[ Author POV ]
"Err Jungkookie? Do you mind telling me where are we heading to?" soal Joshua kehairanan.
"Sepatutnya masa ni, majlis Hyera dah selesai. Tapi aku tak dapat call daripada dia. Aku risau kalau jadi apa-apa" jawab Jungkook tanpa memandang wajah Joshua. Joshua hanya mengangguk faham.
"Ahhh, aku lupa dah kat mana dewan tu" resah Jungkook. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru berkali-kali. Sudah hampir 10 minit mereka merayau di sekitar lobi hotel mewah itu. Namun masih tiada petunjuk lokasi dewan majlis tersebut.
"Cuba kau call dia sekali lagi. Mana tahu kali ni dia angkat" cadang Joshua. Jungkook kelihatan teragak-agak pada mulanya. Mungkin risau sekiranya cadangan tersebut tetap tidak membuahkan hasil. Akhirnya, Jungkook mengangguk lalu mengeluarkan fon miliknya. Nombor gadis itu didail.
"Fon dia mati" Makin gelisah Jungkook jadinya apabila cara tersebut tidak berhasil. Joshua pun turut gelisah.
"Kejap, aku tanya receptionist" terus Jungkook berlari anak menuju ke kaunter pertanyaan yang berada tidak jauh dari situ. Manakala joshua pula hanya menunggu di tengah-tengah lobi.
Sedang Joshua meneliti setiap inci kemewahan yang terdapat pada hiasan dalaman lobi tersebut, tiba-tiba matanya tertancap pada beberapa orang yang berpakaian sut lengkap. Joshua mendapati bahawa mereka baru sahaja keluar dari sebuah dewan. Mungkin mereka juga antara orang-orang yang terlibat dengan majlis yang Hyera hadiri.
Lantas dia berlari mendapatkan Jungkook di kaunter pertanyaan. "Jungkook, apa kata kalau kita cuba tanya orang-orang tu. Mungkin mereka tahu kat mana Hyera"
Lantas Jungkook bergegas mendapatkan salah seorang daripada mereka. "Maaf mengganggu, boleh saya tahu kat man--ehh Hoseok?!"
"Eh Jungkook! Weh lama tak jumpa. Kau buat apa kat sini? Lama tak nampak kau. Jom ah borak jap. Rindu nak lepak" Terperanjat kedua-dua mereka di atas pertemuan yang tidak disangka-sangka itu.
Jungkook tergelak kecil mendengarkan kata-kata Hoseok yang laju bak rap itu. "Aku pun dah lama tak nampak kau. Aku dengar kau pindah syarikat baru"
"Haah. Ni syarikat yang aku berkhidmat sekarang. Kebetulan pulak syarikat kitorang ada buat kolaborasi dengan syarikat kau" jelas Hoseok.
"Owhh, aku tak tahu pulak yang kau terlibat jugak"
"Aku ada presentation sikit malam ni. Jom lepak, banyak benda aku nak borak ngan kau"
"Aaa--"
"EHEMMMMM!!! Fokus" Joshua berdehem. Menghentikan perbualan rancak mereka yang kelihatan sudah lari dari tujuan asal mereka ke sini.
"Owh ya aku lupa. Aku datang sini nak cari Hyera. Kau ada nampak dia tak?" tanya Jungkook kepada Hoseok.
"Amboi, rindu Cik Tunang nampak" usik Hoseok lagi. Rindu nak mengusik rakan sekerja lamanya itu.
Jungkook berdecit menafikan. "Bukan la. Sebab Hyera suruh ambil dia lepas majlis tamat. Tapi dari tadi lagi tak dapat apa-apa call daripada dia. Aku risau. Anak dia pun tengah tunggu kat rumah abang dia. Tak boleh tinggal lama-lama" jelas Jungkook lagi. Jelas terpampang kerisauan di raut wajahnya.
Hoseok mengangguk faham. "Aku tak pasti dia ada kat mana. Sebab sebelum aku habis present lagi dia dah takde kt tempat duduk. Ha! Apa kata kau tanyaaaa--ehh budak tu pun hilang? "
"Budak? Maksud kau?" soal Jungkook tidak mengerti.
"Taehyung"
"Taehyung? Kim Taehyung??" soal Joshua sebaik sahaja mendengar nama Taehyung meluncur dari mulut Hoseok. Hoseok mengangguk sambil menayangkan wajah polosnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana