14 ; Blood

106 10 0
                                        

[ Hyera POV ]

"Aku cemburu"

Entah kenapa ayat yang diucapkan oleh Taehyung tempoh hari masih kerap muncul di benak fikiranku. Dan ia langsung membuatkan aku bertambah janggal apabila bersama Taehyung. Hari ini, genap dua hari aku tak bertegur sapa dengan Taehyung.

Aku ulang, AKU yang tak tegur dia.

Jadi bukan salah dia. Dia ada tegur aku sekali-sekala. Tapi aku macam tu lah. Mengelak.

"Hyera, nanti jangan lupa potong daging lembu tu kecil-kecil. Nanti senang nak buat BBQ. Kalau boleh banyak sikit. Boleh makan sama-sama dengan Jimin nanti. Ibu tinggal kejap, nak pergi pekan" Kata-kata dari mulut ibu yang menyapa pendengaranku terus mematikan lamunanku.

Aku pandang ibu seketika sebelum mengangguk kecil. "Nae, ibu" ringkasku. Lalu aku menyambung kerja memotong sayur-mayur di meja makan.

Oh, lupa nak cakap. Hari ni, ibu ada buat makan malam untuk keluarga. Jadi, sebab tu lah Jimin pun akan datang. Btw, Taehyung tak tahu lagi pasal hal ni. Biar lah. Aku rasa tak penting pun. Aku tahu yang hubungan diorang dah tak baik macam dulu, tapi aku berharap sangat yang Taehyung boleh move on daripada kes tempoh hari. Dalam kata lain, jadi lebih matang dan lupakan semuanya. Jimin pun sama.

Baru sahaja aku ingin memotong, tiba-tiba...

"Kau buat apa?"

"Opoc--" Hampir sahaja aku terlatah apa seekor makhluk asing tiba-tiba muncul depan aku. Dan aku perasan yang makhluk ni baru lepas mandi sebab rambut dia masih basah. Haish. Tiba-tiba nampak hot.

Aku gosok dadaku perlahan sambil mataku masih terpaku ke arah tuan empunya badan di hadapan aku sekarang ni. Dasar alien durjana! Bila masa kau ada kat sini hah?!

Oh ok...tadi aku berangan. Maybe time tu dia dah ada kot. Ok fine.

Aku cebik lalu aku menyambung kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Namun begitu, baru sahaja aku ingin meneruskannya semula...

"Yah! Apa kau dah buat!!" jerit Taehyung tiba-tiba. Sedikit memeranjatkan aku.

Aku tenung wajahnya hairan. Dan aku mula perasan yang riak wajah dia dah berubah...takut? Apa kena dengan kau?
"A-apa aku buat?"

"Kau tanya aku?!! Tu, leher kau!!"

Sejurus berkata demikian, Taehyung terus bergegas ke ruang tamu tanpa mendengar kata-kataku terlebih dahulu.

Leher aku?

Aku sentuh leherku. Kenapa dengan l--.

D...DARAH?!!

~~***~~

Aku menangis sepuas hati aku akibat terlalu takut. Darah merah pekat yang mengalir dari leherku masih tidak berhenti. Pada masa yang sama, kepedihan dan kesakitan pada suatu bahagian di leherku mula menusuk. Sakitnya hanya aku yang tahu.

Beberapa ketika kemudian, Taehyung muncul dari pintu masuk dapur sambil membawa sesuatu. Aku pun tak pasti apa dia sebab air mata aku penuh kat tubir mata. Apa yang aku nampak cuma kabur. Oh tidak. Aku akan mati ke?

"Meh sini aku tengok leher kau" pintanya. Tetapi badanku hanya kaku sambil telapak tanganku masih melekap pada leherku. Aku tak tahu apa yang tahu. Aku cuma fikir yang aku dah nak mati jer.

"Isy, meh la sini aku tengok"

Pantas Taehyung merentap tanganku laju dari melekap di leherku. Pada masa yang sama, erangan kesakitan mula kedengaran dari bibirku dan air mataku semakin laju mengalir membasahi pipi.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang