[ Hyera POV ]
Hingar-bingar suara kanak-kanak di taman tema Lotte World ini menyapa pendengaranku sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke pintu gerbang taman tema ini. Aku pejamkan mataku, merasai aura kegembiraan daripada suasananya.
Telingaku dapat menangkap suara kecil Eun merengek mahu bermain. Jungkook pula ditariknya bersama ke arah Merry-Go-,Round itu. Lantas membuatkanku tersenyum lebar. Comel sungguh dua beranak tu. Jimin dan Joshua hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat mereka.
"Korang taknak join diorang ke?" kataku. Mereka tersenyum.
"Taknak ah main benda tu. Macam budak-budak. Habis lah macho aku ni" ujar Jimin langsung mengundang tawa kepada aku dan Joshua.
"Yelah tu. So, selama ni kau tak berperangai macam budak-budak ke?" usik Joshua.
"Diam ah kau!" Joshua mencebik. Kesian. Nak bergurau pun tak boleh.
Aku menyambung langkahku untuk bersiar-siar di sekitar Lotte World ini. Dapat aku dengar jeritan bingit dari dalam Haunted House. Hmm, quite interesting. Tapi aku bukan jenis yang kuat semangat sangat nak masuk tempat-tempat yang macam tu.
Roller Coaster menarik perhatianku. Dengan melihatnya sahaja sudah membuatkan aku berasa teruja. Teringat lagi masa dulu-dulu, selalu naik dengan Yoongi oppa. Dia tu nampak jer swag, tapi bila naik benda alah tu confirm termuntah. Hahaha. Tapi bila diingatkan balik, aku selalu naik dengan Tae berbanding Yoongi oppa dulu.
Taehyung.
Macam mana dia sekarang ya?
"Kau taknak main apa-apa ke, Hyera?" soal Jimin memecahkan lamunanku.
"Haah. Ni kan vacation untuk kau sempena dapat kerja baru. Enjoy yourself and be happy" celah Joshua pula.
Aku sekadar tersenyum nipis. "Nanti lah. Aku nak jalan-jalan sekitar sinu dulu" ujarku mendatar.
"Kau okey tak ni?" soal Joshua prihatin tatkala melihatkan perubahan riak wajahku. Pandangan Jimin juga sudah tertumpu ke arahku. Mereka sangat prihatin.
Aku tersenyum lagi. "Nothing, just teringatkan sesuatu" bohongku. Sejujurnya, aku kerap teringatkan Taehyung sejak aku berhenti kerja. Aku tak tahu kenapa. Inikah yang dikatakan rasa bersalah sebab aku berkasar dengan dia sebelum aku buat keputusan untuk tinggalkan dia?
"Hyera?" tegur Jimin. Aku menoleh memandangnya. "Nae?"
"Kau fikir pasal Taehyung lagi ke?"
Aku tersentak dengan soalan Jimin. Terus aku alihkan pandanganku ke arah lain. "T-Takde lah. Mana ada. Takde masa aku nak fikir pasal dia" ujarku laju.
Mataku menangkap seorang pakcik yang menjual burger di tepi jalan. Terus aku melangkah laju ke arahnya. Walaupun ianya jelas menampakkan yang aku cuba lari dari soalan mereka.
Tanpa membuang masa, aku terus memesan sebungkus Mexican Burger untukku. Jimin dan Joshua hanya membuntuti aku."Korang nak pesan apa-apa tak? Aku belanja" kataku cuba menutup perasaan gemuruh di dada.
Jimin mengeluh kasar. "Suka hati kau lah. Kitorang tak kisah" ujarnya. Aku tersenyum nipis sebelum memesan dua lagi Mexican Burger.
~~***~~
Bangku kayu di tepi jalan menjadi tempat kami bersantap.
"Hyera, kitorang faham perasaan kau. Tapi kau tak sepatutnya fikir pasal tu lagi. Kau terpaksa buat semua tu untuk kebaikan dia. Itu bukannya salah kau" jelas Jimin simpati.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana