42 ; Truth II

55 5 0
                                        

"Hyera, Taehyung nak bercakap dengan kamu sekejap. Dia sedang menunggu kamu di balkoni"

-----

[ Author POV ]

Angin sepoi malam bertiup lembut. Langsir balkoni pula menari-nari mengikut arah angin sepoi itu bertiup. Malam yang sungguh dingin, namun ketegangan sahaja yang dapat dirasai oleh mereka berdua.

Beberapa minit sudah berlalu. Namun tiada siapa di antara mereka yang berani membuka bicara. Kedua-duanya kelihatan suram.

Hyera yang sedang duduk di kerusi balkoni itu sesekali mencuri pandang Taehyung yang sedang bersandar di balkoni membelakanginya. Taehyung menangis. Hyera perasan itu daripada wajahnya yang sembap dan matanya yang memerah. Mungkin ini kesan daripada perbualannya dengan Yoongi tadi. Entah apa yang mereka bualkan sehingga Taehyung menangis. Ya, Hyera masih prihatin terhadap lelaki tersebut. Walaupun setiap saat bersamanya hanya membawa kesakitan pada dirinya.

"Angin malam tak elok untuk bakal pengantin" sindiran Hyera memecah kesunyian. Taehyung tertawa kecil. Dia mengesat sesuatu di wajahnya sebelum menoleh ke arah gadis itu.

"Same goes to you" balasnya sebelum suasana kembali sunyi untuk beberapa ketika. Taehyung kini sudah mengambil tempat di meja balkoni di mana Hyera berada. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.

"Ada apa-apa yang awak nak bagitahu saya?" soal Hyera tidak mahu berlapik lagi.

Taehyung mengeluh perlahan. "I..."

"Mhm?"

"I'm sorry"

Kening Hyera terjongket. "For what?"

Taehyung tersenyum hambar. "For everything"

Hyera turut mengukirkan senyum hambar. "Me too. For everything"

Keadaan kembali sepi buat beberapa ketika. Entah kenapa perbualan kali ini dianggap kekok sedikit daripada biasa. Mungkin kerana mereka tak pernah berpeluang untuk berjumpa seperti ini.

"Can I...hug you?"

Hyera mendongak memandang Taehyung. Pada mulanya dia ingin menolak, namun saat terpandang akan mutiara jernih yang jatuh dari tubir mata lelaki itu, hatinya bertambah sayu.

"Sure"

Tubuh sasa Taehyung didakapnya lembut. Perlahan-lahan Taehyung merangkul tubuh Hyera, membalas pelukan. Hyera mengetap bibirnya rapat tatkala merasa hangat di matanya. Tubuh Taehyung yang terhinjut akibat tangisan itu membuatkan hatinya bertambah pilu.  Sedar tidak sedar, air matanya juga turut gugur.

Dakapan hangat itu mungkin tidak dapat dia rasai lagi. Akan dia dakap tubuh lelaki yang pernah dicintainya itu sebelum kehangatan itu hilang.

"I love you"

Setelah sekian lama, barulah Hyera dapat mengungkapkan ayat tersebut kepada lelaki itu. Tiga perkataan yang sentiasa dipendam di lubuk hatinya. Hanya lelaki tersebut yang membuatkan dirinya menjadi gila. Gila kerana jatuh hati padanya. Walaupun ungkapannya itu amatlah perlahan sehingga tidak dapat didengari, dia merasa cukup puas.

Tiada guna jika Taehyung dapat dengar sekalipun. Ia tetap tidak akan mengubah apa-apa.

Taehyung meleraikan pelukan seraya mengelap sisa-sisa air mata kelelakiannya itu. Begitu juga dengan Hyera. Masing-masing tersenyum hambar.

"Kami semua akan hadir" kata Hyera.

"Baguslah"

Taehyung mengatur langkahnya perlahan. Meninggalkan Hyera keseorangan di balkoni. Langkahnya sengaja dihentikan tatkala dia tiba di tangga. Sekali lagi dia menatap wajah gadis itu dengan wajah yang sayu. Namun apa yang Hyera tidak tahu, disebalik wajah sayu itu tersembunyi wajah kebahagiaan yang belum mampu dipamerkannya. Belum lagi.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang