[ Author POV ]
"Nah, duit you Aera" katanya seraya melemparkan sekeping sampul coklat berisi wang itu ke atas meja.
Aera tersenyum sumbing lalu mencapai sampul itu. Dengan teliti dia membuka sampul itu lalu mengira setiap keping not wang tersebut tanpa mengeluarkannya daripada sampul.
Aera berdecit sinis sebelum menyimpan sampul tersebut ke dalam poket jaketnya. "Cukup, bos"
"I've told you, if you do the best, i'll give you the reward that you want" katanya dengan nada angkuh.
"Hey, ni Choi Aera lah. Semua benda aku boleh buat" sombong Aera pula.
"Jangan suka sangat. You still kuli I. And I'm your boss. So, I want you to do something for me" ujarnya selamba sambil tangannya disilangkan ke dada.
Kening Aera bertaut. "Asal dapat duit, aku on jer"
Dia tersenyum sinis. "Good. And now, the REAL GAME is on"
~~***~~
[ Hyera POV ]
Aku sudah tiada pilihan lagi. Aku terpaksa mengheret Taehyung ke tempat tersembunyi daripada ramai orang.
"Kenapa? Takut? Takut semua orang tahu kebenaran yang kau ni sebenarnya playgirl yang--"
"Shut the f*ck up, Taehyung. Kau tak sepatutnya malukan aku depan orang ramai macam tu. And the fact is...I'm not a playgirl. C'mon larh, Tae. Kau kenal aku sejak kecil lagi. Takkan kau tak kenal aku" jelasku dengan nada yang keras tetapi berbisik.
Dadaku naik turun menahan api kemarahan dalam diriku. Aku merenung tajam anak mata Taehyung. Aku mahu dia tahu yang aku sedang serious. Kenapa dia macam ni? Dia memang biadap.
Taehyung berdecit sinis. "Tak! Aku tak kenal kau. Kau dah berubah sekarang, Min Hyera. Kau tahu tak yang perangai kau ni tak ubah seperti perempuan yang tak berpendidikan. Tak, kau tak tahu. Look at yourself now. You should shame of yourself, Hyera!" Lancar sahaja tutur bicaranya diluahkan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri.
"No! You should shame of yourself, shit! Siapa kau nak campur urusan hidup aku? Apa hak kau nak cakap macam tu kat aku, hah? Dan apa bukti kau nak tuduh aku ni perempuan yang tak berpendidikan?!" ujarku dengan nada yang naik satu oktaf. Tanganku aku genggam kuat. Mencari kekuatan dalam diri.
Taehyung tertawa sinis. "Kau masih nak nafikan lagi?"
"Mana bukti kau, Kim Taehyung?!" soalku lagi. Tidak mahu berbasa-basi. Berani? Ya, aku berani bertanyakan sebegitu. Sebab aku pasti, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Apatah lagi yang melibatkan maruah diri.
Dengan selamba, Taehyung mengeluarkan fonnya dari alam poket. Aplikasi galeri ditekannya. Lalu di paparkan tepat ke wajahku.
"Ini apa? Masih taknak mengaku lagi?"
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfic"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana