[ Hyera POV ]"So, how?"
Soal Jungkook sebaik sahaja aku turun dari tangga. Jungkook aku lihat sedang duduk bersilang kaki di atas sofa. Keningnya dijongketkan sebelah tanda ingin tahu. Aku tahu maksud dia. Mesti pasal Taehyung.
Aku mengeluh panjang sebelum menggeleng lemah. Kali ini, Jungkook pula yang mengeluh.
"Saya dah pujuk dia. So, buat masa ni dia still okay. Tapi tak tahu lah kalau dia meroyan lagi nanti."
"Okay" jawab Jungkook ringkas.
Wajahnya ditekup dengan tangan dan rambut depannya diselak ke belakang. Dari wajahnya, aku tahu yang dia memang tengah stres sekarang. Mana taknya, ada sepupu yang suka meroyan macam orang mati bini. Kalau Jungkook yang hari-hari duduk dengan dia macam ni, macam mana dengan aku? Sanggup ke aku tahan karenah Taehyung. Eh, apa kolot sangat fikiran aku ni. Takkanlah aku dengan Taehyung akan berkahwin nanti. Huh. Tak mungkin dia sukakan aku. Dan dia tak mungkin tahu apa perasaan aku terhadap dia yang sebenarnya.
"Macam mana ni Jungkook. Saya risau lah tengok Taehyung macam ni. Dah dua hari dia terperap dalam bilik sorang-sorang. Kalau berterusan macam ni, dia boleh jatuh sakit tahu tak" jelasku prihatin.
"Saya tak tahu"
Balasan pendek Jungkook membuatkan aku mengeluh lagi. Dah, aku taknak tanya apa-apa lagi kat dia. Taknak dia lagi stres. Tiba-tiba, aku teringat akan perbualan aku dengan Taehyung tadi.
"Hyera?"
"Nae?"
"Kenapa dia tinggalkan aku?"
"Erm mungkin sebab dia bukan yang terbaik untuk kau"
"Yeke? Mana kau tahu?"
"MUNGKIN jer...tapi kalau takdir dah tentukan jodoh kau dengan dia, berpisah macam mana sekalipun, korang akan tetap bersama jugak akhirnya"
"Betul ni?"
"Urmm"
"Syukurlah. Erm Hyera?"
"Nae?"
"Kalau aku susah, kau akan ada tak di samping aku?"
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana