[ Hyera POV ]
'Did you see my bag, did you see my bag'~
Tidurku terganggu apabila kedengaran nyaring bunyi jam penggera pada fon milikku. Sebaik sahaja mataku berjaya dibuka, tanganku terus mencapai fonku yang terletak di atas meja kopi bersebelahan dengan sofa tempat aku beradu. Aku lihat jam pada jam fonku.
7.12 pagi..
Aku bangun dari pembaringan. Seperti biasa, aku buat perkara yang orang baru bangun tidur buat. Kentut tak lah -__-
"Hyera, dah bangun? Meh makan. Ibu dah masak sarapan ni. Panggil si Taehyung tu sekali" Ibu yang baru sahaja keluar dari kamarnya terus menyapaku. Aku menghadiahkannya senyuman sebelum bersuara "Okey, ibu".
Aku memerhatikan langkah ibu ke dapur sehingga dia hilang dari pandanganku. Pada masa yang sama, aroma masakan ibu yang mula memenuhi ruang tamu menarik perhatianku. Lalu aku mengambil keputusan untuk menjenguk apa yang patut kat dapur.
Namun, baru sahaja aku ingin mengatur langkah ke dapur, telingaku menangkap suatu hingar-bingar bunyi bising. Dan bunyi itu datang dari bilik Taehyung.
Mendengar bunyi yang semakin bising itu, aku mula rasa curiga. Segera aku menapak ke pintu bilik Taehyung. Pintunya aku ketuk namun hampa. Taehyung langsung tidak membuka pintu. Dia tidur lagi ke? Habis tu dari mana datangnya bunyi bising tu?
Aku ketuk lagi. Tapi tiada respon. Hanya bunyi bising yang kedengaran. Bunyi apa, aku tak pasti.
"Yah, Taehyung! Kau okey tak?!" Nada suaraku yang tadi mamai kini naik satu oktaf. Geram apabila dipalau sebegini.
Dengan geramnya, aku hanyunkan tanganku ke belakang. Ingin mengetuk pintu tersebut dengan lebih kuat. Tanpa aku sedari, tanganku tersasar terkena muka Taehyung.
"AAAUUCCHHHHH!!! Yah! Kau nak bunuh aku ke apa?!!" raung Taehyung kesakitan. Dahinya yang menjadi sasaran tumbukan(?)ku tadi digosoknya.
"Opss, mianhe. Aku tak sengaja. Kau tu pulak, aku ketuk pintu bukannya nak menyahut" kali ni aku pulak yang marah.
"Kenapa aku panggil kau tak menyahut?!" marahku lagi dengan nada tidak puas hati. Taehyung ni sengaja buat aku naik berang pagi-pagi. Tetapi dia tidak menjawab. Hanya melayankan sakitnya di dahi. Sikit jer pun. Manja.
Melihat Taehyung sedang mengerang kesakitan, timbul rasa bersalah dalam diri aku. Aku rasa aku tumbuk dia kuat jugak tadi. Itulah kau, Hyera. Ikut suka kau jer main redah cam tu. Kan ada orang susah.
Keluhan panjang terbit di bibirku. "Meh, duduk" aku tarik tangannya menuju ke arah sofa. Taehyung hanya menurut tanpa membantah. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa tempat aku tidur sambil aku mencari sesuatu di dalam laci meja televisyen.
"Kau cari apa tu?" soalnya tetapi tidak aku membalasnya. Aku masih sibuk mencari sesuatu.
"Dah jumpa" kataku riang. Sekotak ubat aku keluarkan dari dalam laci itu.
[ Taehyung POV ]
"Meh sini dahi kau" pinta Hyera. Membuatkan dahiku berkerut.
"Kau nak buat apa? Nak tumbuk dahi aku biar lebam lagi ke?" tekaku selamba. Almaklumlah aku ni bengap sikit pagi-pagi buta macam ni.
Aku nampak Hyera dah tepuk dahi dia. Kenapa? Aku terlebih bengap ke?
"Aku nak check lebam kat dahi kau tu lah, pabo" jelasnya. Aku hanya meng'o'kan sahaja. Aku membiarkan Hyera memeriksa dahiku.
"Mianhe" ujranya perlahan.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfic"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana