22 ; We Meet again

85 6 1
                                    

[ Taehyung POV ]

"Nah, lampin yang kau mintak.." kataku selamba seraya mencampakkan satu plastik lut sinar yang berisi lampin.

Jungkook alihkan lampin tersebut dari mukanya lalu dia pandang aku. "Amboi kau. Main campak-campak dekat muka super hensem aku ni. Ni ikhlas ke tak?" Aku mengeluh kecil apabila Jungkook dah mula sampaikan bebelan pendeknya kepadaku. Haish, ni aku rimas ni.

"Ikhlas" ringkas aku menjawab dan dibalas dengan pandangan ye-ke? daripada Jungkook.

"Aku penat ni babun" kataku selamba men'savage'kan Jungkook. Sekali-sekala. Apa salahnya. Kan?

"By the way, masa kau pergi beli benda alah ni tadi, aku sempat masakkan sesuatu untuk kau. Sebagai tanda terima kasih. Kau nak makan sini or tapau?" ujar Jungkook.

Kalau aku makan sini, kiranya aku tidur sini teruslah nampaknya. Kau paham tak aku tengah penat ni setan?! Dah lah besok aku ada meeting!!

Ok, sabar.

"Tapau jer lah" ringkasku. Jungkook mengangguk kecil lalu membungkus masakannya yang masih berwap itu. Pada masa tu jugaklah baunya nak mengorek hidung aku ni.

Bau.. Japchae? Kau ni biar betul? Japchae tengah malam buta ni?

Abaikan jer, Kim Taehyung. Nasib baik dia dah tolong masak. Tak payah susah-susah order pizza lagi.

"Kau pergi dekat kedai mana tadi?" soal Jungkook memecah kesunyian. Aku percaya yang dia cuba membuka perbualan di antara kami. Aku pun layankan jer.

"Dekat sebelah C88 Mart tu jer. Malas nak pergi jauh-jauh" jelasku sambil menguis-nguis meja makan itu dengan kuku.

Tiba-tiba, fikiranku mula terlintas sesuatu. Cakap pasal farmasi...

"Kookie"panggilku. Jungkook memandangku.

"Tadi, kat kedai.." kata-kataku terhenti seketika.

"...aku jumpa Hyera...dan.."

"Dan?" soal Jungkook.

"...seorang lelaki" sambungku. Dahi Jungkook berkerut semula.

"Lelaki? Siapa?" soalnya lagi. Hairan.

"Maybe her boyfriend...or husband?"


~~***~~

[ Hyera POV ]

Usai mandi dan menukar pakaian, tubuhku aku rebahkan ke atas katil empuk milikku. Katil empuk ini umpama terapi bagi aku. Serta-merta rasa kebas dan sengal di seluruh tubuhku semakin menghilang.

TRING!

Bunyi notification dari fonku menandakan ada mesej yang masuk. Lantas aku mencapai fonku yang terletak di dalam beg tangan milikku. Aplikasi Whatsapp aku tekan. Aku baca satu persatu chat di inbox.

Choi Aera (SECRETARY)

Cik Hyera. Esok cik ada meeting dengan presiden serta peguam-peguam dan pendakwa raya lain di syarikat pada pukul 9 pagi. Mustahak. Wajib hadir. Ok gudnite ^3^~

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now