35 ; Dinner II

69 4 0
                                        

[ Hyera POV ]

Aku mengatur langkah dengan berhati-berhati ketika berjalan di atas karpet merah itu. Almaklum lah tumit 7 inchi. Aku agak tak selesa dengannya. Lebih-lebih lagi apabila berjalan dengan gaun sendat ini. Agak...merimaskan. Kalau tersungkur nanti malu. Haishh.

"Hyera, buat apa terhegeh-hegeh tu. Cepat sikit. Majlis dah nak mula ni" jerit Puan Hye yang berada tidak jauh di hadapanku. Aku mengangguk pantas lalu mencuba sedaya upaya untuk melajukan pergerakannya.

Kami sampai lebih awal berbanding Pengurus dan wakil-wakil syarikat Brave. Jadi kami membuat keputusan untuk mengambil tempat duduk kami dahulu. Puan Hye, Tuan Pengurus dan beberapa orang pegawai atasan syarikat kami dikehendaki duduk di meja bulat yang paling hadapan. Yang menempatkan para VVIP di meja tersebut.

Sementara aku, tetamu yang tidak cukup satu lagi V kat depan, hanya dapat duduk di meja bulat bersebelahannya sahaja. Seorang diri. Setelah tiba di tempat duduk tersebut, aku membaca nama-nama yang tertera di atas pinggan yang tersedia dia atas meja.

Aku melabuhkan punggungku ke atas kerusi setelah mengenalpasti tempat dudukku. Sebaik sahaja aku menyelesakan diri, aku cuba untuk mencari tahu siapakah rakan-rakan baru yang akan berkongsi meja denganku.

Tanpa berlengah, tanda nama pada piring di sebelah kananku aku periksa. Peguambela Nam. Aku mengangguk. Mungkin ini salah seorang daripada wakil syarikat Brave. Setahu aku, agak ramai juga wakil yang dijemput.

Syarikat kami hanya memperuntukkan seramai 3 orang sahaja. Tidak termasuk Tuan Pengerusi dan Puan Hye. Aku, Namjoon oppa dan Seongwu oppa. Tetapi malangnya, Seongwu oppa tak dapat datang sebab ada urusan penting yang tak dapat dielakkan.

Aku mengeluh lagi sebelum kembali membelek tanda nama kedua di sebelah kiriku. Pendakwaraya Kim. Aku tersenyum senang. Wah, bagus. Namjoon oppa duduk sebelah ni jer. Baru lah tak rasa awkward sangat. Hihihi.

"Hyera-sshi. Mari sini. Diorang dah sampai" Kedengaran suara Puan Hye memanggilku.

"Coming!" sahutku lalu mendapatkan Puan Hye yang sedang berdiri di pintu masuk bersama Tuan Pengerusi.

Sebaik sahaja mereka tiba, kami terus menyapa kesemua mereka. Aku kagum melihat wakil-wakil mereka. Mereka kelihatan sangat pakar dan berpengalaman. Atau lebih spesifik, lebih tua. Nyaris juga aku terfikir yang mereka semua adalah pengerusi-pengerusi daripada syarikat guaman lain di Korea ini.

Mahu sahaja aku meloncat keriangan tatkala bertemu mata dengan rakan karibku, Hoseok. Sebaik sahaja kami bersalaman, aku dan Hoseok tidak dapat menahan tawa dan senyum di wajah kami. Kami tergelak kecil bersama sambil cuba menyembunyikannnya daripada diperasan oleh orang lain. Hoseok tak ubah seperti seorang kawan baik yang setiap perempuan ada. Dia sangat periang. Membuatkan aku berasa senang dengannya.

Tiba masa aku bersalaman dengan Taehyung pula. Aku agak tergamam dengan penampilannya pada malam ini. Rambutnya yang berwarna hitam kebiruan itu didandan elok ke atas. Menyerlahkan lagi keningnya yang menggoda itu. Membuatkan dia bertambah tampan.

Sedaya upaya aku cuba mengukirkan senyuman semanis mungkin di wajahku. Jantungku berdetak laju tatkala renungan tajamnya menikam anak mataku. Sedaya upaya aku cuba mengekalkan senyumanku daripada terus pudar. Wajahnya yang langsung tidak dihiasi sebibit pun senyuman itu membuatkan tekakku haus. Kelat air liur terasa di celah kerongkongku.

Perlahan-lahan aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya. Kali ini, aku langsung tidak memandangnya. Entah kenapa pandangannya itu menakutkan aku. Iaitu satu pandangan yang belum pernah aku lihat sebelum ini.

"N-Nice to meet you, Kim Taehyung-ssi" kataku perlahan tapi tergagap-gagap. Agak lama aku menunggu huluran tanganku itu disambutnya. Membuatkan tekakku bertambah kering. Aku jeling dia seketika dan aku perasan yang dia asyik pandang aku atas bawah dengan muka selamba dia.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang