7 ; She's Back

127 11 0
                                    

[ Hyera POV ]

Hari ni, telah genap dua hari aku dan Taehyung tidak bertegur sapa. Nak kata gaduh tu taklah. Aku macam biasa-biasa jer. Tapi entah kenapa aku rasa macam Taehyung cuba mengelak dari aku. Ke perasaan aku jer. Tak tak. Aku pasti sangat-sangat yang dia memang cuba mengelak dari aku.

Semalam, masa aku tengah bancuh air kat dapur aku terserempak dengan dia. Baru terdetik aku nak tanya apa dia nak, dia terlebih dahulu keluar dari dapur. Pelik. Tapi aku sempat tangkap kerlingan dia pada aku. Dia tak ambil apa-apa pun. Dan aku perasan yang anak mata dia bergetar sedikit. Takut? Atau benci?

Takkan dia benci aku kot pasal kejadian baru-baru ni. Erm, yelah. Aku ada lah terrrrrrrrr aku ulang terrrrrrrrrrrcium dia masa dia tengah nangis.

Aku mencarut berkali-kali dalam hati bila teringatkan peristiwa aneh tu. Segala binatang yang ada dalam hutan tu pun aku sebut. Syiall betul.

Aku tak tahan sangat dengan perangai dia yang suka mengelak dari aku. Jadi, aku buat keputusan untuk mengambil langkah awal. Selepas aku dan Jimin pulang dari membantu ibu di pasar, aku terus mendapatkan Taehyung.

Puas aku mencari di segenap ruang rumah, malangnya dia langsung tidak dijumpai. Fikir Hyera. Ke mana lagi Taehyung akan pergi di kampung asing ini. Kalau betul apa yang hati aku kata, Taehyung mungkin berada di... Tempat rahsia Hanbyul unnie.

~~***~~

[ Hyera POV ]

Dari berlakang pokok, aku sudah nampak susuk tubuh Taehyung yang tidak jauh dari tempat aku bersembunyi. Sudah aku agak dia ada di sini.

"Hey" tegurku sepatah. Pada mulanya, Taehyung agak terkejut dengan kehadiranku lalu dengan gagap dia membalas teguranku. "H-hey"

Dia mengelak pandangan mataku. Pelik. "Buat apa kat sini sorang-sorang?" soalku.

"S-saja.. Ambil angin. Oh a-aku balik dulu. Nak tolong ibu kat rumah" Dia cuba mengelak dari aku dengan alasan bodoh dia. Lagi.

"Kim Taehyung, we need to talk" pintaku terus menghentikan langkah kakinya. Badannya dipusingkan ke arahku tetapi kepalanya masih ditundukkan ke bawah.

"Apa?"

"Jangan pura-pura tak tahu, Tae. Kau asyik mengelak dari aku kebelakangan ni. Apa semua tu?"

Dia terkedu.

"Speak up, Kim Taehyung. Why?" Nada suaraku lebih tegas kali ni. Aku tak kira. Sikap dia yang makin pelik ni buat aku naik geram.

"Kau period ehh?"

Sial. Kau nak penumbuk ke penyepak?

"I'm serious, Kim Taehyung. Answer me!" Nada suaraku semakin naik satu oktaf. Inilah Kim Taehyung. Suka buat lawak bodoh walaupun dalam keadaan yang serious. Benci!

"Ok fine, aku cakap.. A-aku.. Aku malu dengan kau" katanya dengan nada yang semakin menurun. Aku terdiam.

"Malu? Kenapa?"

Dia gosok belakang tengkuk. "Erm, aku.. nangis depan kau haritu. Sebab tu lah"

Aku berdecit. "Seriously? Sebab tu jer?" Dia angguk. Lupa, dia lelaki. Dah tentulah perkara sebegitu boleh memalukannya. Aku geleng kepala selepas aku menumbuk dadanya. Dia mengaduh kesakitan.

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now