23 ; Truth I

89 7 0
                                    

[ Hyera POV ]

Sejak pertemuan pertama yang tidak dijangka selepas beberapa tahun berlalu, aku dan Taehyung terus ditempatkan di dalam satu pejabat iaitu PEJABAT AKU. Manakala Kim Seokjin pula ditempatkan di dalam satu pejabat dengan Hoseok juga. Ini kerana mereka hanya menumpang sementara menunggu masalah syarikat guaman asal mereka diselesaikan.

Cepat-cepat lah settle. Aku taknak duduk lama-lama dengan mamat ni dalam satu pejabat yang sama. Rimas plus meluat. Nak layan pun aku malas walaupun dia selalu tanya aku kalau ada yang dia tak faham.

"Hyera, taknak keluar lunch? Awak nak join saya dengan Hoseok tak? Jin hyung pun ada sekali" soalnya.

"CIK Hyera. Kita kat office, bukan kat pasar ikan. Formal please. Saya taknak. Banyak kerja yang nak disiapkan" jawabku bernada dingin tanpa memandangnya. Komputer riba sahaja yang menjadi tatapanku.

Aku dapat dengar Taehyung mengeluh. "Ah ya. Cik Hyera nak pesan apa-apa tak? Saya boleh tolong belikan" ujarnya masih tidak berputus asa.

Aku pejam mata dan tarik nafas dalam akibat tekanan yang dia baru sahaja beri kepadaku. Dia ni tak faham bahasa ehh.

"Saya kata saya sibuk kan? Tak faham bahasa eh?" tegasku dengan nada suara yang dikawal. Pandangan tajam aku hadiahkan kepadanya.

Taehyung garu belakang kepalanya sambil tertunduk. "Tak, saya tengok Cik Hyera dari tadi asyik menghadap komputer jer. Langsung tak makan. Saya risau kalau cik sakit nanti" katanya perlahan sambil tersenyum kekok.

Aku betulkan dudukku dan sandarkan belakang badanku ke kerusi. Aku selak rambut hadapanku ke belakang lalu memandangnya tajam.

"Siapa awak nak ambil tahu hal saya? Saya sakit ke tenat ke, bukan masalah awak. Boleh tak jangan menyibuk hal orang? Rimas--"

"Awak masih marahkan saya? Sebab perkara dulu?"

Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulutnya membuatkan aku terkedu seketika.

Aku berdehem. "Kalau awak nak cakap pasal hal peribadi, sorry but not here. Ini office. Tempat orang bekerja. Bukan tempat nak melepak sambil bercerita tentang kisah lama" balasku tenang dengan nada menyindir.

Taehyung tersenyum senget. "Saya takde masa nak melawak, Cik Hyera. Saya cuma nak tahu yang awak masih belum move on tentang kisah dulu atau dah. Lagipun saya ambil berat pasal awak sebab awak mentor saya" ujarnya selamba. Tetapi entah kenapa aku rasa macam dia menyindir. Ish, perasaan aku jer kut.

"Jadi awak nak cakap yang saya ni tak matang? Sebab masih nak terasa dengan peristiwa dulu? Macam tu?" bentakku pula. Sungguh kata-katanya membuatkan aku terasa seperti diperlekehkan. Aku tak suka.

"Tak, bukan. Maksud say--"

"Enough Kim Taehyung! Better awak ambil berat pada diri sendiri. Saya nak mati ke apa, suka hati sayalah. Kalau diikutkan hati, memang saya malas nak layan awak. Tapi sebab perangai tak matang awak, saya jadi benci pada awak. Yup! Awak fikir saya seorang jer yang tak matang sebab masih teringatkan kisah dulu. Tapi awak pun sama sebab selalu mengungkit tentangnya. Untuk apa awak buat macam tu? Cari gaduh? Ok fine! Aku terima" jelasku panjang lebar akibat terlalu marah. Aku tak kisah apa dia nak fikir, tapi aku memang dah sakit hati dengan dia. Aku tak kisah dia nak fikir aku ni emosional ke apa. Tapi aku memang dah tak tahan dengan dia.

Taehyung diam.

"Lepas ni awak nak ungkit pasal apa lagi? Pasal Sana? Pasal misi bodoh untuk kau kat Jeju dulu? Huhh?!" sambungku lagi namun Taehyung masih mendiamkan diri.

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now