya marah diorang. Awak orang yang pertama." Aku tersengih dengan perasaan gembira.
"Saya tak puji awak tau, saya marah awak sekarang ni. Dahla, buat kerja tu. Karang balik lewat pulak. Jaga-jaga duduk pejabat ni, jangan tegur kalau ada apa-apa yang pelik tau. Dah banyak kes orang tak sedar sebab ramah sangat nak tegur-tegur." Pucat muka aku mendengar kata-kata Azam.
"Boss!!!" Azam hanya ketawa apabila dia aku sudah mulai merasa takut.
Dia berjalan keluar dengan ketawa panjang. Aku mengenggam pen di tanganku dengan kemas. Walaupun aku tahu dia cuma menakut-nakutkan aku, tapi perasaan takut masih lagi bermain dalam hati dan otak. Aku melihat kerja-kerja yang masih bertimbun di atas meja. Memang takkan siap kerja ni kalau otak asyik duk fikir mengarut.
Tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang mengetuk cermin bahagian pejabatku. Aku masih mengeraskan diri di meja. Aku cuba melihat ke arah pintu dan aku sangat-sangat pasti tiada siapa di sana. Bunyi ketukan di cermin sekali lagi kedengaran. Tanpa membuang masa aku mengangkat handbag dan beredar dari pejabatku. Aku bergegas turun ke ruangan parkir kereta dan menunggu Lara.
"Haih, Suria Suria. Kena usik sikit dah kecut. Macam mana la kalau dah lama nanti. Hahahaha." Azam keluar dari sebalik pintu pejabat dan menahan perutnya yang sakit akibat mentertawakan Suria.
YOU ARE READING
Crush I'm Coming!! (Completed)
RomanceAku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda termasuklah lelaki, Si hensem Nadhim. So, memandangkan aku dapat tengok Nadhim ni berkenan lebih terhad...