45 ; Fight

64 6 0
                                        

"What do you think you're doing, Jeon Jungkook?!"

Jungkook yang sedang sibuk mengemas itu berhenti buat seketika apabila jeritan kemarahan Jimin memecah kesunyian. Jungkook menoleh memandang sekilas setiap wajah mereka.

"Packing?" selamba Jungkook membalas tanpa menunjukkan apa-apa riak di wajahnya. Dia mengerling tajam wajah Taehyung dan Hyera silih berganti sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh itu.

"For what?!" jerit Jimin lagi. Kali ini membuatkan Eun ketakutan lalu berlari mendapatkan Hyera. Tubuhnya yang menggigil itu memeluk erat tubuh Hyera.

"Mama. Eun takut" adunya sambil teresak-esak. Jimin benar-benar telah membuatkan anak kecil itu ketakutan. Mungkin ini adalah kali pertama dia melihat Jimin mengamuk sebegitu rupa.

Hyera membelai rambut Eun untuk menenangkannya. "Jangan takut, Eun. Mama ad--"

"Jeon Eun! Masuk ke bilik kamu sekarang"

Eun tidak berani menoleh memandang ayahnya. Jelas yang Jungkook sudah hilang sabar daripada nada suaranya yang tegas itu tadi. Eun masih takut untuk berganjak. Sebaliknya hanya terus memeluk Hyera.

Jungkook mengeluh kasar. "JEON EUN!!" Laung Jungkook dengan nada suara yang lebih keras. Membuatkan Eun dan Hyera terkejut.

Hyera tidak punya pilihan lain selain dia sendiri yang terpaksa membawa Eun ke bilik tidurnya. Suasana menjadi sunyi buat beberapa ketika. Hanya kedengaran bunyi daripada kerja mengemas Jungkook. Tidak lama kemudian, Yoongi tiba ke rumah Jungkook itu. Dia kelihatan terpana melihat keadaan rumah yang berselerakan dengan pelbagai jenis benda termasuklah bagasi.

"What's all this, Jungkook" soal Yoongi tanpa berbasa-basi.

"I told you I'm packing!!"

"Don't be rude!!"

Jungkook mengeluh lagi. Selesai mengemas bagasinya yang ketiga, dia meletakkan bagasi tersebut ke sudut ruang tamu di mana semua bagasinya dikumpulkan. Tangannya direntap oleh Yoongi sebelum sempat dia mengatur langkah ke dalam bilik stor itu kembali. Jungkook memandang tajam wajah dingin Yoongi.

"Lepaskan hyung"

"Tidak selagi kau tak jelaskan semua ni"

Jungkook mengetap bibirnya. Dia tidak mampu melawan Yoongi walau setinggi mana pun perasaan marah dalam dirinya. Jungkook akhirnya mengalah dengan mengeluh berat.

"Aku...aku dinaikkan pangkat. Ke cawangan di luar negara"

"Bohong! Kau sendiri yang minta untuk ditukarkan ke sana. Untuk apa, Jungkook? Supaya kau boleh menjauhkan diri daripada kami?"

Jungkook berdecit sinis. "Bagus Joshua. Kau buat aku nampak seperti seorang pengecut"

"Kau memang pengecut!" Kali ini giliran Taehyung pula untuk bersuara. Situasi yang penuh tegang itu membuatkan perasaannya marahnya bagai tidak dapat dibendung lagi.

Jungkook tertawa sinis. "Tengok siapa yang sedang bercakap. Si pengecut yang terdesak akan cinta tunang aku" sinis Jungkook membidas.

"Jaga mulut kau, Jungkook"

"Kalau aku ini pengecut sebab melarikan diri daripada masalah, kau pula seorang pengecut yang melarikan diri daripada hidup kau sendiri"

"Aku buat semua itu bersebab"

"Whatever you say. Tapi apa yang aku lihat di mata aku adalah seorang pengecut yang bersembunyi di sebalik bayang-bayangnya sendiri dan menafikan kebahagiaan kau sendiri. Kau jangan ingat yang aku tak tahu yang kau selama ini memerhatikan Hyera dari jauh di sebalik bayang-bayang. Dan kau nak tahu apa yang aku fikir sejurus selepas aku tahu yang penghendap itu adalah kau?"

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang