5 tahun kemudian...
[ Hyera POV ]
Aku tersenyum sendiri salepas membaca mesej teks daripada Yoongi oppa. Memang dari dulu sampai sekarang, langsung tak berubah. Yoongi oppa ni nampak jer rude. Tapi manja tu haishh. Hanbyul unnie pun penat nak melayan.
Cakap pasal diorang, diorang bakal timang cahaya mata kedua. Timing Hanbyul unnie mengandung lagi tu betul-betul sebulan selepas Hanbyul unnie pulih dari melahirkan.
Noti larh abe Yoongi nihh😝
Ok, habis pasal diorang, sekarang pasal aku pulak. Syukurlah setelah habis belajar, aku terus diterima bekerja di salah sebuah syarikat guaman di Seoul. Yup! Aku kini seorang peguam. Tadaaa!! Hehehe.
Kalau diikutkan, tahun ni dah cukup setahun setengah aku menjadi seorang seorang peguam. Oleh sebab itu, aku berjaya dilantik menjadi senior tahap satu di syarikat tersebut. Ia lebih kurang macam senior paling baru mengikut tempoh pengalaman bekerja. Genap tiga tahun, aku aku akan dinaikkan kepada senior tahap dua, kemudian tahap tiga, ketua pejabat dan kemudian CEO. Ceh! Berangan! Aku bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada peguam pelatih yang lain.
Begitu juga dengan sahabatku, Hoseok iaitu kawanku sejak di universiti lagi. Aku dan dia sama-sama bertugas sebagai senior tahap satu di syarikat itu.
Taehyung dan Jungkook? Erm. Aku dah terputus hubungan dengan diorang. Aku pun dah tukar nombor fon. Jadi contact diorang hilang.
Sana? Entah. Aku masih berhubung dengan dia. Tapi dia macam dah tak suka aku. Mungkin sebab...arh malas nak ingat balik. Buat sakit otak jer.
Biar je lah. Biar semua peristiwa zaman kanak-kanak itu hilang. Kini, hidupku lebih baik. Aku sangat bersyukur.
"Mama!!!"
Suara kecil yang menerpa pendengaranku membuatkan aku tersesar dari lamunan lalu memandang ke arah suara itu. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari anak ke arahku.
Aku tersenyum lebar apabila kanak-kanak perempuan itu sudah memeluk betisku. Kepalanya sengaja digesel-geselkan ke betisku. Ya Tuhan, manja sungguh budak ni.
Aku rendahkan badan untuk menyamai ketinggiannya. Rambut hadapannya aku sengaja kusutkan sebab geram.
"Macam mana hari pertama sekolah? Okey? Ke KO?" tanyaku sambil genggam kedua-dua belah tangannya.
Dia angguk laju. "Ok sangat. Hyeon dapat kawan baru. Lepastu tadi kan, masa songsaengnim buat game, Hyeon dapat tempat kedua. Songsaengnim bagi dua lollipop ni kat Hyeon. Comel kan? Ada bentuk Mang dengan Van" katanya dengan penuh keterujaan. Sambil menunjukkan dua batang lollipop berbentuk Mang dan Van.
Aku cebik. "Elehh, tempat kedua jer pun. Kalau dapat tempat pertama mesti lagi daebak" usikku. Sengaja nak tengok budak pendek ni merajuk.
Hyeon kembungkan pipi tanda geram. "Jahat lah mama ni. Nanti Hyeon bagitahu kat appa baru tahu"
Aku tergelak kecil melihat telatah comelnya. "Ololololo merajuk pulak. Mama gurau jer lah. Hyeon mama ni daebak tau. Takyah lah bagitahu appa. Ehh?" pujukku sambil aku cubit-cubit pipinya geram.
"Taknak kawan. Nak bagitahu appa jugak. Blerkkkk" ugutnya lagi. Aii main jelir-jelir lidah pulak. Haishh.
Aku mengeluh pendek. Tiba-tiba, kepala otakku yang pink lagi fresh ni mendapat satu akal.
"Alaaaa. Kalau Hyeon taknak kawan ngan mama, siapa nak teman mama pergi makan Tutti Frutti nanti. Hmm" ujarku. Dalam hati aku, dah gelak macam orang gila nombor satu dunia dah. Bukan aku tak tahu kelemahan budak ni. Come on lah. Ni Min Hyera ok. Hahaha.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfic"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana