1 ; Heartbroken

296 20 0
                                    


[ Hyera POV ]

Aku melangkah menuju ke pintu masuk rumah Taehyung. Dengan teragak-agak, aku mengetuk pintu rumah itu.

"Taehyung-ahh, kau ada kat dalam?!" panggilku. Namun langsung tidak kedengaran bunyi sahutan dari sesiapa.

Aku mengetuk pintu itu lagi. Sambil berterusan memanggil nama Taehyung. Berharap dia akan menyahut panggilanku. Aku yang sedang berdiri di luar rumah ni bagai nak beku rasanya bila angin sejuk menerpa tubuhku. Maklumlah dah masuk musim luruh.

Tiba-tiba, pintu itu dibuka oleh seseorang. Aku tersenyum lega. Mungkinkah itu Taehyung?

"Eo? Hyera-sshi. Awak buat apa kat sini?"

Sangkaanku meleset apabila orang yang berdiri di hadapanku itu bukannya Taehyung, tetapi Jungkook. Merangkap sepupu Taehyung yang paling rapat.

Aku perasan yang dia tengah menguap sambil menenyeh matanya. Baru bangun tidur mungkin.

"Ahh Jungkook-sshi. Erm Taehyung ada tak?" soalku sambil tersenyum nipis.

Jungkook menguap seketika sebelum bersuara. "Mwo? Taehyung? Owh, dia ada kat dalam bilik" jawabnya sedikit mamai.

"Owh, boleh saya nak jumpa dia kejap" Aku gosok belakang leherku tanda ragu-ragu.

"Buat apa?"

"Erm, saya nak jenguk dia kejap"

"Kenapa dengan dia?"

Aku rasa macam nak hempuk kepala si biskut kering ni bila dia tanya aku macam tu. Takkan kau tak tahu kut apa jadi kat Taehyung!! Sepupu apa kau ni!!!

"Owh jap saya dah ingat. Hehe, sorry. Saya mamai sikit ni"

Aku tahan geram bila mamat biskut tu cakap macam tu. Sabor je lah.

"Err boleh saya jum--"

"Apa kata awak masuk dulu" Belum sempat aku menghabiskan ayat, Jungkook dah mencelah.

"Hahh? Kenapa? Saya nak jumpa dia sekejap jer" Aku gosok kepala tanda blur.

Jungkook mengeluh sebelum menarik lenganku. "Masuk jer lah. Ada benda saya nak bincang dengan awak ni"



~~***~~


Segelas hot chocolate di tanganku aku hirup perlahan. Erm, nikmatnya minum hot chocolate dalam cuaca sejuk macam ni.

"Ahh, machitta" kataku perlahan.

"Amboi, syoknyer kau minum. Amacam, sedap?" tegur Jungkook yang baru sahaja keluar dari dapur.

Hyera tersengih. "Dah syok, mesti lah sedap. Hehe, pandai Kookie buat" puji Hyera. Jungkook hanya tersenyum puas mendengar kata-katanya.

"Btw, apa yang awak nak bincang?" soalku ingin tahu.

Jungkook memandangku sekilas sebelum berdehem.

"Sebagai kawan baik, kau mesti tahu kan apa yang jadi kat Taehyung kan?"

Kata-kata Jungkook membuatkan Hyera mengangguk perlahan. Aku tahu sangat kenapa. Dan itu lah tujuan aku datang ke sini.

Taehyung... Dia putus cinta.

Aku tahu yang perkara ni nampak remeh bagi pasangan bercinta. Yelah, bak kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Semua orang akan alami benda ni. Dan setiap orang perlu tabah dalam melalui detik-detik hitam macam ni.

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now