[ Hyera POV ]
"Yah! Berhenti makanlah, dwaeji! Nanti aku dengan ibu nak makan apa?! Dahlah daging ni tak masak lagi!" bebel Taehyung terus menghentikan aktiviti makanku. Ish, sibuk jer dia ni. Dahlah panggil orang dwaeji. Kau pun sama lah shibei!!
Kini, aku, ibu dan Taehyung berada di halaman belakang rumah di mana kami mengadakan makan malam dan BBQ secara kecil-kecilan. Kalau diikutkan, Jimin sepatutnya datang. Tapi sebelum majlis bi bermula, Jimin sempat call ibu dan dia cakap dia tak dapat datang sebab dia terpaksa tolong Sana unnie uruskan flight dia untuk ke Seoul. Erm, tak pasti itu sebab sebenar atau cuma alasan untuk mengelak dari Taehyung. But, never mind. Aku taknak rosakkan keadaan yang memang berisiko untuk rosak ni.
Halaman rumah ibu ini boleh dikira agak luas. Dan ia menempatkan sebuah gazebo, kolam ikan koi, air terjun mini, dan kebun kecil tempat ibu berkebun. Halaman belakang ini tak ubah seperti hiasan rumah tradisional Jepun. Hebat betul citarasa ibu.
Ok back to the story.
Aku tidak membalas. Sebaliknya hanya menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Busybody betullah mamat ni.
"Ha, jeling lagi. Nanti jadi minah juling baru tahu" bebel Taehyung lagi.
Taguna. Sekarang kau betul-betul buat aku naik geram Kim-shibeii-Taehyung. "Ibu, tengok Taehyung ni" aduku kepada ibu.
"Eleh, manja. Tu pun nak mengadu kat ibu" sampuk Taehyung sambil buat muka mengejek.
"Biar lah. Dengki!" balasku. Sekali lagi dengan jeliran lidah tetapi ditambah pula dengan mata yang terjuling ke atas. Peduli apa kalau aku nampak hodoh. Aku dah tak boleh sabar dah dengan mamat alien ni. Dah lah rambut warna maroon-- Ok stop it.
"Ish, kamu berdua ni memang tak sah kalau tak gaduh. Sudah. Taehyung, tolong bakar semua sosej dan ubi keledek ni sekali. Kejap lagi tetamu dah nak sampai. Hyera?"
"Nae?"
Ibu tiba-tiba pandang aku dengan mata yang sengaja dikecilkan. "Stop makan"
Tiba-tiba, Taehyung tergelak. Aku jeling dia tajam. Entah kenapa aku rasa yang yang gelak dia tu macam tengah cakap padan-dengan-muka-kau-dwaeji kat aku.
Tahi kau, alien.
Tidak lama kemudian, bunyi loceng pintu mula bergema ke seluruh. Menandakan ada tetamu yang datang. Oh ya. Ibu ada bagitahu yang dia ada jemput beberapa orang tetamu tapi hanya saudara terdekat. Lagi meriah dan seronok katanya.
Taehyung pandang aku. Dan aku pandang Taehyung balik. Masing-masing dengan riak wajah hairan.
"Siapa tu?" soal Taehyung.
Aku angkat bahu tanda tidak tahu. "Entah, ibu tak cakap pun tetamu tu siapa"
Tiba-tiba...
"HELLO!!!!! Annyeonghaseyo, semua!!. TaeTae, you look so handsome tonight!" jerit seseorang yang baru sahaja melangkah ke halaman ini. Langsung membuatkan aku terkejut.
Taehyung tergelak kecil. "Yeah, I already knew that, hyung!" perasan Taehyung tiba-tiba. Haish.
Aku yang langsung tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut aku hanya mampu berdiri sambil terkaku. Tanganku masih tidak dialihkan dari menutupi mulutku. Adakah ini mimpi?

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana