13 ; Jealous

122 9 1
                                    

[ Hyera POV ]

"Kamu nak ke mana tu Hyera?" soal ibu yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Hyera nak ke pekan kejap. Nak beli barang sikit" balasku.

"Laa..kenapa tak beli semalam jer"

Aku garu kepala. Ni semua sebab Taehyung. Sebab dialah mood aku jadi tak elok semalam. Aku pun tunggu apa lagi, baliklah. "Lupa" bohongku. Mianhe ibu. Huhu.

"Hmm yelah. Nanti jangan lupa balik awal tau. Ibu masak makanan tengah hari ni"

Aku tersenyum. "Okey ib--"

"Ibu! Boleh tak saya nak temankan Hyera pergi pekan?"

Aku tutup telingaku apabila suara garau seseorang menerpa pendengaran ku. Aku toleh ke belakang. Taehyung membalas pandanganku dengan pandangan kosong dan selamba.

"Kau kenapa sial!" bisikku perlahan tetapi dengan nada yang dikeraskan. Aku pandang dia kecik besar kecik besar jer.

Dia jelir lidah. Eh, dia ingat aku bergurau ke apa?

"Boleh kan, ibu?"

Ibu mengangguk.

Like...what?!

"Yelah, elok jugak kalau Taehyung temankan. Lagipun bahaya kalau Hyera pergi pekan sorang-sorang" jelas ibu.

Aku pandang Taehyung yang dah melompat macam beruk kat sebelah.

Shit you!

~~***~~

Sepanjang perjalanan ke pekan, mulut aku ni tak henti-henti menggumam. Atau lebih tepat lagi...mencarut. Budak Taehyung ni pulak bukannya reti nak duduk diam. Terlebih excited pulak.

"Weh, kau duduk diam-diam boleh tak? Malu tahu tak orang pandang" bisikku geram. Dahlah aku dengan dia sekarang ni dalam bas.

Taehyung yang sedang terkinja-kinja mengalihkan pandangannya ke arahku. "Kalau aku tak nak kau nak buat ap--auchh!"

Aku cubit pinggang dia. Kuat. Padan muka kau lembap!

"Sakitlah pendek!"

"Dah kau ni bodoh sangat. Aku suruh kau duduk diam, duduk di--umphh"

Tahi.

Dia cium aku.

Apakah?!!

Gila!!!

Aku pukul dadanya kuat apabila perasan yang dia semakin mendalamkan ciumannya. Tahi.

Dia lepaskan bibir aku dengan senyuman sumbingnya yang buat aku rasa nak meletup tu. Shit!

Pipi aku? Tak payah cakaplah, confirm tengah terbakor giler. Dah lah pakcik kat tempat duduk belakang ni asyik berdehem jer. Malu!

'Kau gila ke bodoh?!!'

Itu yang aku ingin ucapkan kepada si lembap Taehyung ni tapi entah kenapa mulut aku terasa bagai terkunci rapat untuk berkata sedemikian. Masa ni jugak mulut aku ni nak ber-sial.

Aku perasan yang Taehyung asyik tersenyum galak dari tadi. Membuatkan aku terpinga-pinga. Dia ni ejek aku ke apa?!

"Ini caranya untuk buat aku diam. Bukannya cubit" ujarnya lembut.

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now